Sinopsis Drama Romantika 4 hari 3 malam ni arahan Nizam Zakaria. ex ofismate aku dahulu ni. Bergerak atas nama pena Nizam zakaria telah mengarah berpuluh drama yang mengisi slot Tv3 dan juga RTM. Malah Iman pun pernah berlakon dibawah arahan dia untuk drama maid suami ibu.
Table Of Content
Drama Romantika 4 hari 3 malam ini menceritakan percintaan yang terbit dari satu percutian yang tidak dirancang. Drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Oshin Ahmad, Nynaa Harizal dan ramai lagi.
Amelia Handerson sebagai Lana.
Lana yang cantik Manis
LANA menggigit bibir. Terasa kesal dalam hatinya. Kesal yang teramat-amat. Apabila kepala didongak, wajah lelaki yang duduk bertentangan dengannya itu cukup merimaskan.
Perasaan tidak senang semakin beraja. Dia cukup benci dengan situasi membosankan seperti itu. Perlahan-lahan Lana mengeluh. Jika difikir secara waras, dia pasti menolak.
Dia tidak mahu dan sama sekali tidak ingin melaksanakan tugasan yang diberi. Malah pada saat Cik Nor memberikan arahan tersebut, mahu sahaja dia meletak jawatan. Geram!
Memang menjadi impian Lana Analiauntuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date.
Dalam kehidupan sebenarnya Lana memang mengharapkan berjumpa dengan putera idaman. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Yang dia jumpa adalah Lelaki yang Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi.
Psiko pun ada!
Kehidupan wartawan seperti Lana dlm Drama Romantika 4 Hari 3 Malam
Menerusi artikelnya Lana sampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.
Arikel lana menjadi Viral dan diminati. Mungkin kerana dia tulis dari hatinyanya sendiri.
Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya.
Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu. hurm… romantika 4 hari 3 malam berlakon di pulau mana agaknya ya…
Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Sudah Jumpa yang berkenan di hati begitu pulak rentaknya. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja.
Lana putus harap.
Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan. Namun hanya kenangan yang sepi.
Lana penat dan hampir berputus asa. Dalam masa yang sama Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam.
Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan dan akhirnya Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya.
Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan?
Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali? best bpulak tajuk Romantika 4hari 3malam
Info Drama Romantika 4 hari 3 malam
- Episod : 13
- OST Drama : Masih Ada – Naqiu
- Tayangan : WeTV Malaysia dan TV3 (Slot Lestary)
- Pengarah : Nizam Zakaria
- Penulis Skrip : Wizana Emilia
- Terbitan : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
- Pelakon : Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Oshin Ahmad, Nynaa Harizal, Daniesh Suffian, Dottie, Wafariena Roslan, Izzendra, Jesse Lim, Aida Aris, Lisdawati, Sahronizam Noor dan ramai lagi
No Comment! Be the first one.