Doa Selepas Solat fardhu yang amat digalakkan untuk amalan kita semua, bacaan doa yang ringkas selepas solat. Terdapat bacaan dalam jawi, rumi dan disertakan juga maksud bacaan doa ringkas selepas solat. Anda boleh amalkan mana-mana doa ringkas ini. Doa selepas solat bahasa Melayu ini bagus untuk korang lebih menghayati apa yang korang doakan nanti. Selain dari itu disertakan wirid selepas solat sebagai tambahan amalan yang seeloknya kita amalkan.
Table Of Content
- Mulakan dengan Bacaan wirid
- 1. Istighfar tiga kali
- 2. Lafazkan Kalimah berikut sebanyak tiga (3) atau 10 kali
- 3. Wirid ke 3, mohon dijauhkan. Azab Neraka sebanyak 3 atau 7 kali
- 4. Zikir memohon keselamatan
- Sebaiknya diteruskan dengan membaca
- Bacaan Doa Selepas Solat
- Bacaaan Doa dalam Rumi
- Doa selepas solat fardhu beserta maksudnya
- Adab Berdoa dan wirid selepas solat mengikut sunnah
Aku hanya kongsikan wirid dan doa yang mungkin senang untuk anda hafal dan amalkan selepas solat fardhu dan apa sahaja solat sunat yang korang ingin amalkan.
Insyallah kalau aku boleh, korang pun boleh amalkan.
Rasulullah SAW berwirid selepas solat berdasarkan dalil di dalam hadis riwayat Muslim. Diriwayatkan daripada Tsauban beliau berkata,
Apabila selesai mengerjakan solat, Rasulullah SAW membaca istighfar tiga kali lalu membaca,
“Allahuma anta salam wa minka salam tabarakta ya dzal jalali wal ikram” bermaksud, “
Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan daripada-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.”
Mulakan dengan Bacaan wirid
Langkah-langkah untuk berwirid selepas solat adalah seperti berikut:
1. Istighfar tiga kali
Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.
2. Lafazkan Kalimah berikut sebanyak tiga (3) atau 10 kali
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.
3. Wirid ke 3, mohon dijauhkan. Azab Neraka sebanyak 3 atau 7 kali
4. Zikir memohon keselamatan
AllahumMa Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa iLayKa Ya ‘UuDus-Salam, FaHayyiNa Rabbana BisSalam, Wa AdHilNal-JannaTa DaaRas-Salam, TaBaaRakTa RabbaNa Wa Ta’AaLaiTa Yaa Dzal-JalaaLi Wal Ikram
Sebaiknya diteruskan dengan membaca
- Surah Ayatul Qursi
- Surah Al Ikhlas
- Surah Al falaq
- Surah An-nas
- Alfatihah
- Tasbih, Allhuakhbar, Subhanallah, Alhamdulillah – 33 kali setiap satu
Bacaan Doa Selepas Solat
Bacaaan Doa dalam Rumi
Bismillahirrohmanirrohim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in,
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan,
Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah,
robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab,
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.
Doa selepas solat fardhu beserta maksudnya
Dengan nama allah, yang maha pemurah dan maha penyayang. Segala puji bagi allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad yang semulia-mulia pesuruh-nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami.
Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya allah! Janganlah kiranya engkau pesongkan iman kami sesudah engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya engkau maha pengurnia. Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
Peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami nabi muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji bagi allah, tuhan pentadbir seluruh alam.“
Adab Berdoa dan wirid selepas solat mengikut sunnah
Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas.
Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:
- Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
- Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
- Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
- Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
- Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
- Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
- Berdoalah dengan suara yang lembut
- Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
- Berdoa Sambil Menangis
- Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
- Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
- Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
- Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
- Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Doa selepas solat dan wirid yang dikongsikan disini yang paling ringkas untuk korang amalkan. Tetapi kalau korang nak lihat yang lebih terperinci boleh di aku.islam.com . Malah doa selepas solat taubat juga ada wirid dan bacaan yang lebih details mengikut solat tersebut, satu lagi kalau dapat selitkan bacaan doa surah al anbiya
No Comment! Be the first one.