Buffet Ramadhan Intercontinental KL | Kalau korang peminat seafood, aku cadangkan korang ambil peluang menikmatinya di Hotel InterContinental Kuala lumpur ini. Sebelum aku cerita lebih panjang seafood disitu apa kata korang tengok dulu juadah lain yang disediakan.
Table Of Content
Itu pilihan aku tapi aku nak bagi korang option yang lain, awal awal aku tulis macam ni bias lah pulakkan..tak gitu ?
Tahun ini chef Hotel Intercontinental ini mengetengahkan tema ” Warisan Kita’ kiranya resepi menarik dan klasik dan turun menurun. Setiap juadah istimewa di bawakkan khas oleh setiap chef dengan resepi istimewa dari turun menurun keluarga mereka
Kiranya macam back to memory lane lah.
Setiap dari kita pasti ada juadah istimewa masa kecik kecik kan. Aku dulu suka buka puasa dengan bumbur lambuk masjid jadi arwah bapak pasti dah siapkan bekas nak amik di masjid di kampung aku. huhu sekarang ni aku pun dah jarang balik kampung bila orang tua tak ada lagi .
Adeh! sedih lah pulak dan tiba tiba teringin nak bumbur lambuk tu.
Lagi satu perut bulat masakan gulai padang, perut atau usus lembu tu dimasukkan telur terlebih dahulu, kemudian di masukkan dalam gulai padang. walaweh sedap oit .
Sampai sekarang kalau berpeluang buka puasa di kampung aku akan buat tempahan khas untuk makan besama adik beradik
Jadi aku rasa Team chef ni bersepakat untuk kongsikan dengan pengunjung resepi khas keluarga mereka juga
BACA : Teringat-ingat kerabu di BInjai Perdana
Buffet Ramadhan Warisan kita
Kesemua pilihan lauk pauk untuk Buffet Ramadhan 2020 bertemakan “warisan kita”, bermakna warisan dari nenek moyang dan keluarga kita sendiri dan pastinya di improvisasi mengikut keadaan semasa.
Bermula dengan resepi istimewa dari ibunda chef Sapri dengan pasta goreng kawan Cucu Bonda, Chef Blaqish dengan resepi dari neneknya ” Nasi Kukus Balqish “ dan dilengkapkan dengan Gulai Kawah Bonda, Patin Tempoyak Temerloh. dan Pucuk Ubi LemakKuning
“kambing Golek 7 Keturunan” pula di katakan killer dish di Serene Intercontinental Kuala lumpur di bawakan khas oleh Chef Nadzira. Diperap khas dengan rempah ratus dan katanya telah diturunkan lebih 7 generasi.
Menu lain yang menarik
- Seafood seperti lobster, oyster, udang
- Daveed & Fikri Mini roti John
- Ah chan Apam Balik
- Ikan Bakar Hai Aiman
- Kuih muih Tradisi seperti lemang, keria gula melaka,
- banyak lagi … tak larat nak tulis hahha
Pilihan Modernmumthingy di Buffet Ramadhan Intercontinental KL
Hurmm… macam aku cakap awal awal tadi kalau nak berbaloi kenalah pilih seafood yang maberles tu. Kami anak beranak memang peminat seafood. Cold seafood dengan thousand Island dan lain lain kiranya bagi aku memang value for money.
Paling best kelebihan hotel hotel ni kalau masak. tak hanyir and sedap di makan begitu sahaja. heran aku haha. Kalau aku masak macam tak best jer .
Manis seafood tu tak hilang, aduhh memang enak sungguh. Iman tu aku rasa dia pulun 6 lobster, aku dan laki aku terpaksa susun perut hahah sebab hidangan lain pun menarik yakmat. so kena bajet bajet lah nak makan apa.
Lagi satu roti john tu, hahhaah sebab setiap kali puasa memang kami anak beranak akan mencari roti john yang best. Hari lain tidak pulak kami cari, pelikkan. Rupanya resepi ini khas dari chef fikri sendiri yang mendapat ilham dan resepi dari abangnya yang penjual bazaar ramadhan
Lokasi Intercontinental Hotel mudah diakses
Berada di tengah tengah kuala lumpur dan berdekatan dengan KLCC pastinya mudah untuk sektor korporat untuk membuat tempah secara private dengan harga yang lebih menarik .
Samada memilih LRT atau bawa kereta sendiri ke Hotel ini ianya pasti sangat memudahkan semua bakal pengunjung.
Harga Buffet Ramadhan Intercontinental KL
- RM188 nett per person / RM75 nett per child (6 -12 years)
- Untuk private dinners and events, bermula dari RM120 nett per person*
- πππ«π₯π² ππ’π«π (15 March – 11 April) β£
- RM119 nett per person / RM50 per child β£
Boleh hubungi at 03-2782 6000 / 03-2782 6088 or WhatsApp to 016-202 4623
No Comment! Be the first one.