Benda yang paling ditakuti bila berlaku yang sesuatu abnormal pada badan kita. Seingat aku ia hanya bermula dengan benjolan kecil di leher bahagian kiri, tapi tiba-tiba ia membesar dan membengkak.
Table Of Content
Orang kata mungkin itu hanyalah bisul !
Namun apa yang merisaukan aku adalah aku TIDAK Sakit ! huhu not a good sign.. not a good sign.
huhuhu, hampir 2 minggu aku tidur tak lena yer. So this one is based on my experience, mungkin sesiapa yang terbaca ni nanti boleh share dekat komen. Apa yang aku gather info aku simpan sini, senang untuk aku sendiri refer, sebab bila aku menulis memang dari hati aku sendiri dan apa yang aku fikir.
Adakah benjolan kecil di leher merbahaya?
Macam aku cakap sebelum ini, benjolan kecil di leher adalah satu perkara yang sering menjadi kebimbangan bagi ramai individu. Walaupun kebanyakan benjolan kecil di leher adalah tidak merbahaya, terdapat beberapa situasi di mana ia boleh menjadi tanda penyakit yang serius.
Jadi sangat penting untuk memahami perbezaan antara benjolan yang biasa dan yang memerlukan perhatian perubatan.
Yang merisaukan aku, adakah yang menggangu Lymph nod yang membawa kesan kepada the big “C” ? scarry uuolls. sangat-sangat scarry.
Jenis-jenis Benjolan di Leher
Benjolan Kelenjar Limfa
Salah satu sebab utama benjolan di leher adalah pembesaran kelenjar limfa. Kelenjar limfa adalah bahagian daripada sistem imun kita dan bertindak sebagai pertahanan tubuh terhadap jangkitan dan penyakit.
Apabila terdapat jangkitan, kelenjar limfa boleh membengkak dan menjadi benjolan yang terasa. Ini adalah respons semula jadi tubuh dan biasanya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, jika benjolan berterusan, semakin besar, atau disertai dengan simptom lain seperti demam, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor.
Nasib baik aku tidak ada simptom demam
Lipoma:
Lipoma adalah benjolan lemak yang berlaku di bawah kulit. Mereka adalah benign dan jarang berbahaya. Lipoma biasanya bergerak bebas, lembut, dan mudah digerakkan apabila disentuh.
Walau bagaimanapun, jika lipoma tumbuh dengan cepat, menyakitkan, atau mengganggu fungsi sekitarnya, konsultasikan dengan doktor untuk penilaian lanjut.
Aku pernah kena yang ini di bahagian bawah tengkuk. Pada mulanya doktor cakap tak payah buang, tapi melalui day surgery doktor kata sizenya agak besar. So aku dah buat pilihan yang tepat dengan membuangnya
Cyst atau kista:
Kista di leher boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk ketumbuhan yang tidak normal dalam kelenjar ludah atau kelenjar tiroid. Kebanyakan kista adalah benign dan tidak berbahaya.
Walau bagaimanapun, kista yang menjadi besar, menimbulkan kesakitan, atau mengganggu fungsi normal boleh memerlukan perhatian perubatan.
Boleh baca info lanjut mengenai cyst disini .
Tumor:
Walaupun jarang, benjolan di leher juga boleh disebabkan oleh tumor yang bersifat ganas atau kanser. Tumor ganas seperti kanser tiroid, kanser kelenjar liur, atau kanser kelenjar getah bening boleh menyebabkan pembentukan benjolan di leher. Jika terdapat kebimbangan tentang tumor ganas, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk penilaian dan rawatan.
Bila Perlu Berjumpa Doktor ?
Walaupun kebanyakan benjolan kecil di leher adalah tidak merbahaya, tetapi aku tetap merasa penting untuk berjumpa dengan doktor jika anda mengalami situasi berikut:
- Benjolan terus tumbuh dalam saiz.
- Benjolan menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan yang berterusan.
- Benjolan menjadi keras atau tidak boleh digerakkan.
- Benjolan disertai dengan simptom seperti demam, penurunan berat badan yang tidak dijelaskan, atau kesulitan menelan.
Cuma, bila aku berjumpa dengan GP atau klinik biasa, tindakan doktor tersebut membuatkan aku agak ‘cuak’.
Mengikut kata dia perlu ada tindakan segera disebabkan beberapa faktor
- Benjolan tersebut berada di kawasan leher yang agak sensitif yang mana terdapat banyak saluran darah dan saraf yang dekat dengan kawasan otak
- Benjolan tersebut agak besar dan keras
- Aku mesti berjumpa dengan Neck Surgeon dan bukan surgeon biasa
Aduh! suspen kan
Body languange doktor tersebut membuatkan aku sendiri menjadi tidak selesa, in a way aku perlu berjumpa dengan pakar dengan kadar segera.
Pengalaman berjumpa dengan Doktor Pakar SJMC
Aku bernasib baik, syarikat aku memberikan coverage untuk berjumpa dengan specialist mengikut bajet yang dibenarkan. Untuk mengelakkan aku terusan gundah gelana lebih baik aku berjumpa dengan Dr Pakar dalam bidang ini
Sekali lagi jantung aku berderau, bila mana selepas pemeriksaan Doktor tersebut menyarankan aku untuk terus admitted untuk tindakan seterunya. Biasanya Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan boleh merujuk untuk menjalani ujian tambahan seperti biopsi, imbasan pengimejan, atau analisis darah untuk menentukan penyebab benjolan dan memastikan diagnosis yang tepat.
You ada anak kecik? ada suami? You bagi tahu your husband you kena admitted hari ini jugak
Doktor
Korang bayangkan perasaan aku masa tu. OMG… am i in big trouble ??? berderauuuuuuuuu weh
Tetapi dalam masa yang sama aku mempunyai beberapa event seperti kenduri kahwin keesokkanya, jadi hahah aku pun berterus terang yang tidak boleh admitted pada hari tersebut.
Alhamdulillah, doktor suggest untuk jab atau cucuk antibiotik selama 2 hari, dan seterusnya aku hanya perlu ambil secara oral
Alhamdulillah within 1 hari pun bengkak benjolan itu pun surut.
Syukur ya amat! bermakna aku hanya mengalami infection bawah kulit. Aku asssume .. hahah sebab kesan yang cepat.
Selama 2 minggu ni progress benjolan tidaklah terus hilang dari ‘radar’, masih terasa benjolan tersebut. Final check up pada 1 June 2023 nanti untuk memastikan ia betul betul hilang dan selamat. Korang doakan tau.
Benjolan kecil merbahaya ?
Kesimpulannya, kebanyakan benjolan kecil di leher adalah tidak merbahaya dan boleh dijelaskan oleh faktor-faktor seperti pembesaran kelenjar limfa atau lipoma. Walau bagaimanapun, jika korang mengalami kebimbangan atau simptom yang tidak biasa, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor untuk penilaian lanjut dan nasihat perubatan yang sesuai.
No Comment! Be the first one.