Bedak Agnesia Hygiene dan Beau Care
Table Of Content
Aku tak tahu lah orang lain macam mana, tapi bila aku terbau haruman bedak Agnesia ni automatik dalam kepala aku macam filem lama dok berputar .
Automatik scene arwah mak aku dengan bedak ni dia selalu letak kat badan dia, hehehe suka peluk and cium mak aku masa tu. Aku rasa ini lah bedak yang dia selalu letak dekat ketiak dia maklumlah zaman tu inovasi deodoran mana banyak lagikan.
Lagi satu scene yang dok bermain main dalam kepala aku, otomatik scene dia menguli anak anak sedara aku masa baby. Aku ada lagi gambar tu , heheh dengan muka aku tersengeh scene anak sedara aku dok tengah2 muka penuh bedak. Tapi aku tak kegunaan bedak agnesia pada masa tu.
Kami pulak dok kerumun anak sedara aku tu. Tapi tak boleh nak share sebab heeheheh semua tak pakai tudung, kang bising pulak ustaz iman, hero kecik aku tu .
Fuh legend sungguh
Sebab tu aku cakap legend, Kenangan tu dalam tahun 80an masa aku masih kecik lagi. Tapi kewujudan bedak tu dah hampir 80 tahun katanya. Masih terbayang lagi botol tin empat segi tu, and betullah kata orang deria bau memang boleh membuatkan kita ingat kepada sesuatu benda.
Tapi selain dari faktor keharuman, kesegaran dan kenangan pasal Bedak agnesia nih. Terbukti bedak ini yang telah berada 80 tahun dipasaran ini memang memberikan manfaat kepada penggunanya. Jarang lah aku dengar negatif feedback pasal produk ni
Bedak Agnesia dan Kandungan Utama
25% zinc oxide, 0.5% chlorhexidine
Bedak Agnesia ini mengandungi 25% zinc oxide yang bertujuan menyerap kelembapan air yang berlebihan dan membantu mencegah ruam panas. Memang bagus untuk anak-anak yang jenis mudah berpeluh dan ruam ni.
Selain dari itu juga, bedak Agnesia ini juga mencegah jangkitan bakteria, kalau sesiapa yang ada masalah bau badan pun amat digalakkan pakai bedak ni sebab ia bersifat serap peluh . sebab itu lah agaknya terkenal bedak agnesia untuk gatal ada yang kata bagus bedak agnesia untuk jerawat
Kebaikan dan kelebihan bedak agnesia
- Ruam atau rashes untuk anak kecil atau baby
- Sebagai bahan serap peluh, sesuai untuk mereka yang ada masalah bau badan
- Merawat jerawat pasir, ( ini aku baca dari komen komen orang yang pernah buat) I’m impressed
- Boleh diguna oleh seisi keluarga
Kakak aku yang dah 57 tahun pun cakap dia memang menggunakan Bedak ini ni sampai sekarang. Dekat rumah tu ada jer stok ni sebab dengan badan dia yang agak berisi tu, dia senang berpeluh.
Kalau tak kena gaya memang dia akan jadi gatal gatal. hahaha aku ini aku pun baru tahu. Saja je aku test share kat Fb pasal bedak ni, Cute je respond kakak aku tu.
Semua agree yang bedak ni memang lejen!!
Bedak Agnesia berwajah baru
Selain dari bedak klasik ini, agnesia telah mengambil inisiatif untuk merubah produk design botol tersebut. Dan yang paling best terdapat 2 haruman baru Rose dan Lavendar
Mungkin aku yang terlambat tahu? Tapi serius aku baru tahu. aku pun biasalah apa apa pun google .. hehe tempat mencari maklumat. wah memang baru dalam 2/3 tahun tapi dalam kempan yang baru.
“Perlindungan seumpama sentuhan kasih sayang”
Korang kena try Lavendar nih, bukan aku jer suka hero kecik aku tu pun suka. Bau dia sangat refreshing ditambah dengan tekstur bedak aku rasa macam halus sangat. Best sangat bila kena dekat kulit. Jangan tak tau, ada MUA atau make up artis juga pakai bedak halus ni sebagai finishing untuk pastikan make up stay lama , lepas tu lagi terbaik kalau penjagaan kulit dengan penggunaan Vitamin serum C macam aku cakap heheh.. Eh panjang pulak cerita..
Cerita pasal kencantikan ni memang ni memang aku suka.
Okaylah, Kalau korang nak cari bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart.
- Website : https://www.apexpharmacy.com.my/
- Facebook : AGNESIA
- Instagram : https://www.instagram.com/agnesiamy/
ada dua bau tambhan sekarang.. Suka lavender punya bau. dah cuba jugak pakai.. hehe
Memang legend. Kakak ai minta bedak ni je untuk newborn gift anak dia. Hahaha!
bedak ni memang bedak legend. hehe
kan.. mmg legend kan