Cara simpan duit cara orang kaya atau geng T20 yang geng m40 dan B40 kena belajar. Bukan soal gaji yang timbul disini, tapi cara urus kewangan dengan baik dan ilmu untuk tingkan diri sendiri. Selain dari itu ketahanan mental dan fizikal kena kuat untuk kawal kewangan kita. Boleh ke?
Table Of Content
- Follow rapat mentor atau Financial Guru
- 10 cara simpan duit cara orang kaya
- Belajar kewangan
- Agih Pendapatan atau cara simpan duit gaji
- Tangguh pembelian kereta, atau cara simpan duit beli kereta
- Cari ilmu beli rumah
- Set Pelan kewangan sebelum umur 30
- Tetapkan masa untuk selesaikan semua hutang
- Urus Insuran Takaful seawal mungkin
- Rancang beli rumah setiap 3-5 tahun
- Konsisten hadiahkan kepada ibubapa
- Jaga Kesihatan
- HIdup sederhana
- Disiplin diri kena kuat
Bab urus kewangan ni, benda yang ulang kali aku rasa ralat, benda yang tak ada dalam silibus pelajar, benda yang tak dikongsi bersama keluarga dari dahulu.
Follow rapat mentor atau Financial Guru
Dulu aku rajin baca buku azizi ali, sekarang dalam FB banyak yang aku follow. Aku follower tegar tuan haji zainudin yang selalu kongsikan pengalaman dia dan kawan-kawan dia yang dia kenali sejak dahulu. Menjengah umur 50an lagi dia telah mencapai financial freedom, tiada hutang, tiada komitmen dan aku yakin banyak pasif income yang dia ada. Dan lagi satu dia suka travel macam aku hahah.
Aku follow dr.adam zubir, financial faiz juga.
Tapi ini yang belajar dari Tuan Haji zainudin, korang kena baca entri aku sebelum ini bagaimana dia kongsikan kisah kawan dia bekas timbalan CEO pencen di usia 60 tahun hanya tinggal dalam bilik yang usang.
Macam aku cakap awal tadi , bukan soal duit tapi cara kita manage wang kita. Ilmu ni kita kena cari sebab tak dapat belajar di sekolah pun. Paling senang kita belajar dari orang lain, tapi semestinya kena belajar cara orang kaya simpan duit kiranyanya macam shortcut lah
10 cara simpan duit cara orang kaya
Belajar kewangan
Mendalami urusan kewangan dan mengawal serta menyusun perbelanjaan dengan bijaksana adalah penting. Anda harus mengetahui perbezaan antara ‘kehendak’ dan ‘keperluan’ dalam kehidupan. Ketahui apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Susunlah bajet kewangan dengan teliti supaya anda memahami bagaimana sebaiknya menguruskan dana setiap bulan.
Sentiasa berada di atas dan mengawal keadaan kewangan pada setiap masa. Mesti buat formula urus duit gaji
Agih Pendapatan atau cara simpan duit gaji
Amalkan sistem 30:30:30:10 dalam mengagihkan pendapatan bulanan seperti berikut:
Ini kira formula urus gaji yang senang nak bagi korang nampak. Dari pendapatan bulanan, cuba agihkan perbelanjaan seperti berikut:
Ini formula cara simpan duit gaji
- 30% – bayaran hutang besar rumah dan kereta.
- 30% – belanja sara hidup makanan, buku, utiliti dll.
- 30% – simpanan
- 10% – tabung travel.
Anda boleh ‘adjust’ sendiri apa peratusan yang sesuai untuk diri dan keluarga anda. cara simpan duit gaji 3000 dengan orang gaji RM10,000 pastinya berbeza. Tapi kena tahu prioriti
Carilah formula sendiri
Tangguh pembelian kereta, atau cara simpan duit beli kereta
Jika memungkinkan, tangguhkan pembelian kereta. Pembelian kereta merupakan pelaburan yang merugikan kerana nilai aset ini akan merosot setiap tahun (penyusutan). Sebagai contoh, selepas bekerja selama 3 tahun, saya masih menggunakan pengangkutan awam sehingga saya memiliki simpanan yang mencukupi untuk membeli kereta terpakai bernilai $4500.
Selepas 10 tahun bekerja, baru tuan haji zainudin mampu membeli kereta baharu bernilai $21,000 melalui pinjaman kerajaan dengan bayaran ansuran $300 sebulan. Beliau dapat menampung bayaran ansuran dan minyak petrol dari tuntutan perjalanan perniagaan. Dengan demikian, pembelian kereta baharu tidak mengubah bajet asal saya.
Beliau pernah menyaksikan seorang rakan membeli kereta bernilai RM150,000 walaupun gajinya hanya RM5000 sebulan. Setiap bulan, beliau terpaksa membayar RM3000 untuk ansuran kereta dan minyak petrol. Beliau sering mengeluh kekurangan wang kerana keinginan untuk memiliki kereta mewah. Jika perlu membeli kereta, pilihlah yang sepadan dengan pendapatan bulanan. Hindari menghabiskan dana dengan membeli kenderaan mewah yang tidak sesuai dengan keadaan kewangan anda.
Cari ilmu beli rumah
Sasaran memiliki rumah sebelum mencapai usia 30 tahun adalah satu matlamat yang baik jika ada peluang. Membeli rumah pada usia muda memberikan kelebihan bayaran bulanan yang rendah kerana tempoh pinjaman yang panjang.
Tambahan pula, membeli rumah merupakan pelaburan yang baik kerana nilainya cenderung meningkat (menghargai) dari masa ke masa. Cari ilmu bagaimana membeli rumah sebagai pelaburan.
Set Pelan kewangan sebelum umur 30
urus duit dengan bijak. Tetapkan Pelan Kemewahan sebelum mencapai usia 30 tahun. Saya telah banyak menulis mengenai Pelan Kemewahan ini dan akan mengemas kini artikel ini pada masa akan datang. Pelan Kewangan ini merupakan langkah strategik jangka panjang untuk membolehkan anda bersara dengan lebih awal dan dengan gaya yang lebih bermaruah.
Pelajarilah dengan semua orang tips simpan duit ini.
Tetapkan masa untuk selesaikan semua hutang
Rancanglah untuk menyelesaikan semua hutang pada usia 50 tahun (atau secepat mungkin) bermula dari usia 20-an.
Sasaran untuk mendapatkan pendapatan bulanan (pendapatan pasif) sekurang-kurangnya 80% daripada gaji terakhir apabila anda bersara.
Urus Insuran Takaful seawal mungkin
Ambillah insurans takaful untuk perlindungan perubatan, pendidikan anak-anak, dan simpanan sejak usia 20-an kerana harganya lebih murah pada usia muda.
Rancang beli rumah setiap 3-5 tahun
Rancang untuk membeli rumah setiap 3-5 tahun jika mampu. Jual rumah pertama dengan keuntungan dan gunakan dana tersebut untuk membeli rumah yang lebih berharga bagi tambahan nilai pelaburan.
Konsisten hadiahkan kepada ibubapa
Hadiahkan kepada ibu bapa dan bersedekah secara istiqamah sebagai amalan untuk mendapatkan rezeki yang murah.
Elakkan diri dan keluarga dari berhutang secara berlebihan.
Hindari terlibat dalam skim cepat kaya. Kebanyakan skim yang menjanjikan pulangan lebih daripada 10% besar kemungkinan merupakan penipuan.
Jaga Kesihatan
Menjaga kesihatan yang baik pada usia 50 tahun adalah hasil daripada cara hidup yang baik pada usia 20-an dan 30-an. Amalkan riadah dan pemakanan yang sihat sejak muda. Tidak ada faedahnya memiliki banyak wang jika anda tidak dapat menggunakan wang tersebut dengan baik kerana masalah kesihatan.
HIdup sederhana
Hiduplah dengan sederhana dan jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Setiap individu mempunyai masalah tersendiri yang tidak selalu dikongsi dengan orang lain. Semua orang ada strategi sendiri menikmati kehidupan atau cara untuk simpan duit
Jangan terlalu mengikuti perkembangan orang lain. ‘Keeping up with the joneses’ adalah pepatah Inggeris yang bermaksud anda tidak perlu bersaing dengan tetangga atau rakan-rakan anda dalam hal kepemilikan harta benda untuk menghindari pengucilan sosial. Jika tetangga atau rakan-rakan anda menukar kereta baharu, anda tidak perlu membeli kereta yang lebih canggih dari mereka. Hiduplah mengikut standard dan keperluan sendiri tanpa membandingkan dengan orang lain.
Ingat! bab gaji formula urus duit sendiri kena tengok ‘kasut’ sendiri
Disiplin diri kena kuat
Memiliki disiplin adalah satu kunci kejayaan. Ingatlah bahawa tiada sesuatu yang dapat dicapai dengan mudah kecuali anda dilahirkan dalam keadaan yang beruntung. Kalau ada anak mulakan seawal mungkin bumiputera asb skim simpanan pendidikan atau skim simpanan pendidikan nasional sspn
Sungguh kak.. paling penting jangan bandingkan dengan orang lain. Setiap keperluan ke kehendak kita berbeza.. Tq kak info best ni.
kan .. kena belajar dengar orang lain baru, baru kita nampak
Perkongsian yang menarik ni. Kita kena belanja ikut kemampuan kita. Jangan mengikut orang lain.