Staycation di Swiss Garden Hotel & Residence Genting

Ini kali kedua aku jejak di Hotel Swiss Garden Hotel & Residence Genting dalam jangka masa 3 bulan. hehehe… Hebat tak!

Pertama kali aku jejak ke hotel ni pada bulan 10 hari tu bila Kelab Blogger Ashaari or KBBA menawarkan percutian di hotel sempena ulang tahun kelab yang ke 10. Masa tu pula swiss genting tawarkan percutian yang amat murah . Hanya RM100, promosi tersebut dibuat di Instagram, sekarang tak ada dah rasanya hehehhe.. untung tak we all?

Swiss Garden Hotel & Residence Genting

Thank you KBBA for the opportunity tapi sblm tu nak habaq, disebabkan Ben lah asalnya yang dok cerita best datang sini terus aku pun gatay survey harga hotel. Inilah bahayanya geng blogger, sesiapa yang pergi review memang akan bercerita pasal hotel yang dia orang pergi nih . Contohnya sorang sahaja yang pergi Swiss Garden Hotel & Residence Genting untuk review. Habis berjangkit semua nak pergi

BACA : Staycation di HOtel Pulllman Kuala lumpur

Andaian aku Tambah tambah hotel baru mesti lah semua fasiliti elok dan molek lagi . korang boleh tengok dekat web dia orang ni

Kebetulan masa tu abam baru baik dari jatuh basikal, 2 bulan yang penuh bosan untuk dia so aku pun gatal ajak dia jalan jalan sambil cuci cuci mata di GPO hahaha. (bini yang lebih sebenarnya)

Swiss Garden Hotel & Residence Genting

Lokasi

  • Berdekatan Gohtong Jaya
  • Berdekatan Neo Apartment
  • Berdekatan Genting View Resort
  • Bawah dari GPO

Check In time

  • 3 petang

Fasiliti

  • Gym
  • Swimming Pool yang best – big pool air suam
  • Karaoke room
  • Kids playroom
  • Sauna
  • Hotel room
  • Residence room
Swiss Garden Hotel & Residence Genting

Review dari Modernmumthingy khas untuk Swiss Garden Hotel & Residence Genting

Apa yang buatkan aku ajak famili datang kali ni sebab kali pertama datang aku sempat pulun aktiviti di Gym Sahaja. Anak aku tu jer dapat pulun sakan hari tu, member yang pergi pulak ada cakap best kolam yang panas tu .. ish! Ini yang aku tak puas hati ni, so apa lagi kita orang pun repeat pada 14 Dec-15 dec tambah- tambah GPO ada buat sale

Gym

  • Aku cerita pasal Gym dulu yer, okay bagi aku best sebab saujana mata meamandang. Terbuka luas jer mata memandang luar.
  • Memang berpeluh2 aku lari di treadmill hari tu tapi enjoy sangat sangat.

Swimming pool

  • Swimming pool, agak luas dan banyak option. Tapi yang paling best pool yang besar sebab air dia suam suam kuku.
  • Ko bayangkan, sejuk kena kabus nih lepastu masuk dalam air suam.
  • Perghh.. feel tu memang best. Memula orang ingat sejuk. Haa bila dah masuk dalam kolam tu memang best.
  • Terus terasa seperti berada di Blue Pool di Iceland hahaha
  • Kami datang ramai-ramai ni siap buat aktivti ala zumba lah kat situ, riuh dengan anak beranak

Room

  • Room, kali pertama aku datang 3 beranak sahaja. Kami ambik bilik hotel yang menyediakan queen bad. Okay, elok lapang untuk kami 3 branak.
  • if datang 5 beranak pun okay .. hahaha letak lah toto dekat kawasan lapang tu.
  • Residence room pula menawarkan beberapa option, samada 1 bedroom with hall or 2 bedroom with hall, or suite. So kunjungan kali ke2 aku bersama famili kita orang amik 6 apartment keseluruhannya.
  • Memang lapang siap dengan kemudahan masak dan dish dryer, and washing machine jugak. tapi hahah aku tak jumpa kabel nak ON washing machine tu
Swiss Garden Hotel & Residence Genting

Food di Garden Terrace

  • Location : Level 5
    Operation Hours :Breakfast: 6.30 am – 10.30 am
    Dinner: 6.00 pm – 10.00 pm
  • Food, bagi aku hurmm…. biasa biasa sahaja. Aku bab mekanan ni amat susah untuk dipuaskan. hahahahha .
  • Buffet Breakfastterbaek aku pernah rasa di holiday Villa langkawi, lama dah tak dapat standard macam tu.
  • Tapi ada satu dish tu sahaja yang suka sangat makan, kalau tak silap ubi kentang kecik yang digoreng or baked maybe. Fuh… 3 bulan lepas aku masih ingat maknanay emamng sedaplah yg itu
  • Yang lain aku tak ingat
  • Tapi culinary set dia memang best, klasik pulak aku tengok
  • Kali ke2 datang ni we all dok di apartment sahaja, so senang lah kalau nak masak masak benda yang ringkas
Swiss Garden Hotel & Residence Genting

Front Servis

  • Disebabkan check in pukul 3, aku rasa dengan orang yang ramai ni consider check in service agak lambat. Jenuh jugak aku beratur hari tu.
  • Nasib kakak2 aku lagi teruk, jam 5 petang pun tak dapat bilik. Since dia tau kami datang ramai so kakak tumpang dalam bilik kakak yang lain.
  • Katanya nak call, untuk inform bilik dah ready. Tapi sampai jam 5 senyap membisu hahah.. apa lagi . dua orang cikgu pencen tu pun turun lah kebawah
  • Yang aku tau, kakak aku memang tak puas hati part front office ni. ada kaa patut depa tak nak layan and suruh tunggu manager pulak yang settlekan pasal ni
  • So kakak aku pun apa lagi, komplen lah ikut FB hahahah… lepas tu heheh demand for ganti rugi dengan F&B voucher hahahahah.. makan the next daynya kedua dua kakak aku pun makanlah di hotel.

Overall review, okaylah memang seronok berada di hotel yang sejuk-sejuk nih . Kalau tanya aku nak datang lagi atau tidak.. aku akan datang daripada aku duduk hotel first world yang sempit tu .

2 Comments

  1. ummi nani December 17, 2019
    • azni December 18, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!