Sinopsis Melastik ke Hatimu membawa drama yang tengah hot sekarang ini di TV3. lakonan Janna Nick dan Andre Benande ni.

Bila nama janna nick sahaja terus terbayang watak gila gila dia and memang kena sangat dengan wataknya sebagai haura, seorang pekerja kilang yang memiliki perangai gila-gila dan suka mengunyah chewing gum.

Watak utama dikilang tersebut adalah, Haura dan Natasya yang selalu bergaduh dan saling berpuas hati sesame mereka. Mereka ibarat ‘gangster-gangster’ kilang itu.

Sinopsis Melastik ke Hatimu

BACA : Sinopsis Hadiah Dari Tuhan

Walaupun haura seperti gangster kilang namun kehidupannya di kawal ketak oleh ibunya Mak limah

Haura bercinta dengan Naim namun begitu mereka mendapat halangan daripada Mak Limah kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya.  Sedangkan Naim hanyalah seorang posmen.

Haura kerap kali dating dengan Naim selepas waktu kerja dan Faida, kakak sulung Haura akan menjadi mangsa untuk coverline Haura depan Mak Limah dengan mengatakan Haura buat over time dan akan pulang lewat.

Cinta Berputik

Dalam masa yang sama  Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja, sudah lama menaruh hati kepada Haura. Ziyyad digelar ‘kayu cengal’ oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam

Akhirnya atas desakan ibunya yang sangat mengawal anak-anak Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja.. Mereka terikat dalam perkahwinan.

Sinopsis Melastik ke Hatimu

Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Walau badai melanda Ziyad tidak putus asa untuk mentipkan bunga bunga cinta dalam perkahwinan mereka dan akhirnya Haura secara perlahan menerima Ziyad dalam khidupannya

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

Sinopsis Melastik ke Hatimu

JUDUL Sinopsis Melastik ke Hatimu

  • EPISOD : 13
  • TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021
  • WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
  • SIARAN TV : Slot Lestary TV3
  • PENULIS SKRIP : Siti Solehah Abdul Ghani, Eja Lorena, Rohaidah Aida Adia
  • PENULIS NOVEL : Aqma Dee
  • PENGARAH : Azmi Hata
  • PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd

PELAKON Melastik ke Hatimu

  • Janna Nick,
  • Andi Bernadee,
  • Hafidz Roshdi,
  • Norman Hakim,
  • Wani Keyrie
  • ,Puteri Sarah Liyana,
  • Azrel Ismail, A
  • hmad Ezzrin Loy,
  • Idzham Ismail,
  • Afifah Nasir,
  • Noniswara,
  • Azizah Mahzan,
  • Ridzuan Hashim,
  • Dato Jalaluddin Hassan,
  • Cassia Iman

WATAK PELAKON 

  • Andi Bernadee sebagai Ziyyad
  • Janna Nick sebagai Haura
  • Norman Hakim sebagai Jeffry
  • Wani Kayrie sebagai Fatin 
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
  • Idzham Ismail sebagai Luqman

LAGU TEMA (OST) Sinopsis Melastik ke Hatimu

Ucop – Pencinta Setiamu

azni - Author

Mom, UX Designer by profession, Blogger, Traveller, addicted to photography, gadget enthusiast and active in sports. Holds Degree in Mass Communication, Master in Visual Communication. Has been blogging for over 7 years.

You Might Also Like

Comments ( 6 )

Enter Your Comments Here..

error: Content is protected !!