Sinopsis Drama Pink Smile lakonan Fattah amin dan Qistina

Sinopsis Drama Pink Smile, Mengisahkan Luna yang selalu singgah di Duncan Coffee House kerana meminati Kaz, pemilik kedai tersebut. 

Luna – Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya.

“Kenapa selalu pengsan?”
“Saya ada masalah.”
“Masalah?”
“Setiap kali… Tengok awak.

Sinopsis Drama Pink Smile


Kaz – Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali?

BACA : Sinopsis Drama Syurga Untukmu


Akif – Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta

“Jadi isteri aku. Nak?”-Akif
“Eh! Kau…”
“Janganlah main-main macam ni weh. Takut aku! Haha!”-Luna

Sinopsis Drama Pink Smile


Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.

Drama Pink Smile

WATAK PELAKON

  • Fattah Amin sebagai Areeq (Kaz)
  • Sweet Qismina sebagai Luna 
  • Syafi Tee sebagai Iman (Akif)
  • Afifah Nasir sebagai Melati
  • Intan Najuwa sebagai Rysa
  • Natasya Mahyan sebagai Myra 
  • Esma Daniel sebagai Tuan Irsyad 
  • Noniswara sebagai Puan Aminah 
  • Iswan Ismail sebagai Syairy
  • Farhan Asri sebagai Epol
  • Izzat Mushtaq sebagai Faiz (Ari)

Sinopsis Drama Pink Smile

JUDUL : PINK SMILE

  • EPISOD : 20 episod
  • TARIKH TAYANGAN : April 2020
  • WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
  • SIARAN TV : Slot Lestary TV3
  • PENULIS NOVEL : Luna Adresia
  • PENULIS SKRIP : Ayuni Zamani
  • PENGARAH : Hazreen Hakim
  • PRODUKSI : Creative Skill Solution Sdn Bhd

Add Comment

error: Content is protected !!