Sinopsis Drama Chandelier

Sinopsis drama Chandelier ini adalah dari Hasil nukilan dari Acik Lana yang telah banyak menghasil novel novel yang best. Ianya mengisahkan tentang seorang gold digger.  Haa bestkan watak macam ni pulak. selalunya kita sering membaca kisah heroin yang baik2 tapi teringin juga nak baca dari sudut ‘pembawa watak jahat’ dan ini adalah salah satunya.

Watak Keisha  ni nanti korang akan tengok memang susah sikit nak tolerate sebab sombong and berlagak tak hengat dunia. Bab zaman kegemilangan dia memang tidak menyelerakan untuk dibaca kalau dalam novel tu. Tapi bila dah masuk zaman kejatuhan dia,  baru lah rasa bersemangat sikit nak baca sampai habis.

Sinopsis drama Chandelier

Yer ini dari novel. Kita tunggu sama ada drama ini akan paparkan kisah yang sama atau macam mana heheh. Cukuplah aku bagi sinopsis sikit sikit macam nih . Tapi macam tak best pulak kalau tak cerita.

Watak utama dibawa oleh Mimi Lana, (gf syafiq kyle kan) eh.. gossip pulak. Digabungkan dengan hero hensem yang meletup dengan drama sweet dreams aritu.

So Keisha Edlina inilah yang digelar gold digger  atau pun kaki kikislah . Berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula. Gitulah kan kalau perempuan cantik, eh yer ker?? hehhe

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, hubungan mereka selama 2 tahun itu terlerai kerana dihari perkahwinan mereka dihalang oleh anak dato Eusoff itu sendiri iaitu Edora. Cinta Datuk Eusoff pada Kiesha sering terhalang bila anak Datuk Eusoff , Edora menghalang keras perhubungan mereka. Datuk Eusoff terus berjanji akan mengahwini Keisha walaupun edora menghalangnya. 

Kaef seorang lelaki yang baru berjinak – jinak dalam perniagaan terpesona bila terserempak tanpa sengaja di Syarikat Datuk Eusoff. Ketika itu Kaef berjumpa Malik yang menguruskan pinjaman kedai peralatan sukan Kaef. Pertemuan kedua bila Kaef terlanggar Kiesha hingga Kiesha di hadapan lif. Kesombongan Kiesha membuatkan Kaef ingin tahu siapa Kiesha sebenarnya.

Suatu hari Edora yang ternampak Dato Eusoff bersama Kiesha , Edora tidak puas hati lalu menyerang Kiesha di restoran Hotel membuatkan Kiesha lari dan terlanggar kali ketiga berhampiran restoran tersebut. Dalam masa yang sama , situasi dalam restoran tadi pula Dato Eusoff berjanji dengan anaknya Edora tidak akan menghubungi lagi Kiesha demi keluarganya. 

Kiesha kecewa melihat Dato Eusoff lebih menyebelahi anaknya . Kaef menawarkan diri untuk mengajak Kiesha kerumah demi keselamatan Kiesha dari diganggu oleh Dato Eusoff. Umie dan Khalida ( Adik Kaef ) terkejut bila melihat kehadiran Kiesha. 

Kiesha kecewa dan marah dengan sikap Dato Eusoff kerana meninggalkan majlis pernikahan mereka. Keisha kecewa sehingga membawa diri dan dia berpaling pula kepada Dato Emran duda yang kaya raya.

Cis.. senang sungguh nak dapat stok Gred A. Kira memang kali ini keisha nak jadi dah. Dah dapat lubuk emas kan.

Dalam keasyikan Kiesha melayari keseronokan bersama Dato Emran di Ipoh Dato Eusoff berjaya menjejaki keisha kesana. Dato Eusoff mula mengungut dan tidak puasa hati dengan tindakan keisha yang meninggalkkannya setelah Kiesha tetap menolak cintanya selepas kejadian majlis pernikahan mereka dibatalkan.  .

Seorang lelaki yang diupah telah menyerang Kiesha hingga berlakunya kecacatan dimuka Kiesha dan nasib baiklah berlaku berhampiran kedai Kaef.

Kiesha diserang sehingga berlakunya kecacatan dimukanya. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Sinopsis drama Chandelier

Atas insiden tersebut kesaanya muka keisha ada parut. Orang dah cantik bila dah kena dugaan macam ni macam dah putus hidup. Di saat inilah dia kenal dengan Kaef.

Aneh. Hati keisha macam terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.

Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”

“keisha….” Kaef mengeluh perlahan


Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan. Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, ujian dan dugaan hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.

Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.

“Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian… tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.” 

Kaef disaman dalam perniagaanya dan Keisha meminta pertolongan dari Dato Emran. Syarat memaksa dirinya meninggalkan Kaef dan berkahwin dengan Dato Emran.

Sinopsis drama Chandelier

Ooo kerana ini lah drama ini dipanggil chandelier ..

Kalau ikut novel, akhirnya dia memang kahwin dengan Dato Emran, dan mereka bahagia. Kalau drama ni nanti korang tunggulah hahahahaaha.. tak surprise laaa cerita semua kan , sikit jer kita share Sinopsis drama Chandelier ni.

ke nak tahu juga? hehehe

Melayari cinta bersama Kaef , Kiesha diduga lagi dengan kekilafan semalam. Iskandar menuntut hutangnya 30 ribu dan kaef pula disaman 150,000 kerana meniru rekaan t-shirt sukan. Apa pilihan yang Kiesha ada dengan bersetuju dengan syarat Dato Emran. Demi Kaef , Kiesha berkorban walaupun dia terpaksa cemuhan dari Kaef kerana pentingkan harta keduniaan.

Perkahwinan Kiesha dengan Dato Emran mengecewakan Kaef. Tetapi hubungan keisha dengan Puan maryam dan Khalida sangat rapat. Kiesha turut mengundang Kaef sekeluarga. Oleh kerana Khalida sangat rapat dengan Khiesha , Khalida membongkar rahsia Kiesha siapa yang membayar saman Kaef walaupun yang di hebahkan Syarikat tersebut menarik balik saman.

Dato Emran sangat sayang pada Kiesha yang mampu menerima anak-anaknya Kiesha dilayan umpama menatang minyak yang penuh.  Menguruskan anak Dato Emran , Dania menceriakan hidup Kiesha dan dapat melupakan kekecewaan pada awal perkahwinan

Disangka panas hingga ke petang tetai hujan ditengah hari , Dato Emran terlibat dalam kemalangan kapal terbang. Saat Kiesha dapat menerima cinta dari Dato Emran , Dato Emran pergi buat selamanya.

Selepas tu? apa jadi ? hehhehe.. kita tunggu lah yer

Info drama Sinopsis drama Chandelier

  • EPISOD : 24 episod
  • TARIKH TAYANGAN : 10 Februari 2020
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
  • PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Dayang Kartinah Said
  • PENGARAH : Michael Ang
  • PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd

Watak Pelakon drama Chandelier

  • Ben Amir sebagai Kaef
  • Mimi Lana sebagai Keisha
  • Norman Hakim sebagai Dato Emran
  • Zamarul Hisham sebagai Dato Eusoff
  • Shasha Abedul sebagai Syuhada
  • Nadya Syahera sebagai Ajwa
  • Nynaa Harizal sebagai Khalida
  • Aisar Khaled sebagai Iskandar
  • Alif Muhaimin sebagai Malik

LAGU TEMA / OST CHANDELIER

Tanpa Mu – Dinie & Khai

4 Comments

  1. umi nazrah February 12, 2020
    • azni February 12, 2020
  2. Jack February 27, 2020
  3. viral malaysia March 21, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!