Sinopsis Drama Camelia TV3

Sinopsis Drama Camelia | Slot Samarinda TV3 –  Drama lakonan Diana Daniella dan Ain Edruce.  Drama ini sebenarnya memaparkan kisah keluarga dan anak anak yang membesar bersama-sama.  Namun drama Camelia ini memaparkan sisi keluarga yang penuh dengan cemburu dan hasad dengki sesame adik beradik.

Yang memburukkan keadaan bila orang tua, dalam drama ini watak Tok Su memburukan lagi keadaan dengan kasih sayang yang berat sebelah di antara cucu cucunya.

BACA : Kalau korang peminat ben amir, kena baca sinopsis drama chandelier drama ni pun best. Mimi lama jadi Jahat!

Watak utama Sinopsis Drama camelia

Mariam and Marina 2 watak utama dalam drama ini yang akan membawa kita untuk terus melayari dari episode ke satu episod.  Marina sering mendapat perhatian bandring dari kakaknya namun plot point berubah bila Mariam lakonan diana Daniella bila mana dia berjaya mendapat keputusan SPM yang baik dan menjadi tumpuan penduduk kampung membuatkan Tok su mula memandang tinggi kepadanya.

Sinopsis Drama camelia

Marina mula resah dan meroyan. Hasad dengki satu demi satu ditunjuknya sehingga kita sebagai penonton tidak boleh menerima perangai buruknya. Sanggup dia menabur fitnah dalam ahli keluarganya sendiri untuk  kepentingan peribadi. Sanggup menyakiti ahli keluarga sehingga tok su meninggal dunia.

Fokus untuk beberapa episode awal lebih kepada kejahatan Marina dan permainannya, namun tanpa disedari tindakkannya itu telah melahirkan Camelia dalam diri Mariam. Rupanya Mariam tertekan sejak kecil kerana dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya. 

Sinopsis Drama camelia

Drama split personaliti ini seperti drama lakonan ayda jebat dalam drama CINDAI Tv3

Walaupun emak ayah dan abang angkatnya Malik berada di pihaknya, Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga buat Mariam trauma. 

Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki ‘Split Identiti’. Identiti yang mahu kelihatan lebih cantik dari Marina. Identiti yang bernama Camelia.

Camelia mula menguasai diri mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina. 

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan Camelia.

Nampak gayanya konflik Mariam mencari diri-sendiri perlukan sokongan suaminya Malik. Berjayakah Malik mengembalikan Mariam sebelum Camelia menguasai diri Mariam. 

Ikuti kisah mereka dalam drama Camelia yang akan bersiaran pada 16 Januari 2020 menerusi Slot Samarinda dan update terkini di wikipedia juga.

Senarai Pelakon Sinopsis Drama camelia

  • Saharul Ridzwan – Malik
  • Diana Danielle – Camelia / Mariam
  • Ain Edruce – Marina
  • Hafidz Roshdi – Dr Azman
  • Lisdawati – Zakiah / Mak Su
  • Qistina Raisah – Marina
  • Puteri Balqis – Mariam
  • Redzwan Adha – Malik

OST Drama Camelia

kalau terlepas drama ini , korang boleh sahaja ke link youtube TV3

No Responses

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!