Azymacare Clay Body wash penyelamat kegatalan laki aku

Kawan kawan aku bagi feedback yang positif pasal sabun ni, sangat sangat membantu katanya. Bila aku tengok harga wahh… boleh tahan juga RM68.00 huhuhu. Tapi macamana pun, prinsip aku kalau mahal tapi berbaloi memang tak ada masalah. Katanya sabun ni sabun hilangkan bau badan dan juga untuk orang yang ada masalah kulit sensitif atau gatal-gatal.

Eh betul ker ni?

Kadang kadang aku ni skeptikal juga. Tapi to be frank aku tergerak nak beli ada 3 sebab.

  1. Kempen #bmf
  2. Bahan asas untuk sabun ini adalah tanah liat ( selain dari kandungan lain)
  3. Hurmm.. hero kecik aku tu balik sekolah berbaulah ketiak dia bila balik sekolah takkan aku nak bg pakai deodorant. Kecik lagi kowt!

Haa.. rare kan justifikasi aku.

Entahlah kenapa aku terpikat sungguh dengan “kandungan tanah liat kaolin” tu hahaha. Kelakar pun ada.. Tapi sebenarnya aku kaitkan dengan kewujudan kita dari tanah and bla bla bla..

Korang jangan gelakkan aku tau, hahahha sebab deep into my heart aku rasakan sebegitu. Macam back to fitrah gitu.

sabun hilangkan bau badan

Kisah aku dan sabun Azymacare Clay Body wash

Aku memang dah consume sabun ni dalam 2 bulan, aku memang suka bau dia, macam unik sikit. Bau yang fresh tapi bukan macam flowery yang melampau. Aku selang seli pakai dengan sabun yang ada heheh sayang, mahal kut. Disebabkan banyak testimoni kata bagus untuk buang bau badan so aku memang ternanti nanti nak tengok hasil pada diri sendiri terutamanya bila aku aku datang bulan.

Selalunya aku merasakan badan aku merembeskan hormon yang tidak berapa sedap sebelum datang bulan. Selama hari ni memang aku pakai deodoran dari produk amway sahaja yang dapat membantu aku membuang bau yang tak berapa best tu.

Aku risau sangat orang lain dapat bau yang kurang menyenangkan tu dari aku hahahha , tapi aku sendiri yang terasa rasa kut hehehe

Alhamdulillah betul sungguh, memang dapat bantu kurangkan rasa ketidakselesaan pada aku. Memang aku tenyeh betul di pelipat ketiak untuk pastikan kurang bau kurang yang menyenangkan tu. Experience gatal tu belum lagi lalui. If dah lalui nanti aku update balik entri ni.

Kisah husband aku dah sabun

Satu malam tu, dalam jam 12 rasanya hahaha, aku dengar bunyi bising. Laki aku ni mundar mandir keluar masuk bilik. Ish bising sungguh, tak boleh aku nak tidor

So dalam mamai tu aku tanya dok cari apa tu?

Hahha dia dok bebel sapa ubah krim gatal dia. Dia dah letak sebelah katil, and jenuh cari tapi still tak jumpa. Alamak, aku cuak jugak aku ke yang ubah cream tu.

Laki aku ni ada masa dia akan ada rasa gatal gatal dibadan dia, aku rasa kalau dia makan tak betul penyakit gatal dia akan menyerang. So malam tu dia rasa tak selesa dicelah peha dia pulak.

Kalau dah mula menggaru korang tahulah kan, memula tu dah sedap but end up melecet.

Aku malas nak tolong cari sebab aku mengantuk, so aku cakap pakai lah sabun azymacare dalam toilet tu botol kaler oren. So dia pun bergegas masuk toilet.

Beberapa minit lepas tu aku bukak mata elok dah dia landing tepi aku. aku tanya macammana? okay tak?

haaa.. legaaa.. Hilang dah gatal tu .. hahahaha itulah kisah di malam hari.

Sabun hilangkan bau badan

Produk Diyakini, Selamat Dan Halal

Azymacare clay body wash dikilangkan oleh Kilang yg mempunyai international certs dan diiktiraf oleh pengeluar produk personal care antarabangsa. Ada GMP, pengiktirafan Halal Jakim ada ISO (MS Cert Malaysia), dan mendapat U.S. Food and Drug Adminnistration (US FDA)

sabun hilangkan bau badan

Kandungan mineral, kalsium, oksigen dan zinc oxide yang tinggi dalam tanah liat kaolin ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit malah untuk masalah kesihatan juga seperti cirit – birit

BACA : Bedak Agnesia bedak legend

kebaikan tanah liat kaolin ini pada kulit manusia pula adalah ia dapat menyerap lebihan minyak di muka dan badan. Ia sangat sesuai kepada seseorang itu yang mempunyai masalah kulit muka yang berminyak.

Selain dari kandungan tanah liat, ada kandungan lain

  • Chamomile
  • Lavendar Oil 
  • Timun 
  • Lidah Buaya
  • Body Odour Remover 

Azymacare Clay Body wash, sabun hilangkan bau badan ni aku tengok dalam website dia orang terang terangan mengatakan mereka tiada mengandungi (bahan yang biasa terdapat pada kebanyakan produk mandian di pasaran):-

  • Diethanolamin – bahan sangat bahaya yang akan menyebabkan kanser hati.
  • Paraben – ialah sejenis bahan pengawet yang boleh menyebabkan kanser payudara dan mengalakkan sel-sel kanser untuk merebak.
  • Pewarna sintetik – adalah bahan kimia yang menyebabkan kesan alahan untuk sesetengah orang.
  • Silikon – Ia memberi kesan illusi kulit yang cerah, tetapi itu bukanlah kulit yang cerah sebenar seperti yang kita mahukan kerana ia adalah tiruan dan diperbuat daripada plastik.
  • Lyral – berdasarkan Kesatuan Negara Eropah (EU), penggunaan Lyral (nama dagangan bagi wangian sintetik) boleh memberikan kesan alahan kepada kulit sensitif.
  • Sumber haiwan – Tiada bahan dari sumber haiwan, hanya berasaskan bahan semulajadi tumbuh tumbuhan dan mineral tanah liat sahaja, justeru ia bersih, halal lagi suci.

nih aku share info produk sabun hilangkan bau badan tu, kalau korang berminat boleh lah try contact no yang aku share ni.

Harga RM68/pax (300ml) Harga Promosi RM100/ 2 pax (sehingga stok masih ada) 
Korang kalau nak beli,  boleh hubungi +6019 776 0647/ +603 6732 0647 
atau layari www.azymacare.com
atau wasap terus https://www.wasap.my/+60197760647

13 Comments

  1. Qeela January 8, 2020
  2. Bella Jamal January 8, 2020
  3. Mahamahu January 8, 2020
  4. MAISARAH IBRAHIM January 8, 2020
    • azni January 9, 2020
  5. Fadzi Razak January 9, 2020
  6. Alia January 9, 2020
  7. Mohamad Khairil Bin Hassan January 9, 2020
  8. Wawa Ashihara January 10, 2020
  9. emi January 21, 2020
    • azni January 21, 2020
  10. Norman January 22, 2020
    • azni January 22, 2020

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!