Review Jujur pengguna norwex dan kelebihan Norwex

Sungguh aku tak sangka akan jatuh cinta dengan kain norwex. Tujuan aku nak beli sebab aku stress dengan cermin coffee table, Skrin Tv yang bertanda dan paling menyampah Kitchen Cabinet melamin yang aku tempah 2 tahun lepas ada bekas bekas gam yang tak best yang ditinggalkan oleh kontraktor. Aku nak kongikan Review Jujur pengguna norwex dari sudut hati aku sendiri

Review Jujur pengguna norwex

2 bulan rasanya aku pikir dan ambil keputusan nak beli kain norwex ni di Instagram, sebab aku rajin follow #homedekomalaysia hehah nak rumah cantik follow lah hashtag ni. Alahai rumah dia orang memang cantik- cantik kemas.

Bila tengok harga Norwex memanglah rasa gila apa mahal ni. Kain lap jelah kut. So aku pun follow sahaja beberapa IG yang share. BIla aku pikir pikir balik mesti lah ada usaha usaha R&D yang dia orang dah buat. Dan Norwex ni dah femes 26 tahun yang lalu di Norway, ni baru 2 tahun masuk Malaysia.

Bak kata kawan aku nina, semua surirumah teringin sebenarnya teringin nak memiliki kain norwex. Masa dan kewangan yang akan menentukannya.

Aku dah bernorwex hampir 2 minggu. Habis semua aku tenyeh hahahah… mana mana kotoran degil yang aku aim nak hilang tu aku target dahulu . Tu diaa.. aku habaq, memang aku puas hati.

Bagaimana aku terjebak dengan Norwex

Kisahnya aku ni beli untuk kegunaan sendiri. Aku tak berani nak jadi agen or consultant untuk apa produk pun kalau aku sendiri tak cuba. Aku sejenis orang yang malu kalau benda tu tak menjadi hahaha.. Tambah tambah kalau produk MLM.

Spark My Joy

But Somehow kain norwexy ni spark may joy macam marie kondo cakap. hahah aku rasa bahagia sekali. Aku sejenis orang yang suka pergi department cleaning di Ace Hardware. Memang macam2 benda yang aku beli. Ada jadi, ada tak jadi

BACA : 10 Sebab kain norwex best dan trending dikalangan suri rumah

So aku keluarkan modal sebanyak RM271 untuk 3 jenis kain plus 2 jenis bahan cucian tambahan paste and UPP. Pejam mata oit . Lepas tu bila aku kongsikan di sosial media Eh.. ramai tanya aku jual tak. hahahah maka terus lah aku jadi tukang jual atau consultant. aaa… glamer lah sikit

Aku dah macam pak pandir, so udahnya untuk jadi consultant aku kenalah beli starter kit. tapi .. tak rugi pun

Review Jujur pengguna norwex, Pengalaman pertama

Sampai je barang ni kat ruamh memang aku terus lap meja coffee table aku ni. perghhh kilat bersilau Memang best Window Cloth ni. Bahagia sungguh . Objektif tercapai

tapi ada satu perkara yang kelakar .

Masa beli kain ni abam tak tau rega. Padahal pakai tabung rumah. Pastu sis suruh dia lap TV nun.. trick sikit .. Sebenarnya aku takut kena marah sebab belanja duit dalam keaadan sekarang.

Tapi Ya Allah dia cakap, “biar I lap TV ni ni sebab ni my territory”

hahahha debor dan alhamdulillah okay approved 👍 katanya sbb selama arini bercapuk2 kat kaca tv tu. Jenuh we all dah beli macam-macam solution dah try .

kelebihan Norwex

Insiden kedua bertambah yakin dengan Norwex

Masa mula dapat produk ni aku datang bulan daaa.. huhuhu kena setepek dekat sofa masa . Heheh paham dak? Alaaa masalah global org pompuan laa . 2/3 bulan ni aku period heavy juga.

Tapi takkanlah sis nak amik videokan. Tak sanggup oit nak share hahahah masa tu nasib baik norwex baru sampai. huhuhu nasib baik oit… Tak pernah pernah pulak kena. Macam tahu tahu sahaja. Nasib baik bukan sofa 3 seater cerah baru yang sis beli online dengan Ella furniture aritu . Ini sofa ikea hijau tu.

Mau meroyan kalau tak hilang. Sebab tula kena stby kain ni satu kat rumah. … Sbb tulah kain ni really spark my joy sbb tulah nak share dgn orang and buat giveaway.

So itula kisah sedikit sebanyak bagamai mana aku terjebak. cuma sis ni macam pak pandir laa sebab untuk melayakkan jadi consultant kena beli kit dia samada RM95 or RM368. tapi .. eh tak rugi lah sebab boleh asing2 penggunaan. hahah orang perempuan dan kain lap ni banyak darjatnya

Kalau korang berminat nak beli or nak jadi consultant boleh tekan link ni PM Norwex

Review Jujur pengguna norwex

13 Comments

  1. Nina Mirza November 18, 2020
  2. ajumohit November 18, 2020
  3. Yaya Azura November 18, 2020
    • azni November 18, 2020
  4. Aisya Ismail November 18, 2020
    • azni November 18, 2020
  5. akashahkassim November 18, 2020
  6. ZAIDALIFAH HUSSIN November 18, 2020
  7. Siti Rohaida Yusof November 18, 2020
  8. mrspip November 19, 2020
  9. Ardini Humaira November 19, 2020
  10. Ooh Deo November 19, 2020
  11. Nadia johari November 19, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!