Joymix Awake supplement tambahan yang amat diperlukan sekarang

Aku tahu pasal produk joymix awake ni secara kebetulan. Panjang sangat cuti MCO ni. Sambil sambil buat kerja bila bosan sangat tangan ni gatal laa mencari- cari supplement lah, tengok barang di shoppe dan lazada. Eh! hahha gitulah kan

Bila dah berumur ni biasalah hehehe semua sistem badan kita pun slow so kesannya banyak sangat pada sistem imunisasi makin slow, dan untuk orang perempuan kollagen pun menurun. uhh… kira inilah fasa nightmare untuk orang perempuan.

Aku? hahaha dah 46 ni memanglah tergugat juga walaupun orang cakap tak macam 46 … (malu plak) tapi alhamdulillah, berkat memahami sistem badan ni aku memang betul betul menitik beratkan bab bab kesihatan. Tapi sejak duduk rumah ni terasa betul macam orang tua.

Rasa tak terjaga pulak duduk rumah ni bila selalu asyik memasak dan bermain dengan minyak hahaha tambah pulak kurang bersukan. Lemau badan ni, paling tak tahan ada jerawat manja pulak naik. Tak pernah – pernah. Orang dok rumah kulit elok.. aku ni lain pulak kih kih

Saja nak kongsi dengan korang, aku ni memamang mengambil pelbagai supplement tapi, kalau aku tak pernah ambil dalam kuantiti yang banyak secara serentak. Sebab aku takut ada kesan kalau aku tak minum air mencukupi nanti akan memudaratkan pulak. Paling kurang pun 2/3 jenis suplemen.

Memandangkan kita dalam pandemic covid19 ni jadinya…. Selain dari aku and husband hunting for Vitamin C untuk meningkatkan sistem imunisasi badan hehhe aku terrrr beli Joymix awake . Terlebih surveylah kisahnya ni

Yerlah aku terpersona dengan explanation pasal produk ni. Aku ni dahlah tak boleh amik sebarang kollagen disebabkan masalah endotmetriosis ni jadi agak susahlah untuk mengekalkan kollagen kulit.

Lagi satu sebab aku nak cuba, Joymix awake dapat meningkatkan peredaran darah dan mampu membawa nutrien dan oksigen dalam darah. selain dari masalah endometriosis aku memang ada masalah BP low dan dan juga hemoglobin rendah. Sebab tu lah aku ni jarang dapat derma darah sebab macam tak ada zat.

Untuk korang yang tertanya tanya apa benda Joymix awake ni. Nah.. aku summarise kan untuk korang . Senang citer

Apakah joymix Awake

  • JoyMix Awake adalah minuman serbuk semula jadi yang dibungkus dengan kebaikan anggur keseluruhan.
  • Ia mengandungi ekstrak kulit anggur, dan biji. Anggur yang sememangnya buah berkhasiat yang kaya dengan Vitamin C dan antioksidan.
  • Ini meningkatkan imuniti, mengurangkan radikal bebas, dan menjaga andasihat.
  • Setiap teguk JoyMix Awake seluruh ekstrak serbuk jus anggur rasanya segar dan menyegarkan.
  • Kulit anggur yang tajam di dalamnya menggelitik selera anda.
  • Tiada kandungan gula dan sangat sesuai untuk mereka yang amat menitiberatkan aspek kesihatan

Jumlah pengambilan yang digalakkan, 90mg untuk dewasa

Siapa yang patut menikmati produk Joymix Awake

  1. individu yang sentiasa bergerak aktif
  2. Mereka yang bekerja dalam tempoh yang panjang seperi driver, polis
  3. Ahli sukan terutama yang melibatkan marathon, dan jaarh jauh seperti peluba basikal dan pelari jarak jauh

Cara makan

Hanya buka setiap sachets kecil tersebut dan terus masuk ke dalam mulut. Selalunya aku terus sulam dengan air hehehe. Kalau ada orang boleh kemam lama bagus jugakan.

Maklumat lanjut

Korang boleh refer website https://www.joypremix.com/ untuk lebih terperinci. Selain dari joymix awake ada beberapa produk lain yang sesuai untuk kesihatan seperti chiaseed, kollagen powder dan lain lainlah.

Add Comment

error: Content is protected !!