Makan udang Galah di Teluk Intan yang sedap yakmat!

Ish aku sungguh terkenang-kenang sangat makan Udang Galah Teluk intan hari tu. Serious sedap korang. Aku pun tak ingat di mana aku dapat info pasal ini, tapi kes viral viral jugaklah. Jadi kalau korang terlajak ke Teluk Intan, atau Tapah atau ke Lumut pastikan ini jadi  salah satu destinasi makan yang wajib  korang singgah.

 

Udang Galah Teluk intan

masak ni memang sedap

 

Semuanya kerana  aku ada outing trip with officemate abam di Pulau pangkor.  Aku tak berapa puas sangat makan di Pulau Pangkor tu. Tapi nasib baik masa hari pulang kami singgah makan laksa dahulu di food court berhadapan Jeti Pulau Pangkor.

Kali kedua aku makan di situ memang tak menghampakan. Jadi apa kata korang cuba juga nanti. Maybe ikan fresh or belacan yang sedap.

Eh ! cerita pasal laksa pulak .

Aku nak cerita pasal Udang Galah Teluk intan tu di Restoran D’Tepian. Yang paling best aku tak tahu pun nama restoran ni. Aku hanya waze udang galah. heheh nasib baik sampai walaupun terlepas simpang masa nak sampai ke situ.

Udang Galah di Teluk intan

 

Udang Galah Teluk intan

tengok kemain abam aku senyum

Masak apa yang best?

Serius kita orang blur nak masak apa, opkos lah kita orang nak yang sedap. Tapi nasib baik waiter dia bagus sangat.  Dia boleh duduk semeja dan suggest masakan yang best.  So di suggest 1kg tu boleh masak 2 jenis masakan. Ambillah nasi. Bila dia offer amik sayur sekali kami cakap kami nak enjoy ratah udang jer. Nasi tu buat syarat jer .. konon.

BACA : Nasik lemak best di Melaka

Mula mula terkejut jugak dengar harga, or sebab aku yang tak biasa beli udang galah. Rupanya ada grade pulak. Yang paling besar A1, lepas tu A, B dan C hahah gitu.

 

Udang Galah Teluk intan

ini size A1

 

Size A

 

Tapi bagus, kami dibawa tengok size udang tersebut so boleh lah kita bayangkan rupa size udang tu.

So dia suggest 1 masak lemak, 1 lagi masak cili. Perfect combo weh… lepas tu rasa udang tu memang fresh sangat. Manis and sedaplah. Ditambah dengan cara masakan yang memang sedap.

So kerja aku, memang observe orang keluar masuk. Di saat kami sampai tu dalam waktu magrib, orang tak berapa ramai. Kami jamak so kira okay lah kan. Abis makan kami cari lah surau atau masjid

Aku tengok ramai jugak orang luar yang datang makan disini. Dahulu mungkin viral so penuh lah, alhamdulillah masa kami sampai banyak jugak tempat kosong.  Tapi kalau baca dekat blog lain ada yang suggest call terlebih dahulu. Kami main terjah jer. Nasib baik hahah

Tapi sesungguh kami terkejut dengan juadah yang sampai, rasa takut tak habis. Besar besar dan banyak weh. Dalam 10 ekor udang weh.  hamikk!! makan sampai muntah hahah

Total kos RM108.00 kalau tak silap. Termasuk air, udang, nasi.  uihhh kalau compare dengan  restaurant di kuala lumpur boleh sangat you alls. Or compare dengan Lobster di Genting tu, kira ini berbaloi jugak.

Sah akan repeat. Lepas ni balik Tapah kami akan singgah ke sana lagi.

Info penting

JAM : 4 PETANG HINGGA 12 MALAM
HARI : DIBUKA SETIAP HARI
NI NO TELEFON DIA : +6010 – 530 7713 (Man Udang)
NI NO TELEFON DIA : +6013 – 299 0991 (Azizah)

4 Comments

  1. Nany Adifah October 25, 2018
    • azni October 26, 2018
  2. sueizza October 26, 2018
    • azni October 26, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!