Nak travel free? Jom join Traveloka Fly & Win CNY Contest

Selalu orang tanya aku, macam mana aku boleh kerap travel dan ramai kawan kawan yang tak puas hati sebab aku selalu dapat harga tiket yang murah. hehhee.. jawapannya kena rajin hunt la, salah satunya di portal Traveloka. Sebenarnya ada banyak tips., mesti panjang lebar kalau aku nak cerita. Tapi sebelum ini  aku pernah share juga tips menabung untuk travel. Orang yang bukan have have dan tak banyak bonus macam aku kena ikat perut sikit la kalau teringin nak tengok negara orang ni. Kena buat plan short term and long term untuk travel. Untuk travel yang dekat-dekat seperti Indonesia kiranya kategori short term lah sebab  achievable, untuk yang jauh jauh ni .. hahaha kena buat tabung khas. psst.. korang ni ada contest traveloka!!!

BACABackpacker, flashpacker or rombongan cik kiah? Jom ke bandung

Oh yer.. baru minggu lepas aku baru balik dari Bandung bersama rakan-rakan belajar dulu  di USM dengan Total cost rm750 seorang untuk flight+Hotel+makan+transport+tips + entrance fee. Amacam murah dak? We all pergi makan tempat semua best best tau.. macam orang kaya pulak heheh eh!!.. bukan nak riak tapi point aku kalau kita simpan duit sikit sikit insyallah memang mampu milik jugak kalau nak travel ni. Yang penting kena tahu tempat nak cari tiket and hotel yang best. Nanti aku buat entri khas untuk trip bandung kali ke 6 untuk aku ni. hahaha aku suka pergi bandung weh..

taman mini bandung

posing jap di taman mini bandung

 

So pendek kata Travel ni, sapa sapa dah mula memang akan jadi satu ketagihan, sebab dapat stress free kut. Macam aku ni, kalau dah bosan kerja travel ni macam aku perlu recharge untuk terus semangat bekerja.  Tak dapat benda lain pun tak apa, janji dapat travel. korang Sanggup? hehe.. kurangkan shopping baju ka.. make up ka..  tapi tapi simpan duit untuk travel. Sebenarnya kadang kadang shopping di luar negara lagi murah so apa kata korang simpan duit tu or posa setahun and lepas tu shopping di luar negara tambah dekat Indon. Macam- macam korang boleh dapat.  Aduii macam tak support ekonomi negara aku ni kan. Aku bukan apa… aku nak suruh korang travel jer.

Camnilah, to cut it short untuk orang yang tak sabar dan  betul betul nak travel tapi tak ada bajet. Apa kata korang join contest  Traveloka Fly & Win CNY Contest.  Ini pun satu langkah yang bijak untuk korang yang ingin travel. Masuklah pertandingan macam ni. Kalau baca buku azizi ali yang menceritakan bab kewangan dengan bijak, katanya masuklah pertandingan sebanyak mungkin untuk menikmati hidup yang lebih best. haaa.. gitu… so apa lagi walaupun aku nak menang sorang tapi aku share jugak dengan korang info macam ni. Manalah tahu rezeki aku pun murah bila berkongsi dengan orang lain.

Sharing is caring kaaaan…

Sebelum aku share dengan korang ni mesti korang akan TERUJA  nak tengok hadiah yang disediakan oleh pihak traveloka ni kan?

traveloka

 

Menang Pergi KOREA UOLLSS……. siap flight + accommodation untuk 2 orang!!!.

Hadiah

  1. Grand Finale prize 6 hari 5 mlm di Seoul ( Flight & accommodation untuk 2 orang)
  2. 1st runner up 5 hari 4 malam di Phuket ( Flight & accommodation untuk 2 orang)
  3. 2nd runnder up 4 hari 3 malam di langkawi ( Flight & accommodation untuk 2 orang)

Hadiah untuk Traveloka Fly & Win CNY di facebook

2 baucher traveloka yang bernilai RM1000 untuk 2 orang

Game dia senang juga, tak susah. Semalam dan try lebih 10 kali tapi tak submit lagi.. hahah sebab nak kasi markah tinggi  barulah submitkan. Sapa tak nak menang kan. Semalam test bagi budak kaki game ni try.. manalah tau kut tangan dia bawak rezeki. Tapi tak confident lagi nak submit. Perjuangan akan diteruskan lagi hari ini.

traveloka

Cara penyertaan Traveloka Fly & Win CNY

  1. Sila klik link CNY 2018 contest
  2. Sila klik dan baca term and conditions dahulu, ini antara syarat-syarat yang korang kena patuhi
    – mempunyai facebook akaun yang sah
    – mesti follow facebook fan page traveloka malaysia
    – peserta diwajibkan bermain Traveloka Fly & Win CNY challenge yang telah disediakan penganjur
    – peserta perlu mengisi details dekat page pendaftaran yang telah disediakan
    – peserta boleh share di facebook maximum 5 kali sehari sahaja
    – Hanya 3 top winner akan dipilih di grand final.

Apa Traveloka ni?

Sedikit info untuk korang yang pertama kali tengok website, ini adalah satu portal carian enjin untuk ticket flight dan hotel. Untuk orang yang sangat mementingkan harga yang murah aku memang akan jadikan portal ini sebagai salah satu tempat untuk aku cari dan compare harga flight terutamanya. Akukan bajet traveller yang selalu buat booking dan plan itinari sendiri maka banyaklah travel portal yang aku pernah masuk.

traveloka

Harga harga hotel pun memang murah dari portal yang lain kalau kena masa promosi. Surpisingly traveloka memang menawarkan harga yang sangat kompetitif. Bilangan hotel pun kian bertambah dari hari  ke sehari. Kadang-kadang tak faham juga macam mana dia boleh offer harga murah macam ni. Tapi sangat sangat reasonable.

Aku sebenarnya adalah UX designer atau pun User Experience designer, yang banyak mengkaji design, experience dan navigasi untuk sesuatu portal atau web. Terus terang aku cakap aku memang suka dengan color skema yang digunakan. “Clean dan Minimalist”.

Tapi yang lebih penting navigasi dalam portal itu sangat senang untuk orang yang pertama kali menggunakannya. Selain dari itu apps juga di sediakan oleh pihak traveloka so lebih senang kita nak ‘hunt” harga hotel dan flight yang bersesuian dengan bajet kita.

Tak caya? cuba korang acu try. cakap banyak pun tak gunakan…. cer .. cer cuba…

haaa lagi satu tips… harga ikut APPS lagi murah tau dari website. Apa lagi… Install laa..

 

15 Comments

  1. Haida January 23, 2018
  2. FIRDAUS BIN MAT RADZI January 23, 2018
  3. Min Shamsuddin January 23, 2018
  4. Julia Johari January 23, 2018
  5. anazarin January 23, 2018
  6. Mimin adam January 23, 2018
  7. Abam Korie January 23, 2018
  8. wzfadhlandotcom January 23, 2018
  9. YB Shehan January 23, 2018
  10. TATI MANSUR January 23, 2018
  11. mas saari January 23, 2018
  12. Qaseh January 23, 2018
  13. Mariana Che Pa January 23, 2018
  14. Nadia Johari January 25, 2018
  15. Nina Mirza February 1, 2018

Add Comment

CommentLuv badge