Tips Travel ke New York, Washington, Woodsbury Factory outlet

Kali ni saya nak summarize tips travel ke new york berdasarkan entri saya sebelum ini di traveloque Amerika, secara ringkasnya ada beberapa tips penting untuk mereka yang ingin menjejakkan kaki disana. Negara Uncle sam ni sapa pun teringin nak sampai, tapi kadang kadang faktor harga tiket yang melampau  dan flight time tu yang buat semua orang fikir beberapa kali. Dan juga urusan visa yang dengarnya akan susah yang boleh buat lemah semangat kan. heheh..

Jgn lemah semangat.. US ni best tau. pengalaman yang best dari travel ke eropah ( kasi semangat sikit kat korang). Makan murah, shopping murahhh ya amat sampai gigil kaki.

1. Harga Tiket

Harga tiket yang aku dapat masa pergi sana dalam RM4,600.00 dengan menaiki Qatar Airlines, masa ni tak berapa pandai nak cari harga tiket. Pernah juga tengok promosi yang hebat hebat dalam RM 2,800. china airlines pun ada kalau ke Los Angelas dalam harga RM2500 yang pernah kawan aku dapat. Return ya.

Jadi kalau korang dapat harga yang best dari 4600 tu maknanya sangat murah lah weh!

Please comment dekat entri i ni kalau pernah dapat tiket best.. pls… (dengan harapan nak repeat lagi ni)

2. Visa

Proses Visa agak rumit mula mula sahaja. Tapi agak pening laa hahaha. Harga visa dalam RM680,(terkini)  korang kena pergi www.usatraveldocs.com dahulu dan follow sahaja lah proses ini. Masa zaman aku nak pergi dulu pembayaran melalui bank standard chartered tapi aku check since 2016 semua melalui transfer online sahaja.

Kemudian terus set appointment date untuk proses interview nanti. Macam aku pergi 3 beranak, tapi since aku pergi atas urusan rasmi so aku bawak sahaja semua dokumen yang berkaitan. Aku ingat lagi masa aku beratur kat luar kedutaan amerika, ada satu group pelajar boarding school, salah sorang tertinggal IC ke apa tah.. panik lah dia orang.

Kalau agak panas, standby payung juga yer, korang kena beratur luar guard tu. Lepas tu derang akan lepas sikit sikit. Dekat dalam tu ada lah kerusi untuk ko duduk menunggu untuk dipanggil.

Masa interview pun di hadapan kaunter yang agak tinggi dan kita berdiri sahaja. Pastu senang,aku and husband sama sama cakap.

hahaha korang jangan kelentong dengan pegawai tersebut, memang dia akan tanya macam-macam. Aku pergi untuk training UX. dia siap tanya apa benda training tu bla bla bla. kalau kata nak melamcong pun cakap sahaja.

 

Lagi satu dia akan tanya tinggal mana. so paling kurang dah ada list tempat nak pergi korang standbylah ataupun ititnari.

Cuma ada beberapa kes yang pelik, kawan aku hanya dapat 3 tahun saja VISA, katanyanya kemungkinan dia banyak rekod travel ke india atas urusan kerja. Anak sedara aku pula sah sah company hantar 6 bulan ke sana, pun dapat 3 tahun sahaja.

Pelikkan.

Aku dapat 10 tahun yeaghh… so..apa kah faktor sebenarnya yang menentukan jumlah tahun yang kita dapat erk? heheh aku pun tak tahu….

3. Lapangan Terbang Terdekat

kalau travel ke new york, airport yang terdekat adalah di JFK New york dan di Washington. Aku amik Qatar Airlines tak silap aku di terminal  8 kut. Ada juga yang turun di washington naik pula ke New York, bergantung kepada harga tiket yang dapat dan juga itinarari yang korang sendiri plan tu.

JFK ni kalau korang sampai memang akan terkejut sebab airport nya kecik jer, dan tak semenggah orang cakap. Kalau banding dengan KLIA tu, fuhhh jauh beza. Memang akan rasa bangga lah. tapi yerlah airport ni dah lama kan.

Masa di Imigresen aku berdebar juga, tapi tak ada masalah pun. Senang sangat. Alhamdulillah.

tips travel ke new york

sila beratur nak amik taxi nanti yer

4. Shopping Best Di New York

kawan aku pernah cakap, ko tak habis 10k memang ko nyesal. Dulu rasa tak percaya, tapi memang murah sangat uolls. and aku menyesal juga tak shopping banyak.

tips travel ke new york

 

Korang wajib pergi MACY, TArget, TJ Max, Victoria Secret dan paling Best korang keluar dari kota new york pergilah ke WOODSBURYY factory outlet.

Jangan Terkejut di sini orang shopping dengan bawak bag kotak yang besar, Sebab senang nak angkut barang weh. Aku borong Handbag coach, Mk dan kate spade sebab order dari kawan kawan. amiklah upah sikit.

Pergi sana kalau ada anak, jangan lupa beli LEGO. Opkos lah murah dari malaysia. Toys R Us kat manhattan bapak punya besar weh.

 

 

tips travel ke new york

 

Tips shopping di factory outlet korang pergi ke information counter dan minta voucher. Pergh.. diskaun atas diskaun nanti.

Handbag coach tu banyak yang dapat bawah RM500.00 Lanyard coach pun aku dapat bawah RM100… okay bila ingat sekarang aku rasa nak terbang ke sana sekarang.  Kami bermalam di Inn yang berdekatan. Shopping we all amik masa 2 hari di Woodsburry sahaja. Paling awal sampai dan antara paling lewat keluar hahahah.

 

tips travel ke new york

 

Tips paling penting nak shopping di US.. shopping brand dari US laa.. Tmberland, Levis, Coach and lain lain. COnfirm takkan dapat harga semurah itu dekat mana mana. Kalau pergi london pun tak kan dapat. Boleh nangis ooo…

Barang untuk souvenir, beli dekat Victoria secret ke, Bed and Bath ke.. heheh baru bermakna. And cari yang untuk travel kit confirm murah. 1usd jer. Point aku dari korang beli keychain baik beli benda benda macam tu.

Kalau nak lebih mencabar, jangan lupa Corelle. masyallah murah ya amat. aku ni menyesal weh, beli 1 set sahaja sbb nak jimat duit. harga dalam Rm230 kut untuk square version tu.

5.Tempat Wajib di lawati

Wish list kita orang, Central Park, Time Square, Coney Island, Empire State, Muzium. white house,abraham lincoln memorium, Intrepid Sea, Air & Space Museum

Masa lepak di central park, kita orang  terdengar pulak dengan bunyi siren poliskan, wahh terus terasa macam dalm movie seperti spiderman hahaha. sangat terpengaruh kan movie movie dia orang denagn kehidupan kita

 

Central park

happy sungguh iman dapat mai  Intrepid Sea, Air & Space Museum

 Intrepid Sea, Air & Space Museum

pak dia pun sama happy mai musuem ni

tips travel ke new york

laaa… white house ni pun tak lah besar mana pun . kecik jer. Gah lah Jabatan Perdana menteri kita.

6. New York Pass

Kalau nak cover New York dengan cepat dan murah, ambillah New York pass.  Sangat menguntungkan! Kami dapat naik bas, train dan juga ferry.

Ada beberapa acttraction korang boleh guna new york pass ni, macam madame tussau, empire state building, ishh.. banyak lah lagi kalau aku nak cakap. Yang penting korang kena plan betul betul dan set prioriti. Boleh refer web newyorkpass

 

7. Penginapan di New York – manhattan, brooklyn atau dimana?

Kalau ambil airbnb, di kota manhattan pun kita boleh dapat sebenarnya, tapi selalunya bilik lah. Kami amik di brooklyn sebab kebetulan pusat training aku di situ dengan harga Rm450 semalam untuk 1 apartment yang siap boleh masak. Hotel ada, tapi tak boleh masak masak pulak. takkan tiap hari nak makan maggi.

aparment yang sempoi sangat, new york gitew

 

Kemudian kami pindah ke kawasan lain, ke church avenue, dengan harga bilik RM250 semalam. Kami hanya ambil bilik sahaja melalui airbnb sebab untuk tidor dan letak bag, Kami keluar awal pagi dan balik lewat malam.

Host kami sampai risau sebab susah nak jumpa hahaha. Bagaimanapun terpulang kepada you all la. Kami kalau boleh nak jimat !

 

seronok sungguh iman kejar burung burun kat sini .

8. Pengangkutan di new york

Aku sembang dengan lokal, katanya kalau di kota manhattan tu sesiapa ada kereta  kira memang hebatlah. Sebabnya parking terlampau mahal. Pengangkutan terbaik di sana adalah dengan menaiki subway. Senang sangat.

pastikan install apps yang berkaitan sepert NYC subway atau pakai google maps pun dah boleh pusing new york dengan senang hati.

 

9. Makanan halal di New York

Ramai populasi orang islam di sana. Jangan risau.

Kami suka sangat beli “lamb Over rice” yang  hanya berharga RM15.00++ dan portionnya agak besar. Selalunya kami kongsi 3 beranak. Selain dari itu ada juga kebab.

BACA : Makanan Malaysia di Manhattan

Ada juga restoran halal di sana, tapi agak mahal la. kalau dah rasa teringin nak makan makanan malaysia boleh terus ke sana. Nama restoran tu Restoran RASA di manhattan.

11 Comments

  1. Explorasa October 26, 2017
    • azni October 26, 2017
  2. anuar October 26, 2017
    • azni October 27, 2017
  3. Diana dy October 27, 2017
    • azni October 27, 2017
  4. mas saari October 27, 2017
  5. TATI MANSUR October 30, 2017
    • azni October 30, 2017
  6. miminadam November 2, 2017
    • azni November 2, 2017

Leave a Reply to Explorasa Cancel reply

CommentLuv badge