Tips Shopping di Istanbul yang korang kena hadam

Turkey manyak syok woo.. aku memang tak sangka turki best. Saat aku menulis ni, genap sebulan yang lepas aku pergi ke Turkey dan Bosnia 8/11-23/11. Aduh macam tak boleh move on, oh btw aku dah tulis itinerari Turki dan Bosnia tau. Tak sabar rasa nak repeat hahahah. Turki really amazed me. Serious best habaq hang. Tapi apa apa pun, mai nak share tips shopping di istanbul.

BACA : Pengalaman memandu di Cappadocia yang suspen

Kalau korang nak tengok gambar travel aku yang lain boleh tengok di instagram cari #fairasaznitravel or FB aku dah compile gambar2 travel di turkey and bosnia. Manalah tahu boleh bagi inspirasi pada korang, nak best lagi boleh tengok journey aku dalam highlights IG

Sebelum pergi aku memang dah ada lebih kurang list yang aku nak beli. Lampu yang aku idamkan dan juga carpet. Kat Kl ni kan mahal nak mampus barang barang ni semua. Macam macam dah aku plan dalam fikiran aku ni hahaha… Tapi faktor masa tu yang payah nak kira tu, if cukup masa mungkinlah dapat survey.

suasana jalan dari grand bazaar ke spice bazaar

Walaubagaimanapun aku sedar, tak semua aku boleh beli. Ongkosnya tak berapa mengizinkan. Kita beli mana yang mampu. Jadi kalau korang tanya nak beli apa. Nah aku listkan apa yang mesti korang beli.

Rajin tau aku tulis tips shoping ni sebab aku yakin korang mesti nak cari info ni kan. Aku ada tulis pasal shoping di Perth, Ho Chi Minh and New york

Hati Hati di Istanbul

Tapi sebelum korang soping tak hingat, aku nak remind korang beberapa tips penting kalau travel di Istanbul sebab banyak kes terutaman pemandu Taxi yer. Aku baca dalam group BBM, sebaiknya korang pakai Apps BiTaksi yang lebih kurang macam Grab. And Uber pun ada ada disana.

Tips Shopping di Istanbul yang korang kena ingat !

1. Turkish delight

  • Turkish delight ni ada 2 jenis, 1 yang dah prepack. Agak murah dalam 45 tl dapatlah 3 kotak. Tapi agak manis. eh! memang manis oit, ini memang gula based
  • Belilahlah version yang timbang kati sebab dia orang pakai honey. Perghh ! memang sedap yakmat. Ambik pulak yang promagonate. Memang mantop
  • Hari pertama aku pergi survey Harga dalam 100-140tl untuk 1 kg atau 1 kotak di Grand Bazaar. Mahal oit! nih kotak yang bawah ni lah kedai tu
  • Tapi, ni ada 1 port baik, korang cari kedai ni, memang murah separuh and memang ramai Malaysian pergi. Ini pun student malaysia yang yg sharekan nama kedai ni
  • Please please mentioned korang dapat Info dari blog aku hahaha…sebab aku happy sangat dapat murah aku cakap aku nak promote kedai dia orang
  • Nama kedai tu HAREM SAREI di spice bazaar, separuh murah dari kedai yang aku pergi memula tu.
Tips shopping di istanbul
Tips shopping di istanbul
Anas student malaysia yang bagi tips baeek punya. Student malaysia yang belajar bidang sejarah. If amik dia untuk tour guide pun mesti bestkan. Tapi lambat jumpa dia nih.
  • Nasib baik aku jumpa budak Malaysia yang kerja part time dekat sini yang share kan info kedai yang murah.
  • Banyak jugak tips yang dia share. Dan nasib baik lah kami ni ringan mulut nak tanya airport transfer dengan harga yang berpatutan berbanding dengan yang kaunter kaunter dok jual merata tu.
  • Nama dia anas +90 535 416 14 48 dia tahun 4 dah, so kalau korang baca tahun ni insyallah dia masih dekat sanalah.
  • nanti habaq dapat contact dari blog aku naa…..

2. Baklava

  • Sapa sapa peminat baklava jangan lupa rasa keenakan baklava di sana. Aku tak boleh nak share kedai yang best sebab haritu aku tangkap muat test and beli di salah satu kedai.
  • Merata-rata lah kedai jual baklava kat sana. Ada macam macam jenis.
  • Cuma Manis tak boleh bawak bincang.
  • Orang ada kencing manis jangan makan yer.
  • So aku tak bawak balik.
Tips shopping di istanbul

3. lampu Turkey

  • Adui, ini yang aku idam idamkan. Sebelum aku pergi memang aku dah survey harga diKuala lumpur
  • Range harga dalam Rm250 ke atas mengikut size
  • Harga di Cappadocia agak murah sebenarnya dalam 80tl untuk table lamp boleh dapat, tapi disebabkan aku nak bergerak ke bosnia so aku tak nak amik risiko.
  • Abang aku beli yang version gantung gantung 300tl rasanya
  • Lampu turkey ada 2 jenis. 1 made in turkey 1 lagi made in China. So kena berhati hati yer.
  • Katanya yang dekat china tu, lama kelamaan warna atas kaca akan luntur
  • Harga yang aku dapat dalam 220tl untuk 2 biji lampu Turkey
  • Lokasi di Spice Bazaar berhadapan Kedai Turkish delight yang aku pergi tu

4. Tudung Turkey

dah pakai dah tudung turki hehhe.. ada mcm org turkey?
  • Perempuan pergi Turkey tak beli tudung turkey memang satu kerugiaan yang besar hahaha
  • Tudung dia orang ni sangat berkualiti boleh beat dengan tudung Duck or tudung lain di Malaysia dengan rega yang jauh lebih murah, kualiti pun elok sangat. Senang sangat nak pakai
  • Aku beli banyak nak jual konon tapi giler best pakai pakai tudung nih, hahaha entah lah sempat jual ke idok
  • Material Silk, and rayon
  • Harga untuk shawal material rayon dari 30 – 45tl, tudung bawal yang kecil dalam 20-30tl, shawl silk 100tl
  • Harga di Grand bazaar kena gaya boleh dapat dalam 30tl, lagi satu option jalan dari grand bazaar ke spice bazaar pun banyak kedai kedai yang korang boleh beli disitu.
  • Tapi one thing aku perasa walaupun harga di Grand bazaar sikit mahal tapi kain dia lagi bestlah .
  • Jangan terpedaya dengan tudung yang kata silk, padahal itu kain rayon sahaja. Tapi rayon pun sedap weh.
  • Aku belajar dari mamat bawah nih. dia siap tunjuk perbezaan kesemua tudung. dan ada satu tudung tu macam gebu yakmat dan harga dalam RM300 rasanya
muka penat pilih tudung

5. Halva Pistachio

  • Memang tak tahu kewujudan benda alaah ni sehinggalah ada sorang member minta tolong belikan
  • Sedap!
  • Tak tahu dalam kategori apa, hahah bukan turkish delight
  • Tolonglah beli, korang takkan menyesal, Harga dalam RM 45-50 1 KG

6. Carpet Turkey

  • Sebelum pergi dah berangan nak beli carpet disini, dah pikir nak pos balik malaysia and etc
  • Kenapa carpet turkey best? sebab katanya hand made selain dari karpet iran, carpet sini antara yang best katanya..
  • Ada boss opis aku beli dalam rega RM13k. adehh tak masuk akal rasanya, tapi aku gigih nak cari kutlah dapat yang terlajak murah
  • Aku tanya di Grand bazaar, satu tu ada yang 20k. Terbeliak biji mata aku. Jadi aku lupakan.
  • Aku baca, orang cakap belilah diluar kawasan Istanbul lebih murah, maybe next time
  • Aku tak beli, tapi kempunan
Mengidam wehh nak carpet nih

7. Sejadah Turkey

  • Sedih tak mampu nak beli carpet, jadi yang mampu adalah Sejadah turkey.
  • Design and motif memang lawa lawa
  • Jumpa satu kedai yang claim dia buat and design sendiri
  • Harga beli dalam 100tl, harga awal dalam 150tl selepas nego dapat lah rega 100tl

8. Ceramic atau mosaic

  • Orang cakap pergi turkey 2 benda yang berbaloi untuk bawa balik sebagai kenang-kenangan. Ceramic dan Turkish delight
  • Banyak dijual di kedai kedai souvenir
  • Ada 2 jenis mosaic hand made dan printing.
  • Beza keduanya dalam 10tl
  • Ada yang glow in the dark pun ada, harga dekat 400tl
  • Korang tengok gambar dekat bawah ni, nampak tak yang dalam cermin ni, mahal woo
  • Aku sempat beli pelapik periuk hehehe. jadilah
Tips shopping di istanbul
student Malaysia yang kerja di salah satu kedai souvenir. Senang nak cakap.
Baca : Tips shopping Di perth

9. Sabun Herba

  • Kalau pergi kedai yang jual turkish delight ramai juga yang jual sabun sabun herba
  • Sabun ni hand made, dicampur khas dengan olive oil
  • Memang suka tengok packaging sabun sabun ni
  • ada sabun roses, kayu manis, donkey milk and etc.
  • Kesemuanya ada kelebihan tersendiri
  • Aku beli 2 jenis, sabun kayu manis dan donkey milk
  • Harga tak sempat survey, aku rasa aku dapat harga mahal sebab last minute decide nak beli sabun ni
  • Harga dalam 25tl seketul

10. Tea

  • Banyak kedai yang jual turkish delight jual teh herba
  • ada yang siap dalam kotak, ada yang timbang kati
  • Aku sempat sebat beli Promagenate tea, Tea untuk metabolisme, tea untuk pernafasan yang lancar
  • Memang segar dan harum
  • Paling best Promagenate tea yang panas panas tu. Tak payah letak gula dah!
  • harga pelbagai, dalam RM25-RM35 untuk 1 kg

11. Batu Zultanite

  • Aku tahu kewujudan batu zultanite dari sahabat aku yang rajin promote, so dah lebih kurang tahulah harga dia.
  • Memang batu yang dijual diimport khas dari turki, Of course lah lebih mahal dari yang aku beli sendiri
  • Batu ni boleh berubah warna mengikut cahaya yang kena padanya
  • heheh aku bodek abam belanja rantai dengan batu ni, harga dalam 200tl
  • Kakak aku beli cincin dalam 300tl rasanya , besar korang.
  • Aku rasa kedai yang beli ni murah sebab aku ada baca dekat Fb brader ni beli dalam 500tl

12. Souvenir

  • Banyak pilihan souvenir yang korang boleh beli bawak balik.
  • Fridge magnet, keychain, dompet bag kulit dan macam macam lagilah
  • Tapi kalau korang pergi 5 tempat belilah barang2 ikut tempat yang korang pergi sebab susah nak jumpa dekat tempat lain.
  • Sampai hari ni aku menyesal tak beli keychain chomel di Cappadocia.
  • Kebetulan kami jumpa satu kedai ni yang banyak hire student Malaysia buat part time. Memang murah-murah and berkualiti barang barang dekat sini.
  • Tshirt pun cantik cantik.
  • Lupa nak cakap tips penting, if beli tshirt kena beli yang besar sikit. Contoh biasa pakai M , pastikan beli L. Nasib baik lah beli dekat kedai tempat budak budak ni kerja, senang we all nak tukar.
  • Aku tak jumpa pulak address kedai ni hahah
Tips shopping di istanbul

Dalam trip 12 hari Istanbul dan Bosnia, kami spend dalam 5 hari di Istanbul sahaja. Lama jugakkan, tapi Memang tak puas, rasa nak repeat lagi. Nak pergi musim bunga pulak. Mesti bestkan!

BACA : Sewa kereta di Bosnia yang buat panik sekejap

Disebabkan seronok pi turkey gigih aku buat entri Tips shopping di istanbul ni untuk aku next punya trip supaya tak hilang, dan korang pun boleh jer amik isi ni untuk reference.

Kalau sesiapa ada tips best, tolong komen kat bawah ni. kita kasi tambah.

Tips shopping di istanbul

21 Comments

  1. TENGKUBUTANG December 19, 2019
  2. Fas December 19, 2019
  3. Lya December 19, 2019
  4. Fadima Mooneira December 19, 2019
  5. Betty December 19, 2019
  6. Mohamad Khairil Bin Hassan December 19, 2019
  7. aiman abdullah December 19, 2019
  8. Bella Jamal December 20, 2019
  9. Mimi Azirah December 20, 2019
  10. Liez December 20, 2019
    • azni December 20, 2019
  11. Dik bee December 20, 2019
  12. Rawlins GLAM December 20, 2019
    • azni December 20, 2019
  13. syafiera December 20, 2019
  14. Ayu Rafikah December 20, 2019
    • azni December 20, 2019
  15. Fadzil Ahmad December 20, 2019
  16. Mohd Zarin December 20, 2019
  17. Hanny Abdullah December 20, 2019
  18. xulhlmi December 21, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!