Tips shopping di Ho Chi Minh

Korang mesti nak tahu tips shopping di Ho Chi Minh kan? Aku dah ke Ho chi minh Hampir 6 kali dah kut rasanya.  Terbaru pada 11-13 Mei baru ini. Macam macam experience yang aku lalui so far takde lah pengalaman buruk, cumanya hahah wallet kosong. Mari aku share beberapa tempat  shopping yang aku rasa okay untuk korang cuba di sana.

Dulu selalu naik taxi dari airport ke ben than sekarang aku prefer naik bas. Hati pun senang. Dia orang ni dah lah tak boleh communicate pastu disebabkan mcm mcm cerita kita dengar tetap rasa cuak walaupun kali ke 6 aku pergi sana

Trip pertama aku pada tahun 2011 bersama anak dan suami lepas tu hany dengan geng perempuan sebab sini syurga wanita nak shopping. Kesian kalau bawak anak kecik panas ya amat oit.. Baik korang pergi dengan geng perempuan sahaja .

Tips Shopping dan makan makan di Ho chi Minh yang best.

1. Cari Kain dan Tempah di Pasar Ben thanh

Alang alang korang disana , pastikan korang beli kain dan tempah. Hanya RM100-220++ mengikut jenis kain.  contoh ambil chiffon RM120, Lace RM220++. Mahal ke murah? hahah opkos lah murah.  Cuba check IG baju Chiffon pun harga RM300 ke atas. So 3 baju boleh dapat dekat sana. Nanti aku update entri ni selepas aku posing di hari raya ok.. hahah

Cuma problem nya nak kena cari tempat yang best kan dan juga boleh dipercayai.Aku boleh suggest 2 tempat ni yang aku ulang ulang pergi dari dulu. And Please share gambar ni pada dia orang dan ckp dapat info dari blog aku. haha bukan apa supaya dia tau aku tak main main bila aku nak share pasal kedai dia orang dalam Blog aku ni.

 

Shopping di Ben than ni memang stress sebab dia orang suka tarik tarik kita., nasib tak baik memang kena maki hahaha. Jadi tak payah nak buat ramah sangat dengan dia orang ni

Dah confirm nak beli baru buat muka manis sikit.

 

2.Cari Bag yang berkualiti 

Dulu aku suka pergi satu kedai di luar ben than ni sebab aku tau orang berniaga suka amik bag dengan dia. Bagnya sangat berkualiti, tak sama yang korang dpt di sepanjang Malay street. Tapi malangnya kedai tu dah tutup la.

Tapi .. pusing punya pusing akhirnya terjumpa dalam ben than yeay…

Kalau nak cari bag, korang google dulu jenis bag tu. Jangan main hentam beli sbb logo pun ada yang tak betul. Hahha malu jer. Kalau boleh carilah yang copy AAA gitu.

Deuter too mainstream. korang carilah north face , karrimor, ada satu lagi wolf

Korang cari kedai ni. Memang terbaek.!! Sila tunjuk gambar aku ni ..hahaha. psst.. depan kedai tu ada jual long champ yang jual handbaq gred AAA sbb memang sama saling tak tumpang. Geng personal shopper UK yang sahkan .

3.Tempat Makan

Sekarang dah banyak makanan halal. tak susah cari. Masa aku pergi tahun 2010 dulu hanya ada  2/3 sahaja kedai dan agak jauh jauh.  DI kawasan malay street tu ada banyak. Kalau nak makan Pho mee makan di restauran AMIn, Ada satu lagi mee keras dekat restoran mansor.

4.Kedai Rohani

Kedai Rohani diluar kawasan Ben than. Owner muslim.  Kualiti tudung and kain agak berkualiti berbanding di Malays street.  Tapi agak mahal yer, kira banyak juga berbeza berbanding di tempat lain. Tapi kalau orang yang pentingkan kualiti boleh beli di sini.

Kedai ni boleh pakai kredit kad , jadi jangan risau kalau terlebih shopping.

5.Kedai Minh

Kedai ini pun lama dah. Design baju tak sama macam di pasar malam jadi harganya juga agak tinggi. Cuma bestnya di sini aircond and boleh cuba baju baju dengan tenang. Amaran yer, cuaca di sana agak Humid, Berpeluh dan dehydrated tau.

Kawan aku sempat sebat baju labuh kain linen yang berharga RM45, kalau di east india mau RM300 kut.

6.Kedai Pelin

Sini betul betul syurga lace. Dalam 1 kedai ada 2 owner. So terus masuk ke belakang. Harga lace mestilah murah dari Malaysia. Rambang mata tu biasalah. Cuma untuk orang yang macam aku memang akan rasa takut takut kut hahah sebab merelip bak hang. Tapi bila tengok orang punya baju yg dah siap .. memang lawooo.

7. Pasar Malam

Pasar malam ni memang ramai orang dan setiap hari ada orang. Sapa yang suka gadoh-gadoh hahah ini lah tempatnya. GIler stress shopping sini. Nasib baik ko dapat murah , nasib tak baik lagi mahal.
Tapi hari tu sebab aku bengang sebab layanan dia orang yang macam tu, aku saja cakap kuat kuat in English opkos.. hahaha complaint dia orang memang teruk and sangat garang dan buatkan orang tak berminat nak membeli.

Hahah sudahnya satu owner ni dengar, terus  dia cakap lembut gila dan dia takkan marah kalau aku tak jadi beli. Rupanya husband dia orang india patut la cara dia cakap pun lain. Haa korang cari minah ni. Confirm tak sakit hati.

Tips Shopping di Ho chi Minh

8. kedai Karim

Kedai pilihannya pun bagus, tingkat 2. Tapi still tak ada aircond jadi agak murah compare dengan kedai rohani. Garang garang jugak dia orang ni. Tapi kalau confirm ko membeli dia tak marah. So korang boleh je shopping tudung, baju or lace dekat sini.

9.Kedai Linda

Yang ini memang aku tak pernah sampai. Agak jauh dari pusat bandai. Kata kawan-kawan boleh pergi naik taxi or grab.  Ini sangat berbaloi untuk orang bisnes yang beli berkodi kodi kut. hahah aku hanya pergi sana untuk tempah baju. So tidak ada sebab untuk pergi ke sana.

10. Beli kopi – ada halal dan tidak

Aku pun baru tahu rupanya ada halal and haram. Ko tengok lambang ni yer. Yang tak halal tu katanya ada campur dengan arak. Orang yang buat kopi tu yang bagi tau. Minum Kopi, So far kopi yang sedap tu dekat dengan kedai aziz.

11. Makan Pho mee

Kerana ketagih dengan Pho Mee ni lah buat aku kembali ke sana haha. Pho Me dimalaysia ni memang tak sama lansung. Memang frust!.   Ada beberapa kedai disana, kesemuanya menjual Pho Mee tapi yang paling best kedai amin

12.Makan Popia Vietnam

Ada juga yang tak tahu popia vietnam ni macama mana. So akalu p sana aku nak suruh korang makan. Takkan sama denagn yang dekat Malaysia ni. Sini diaorang letak salad. tettt… bukan

Di sana dia orang letak daun selasih, telur dadar, so on and udang.  Perghh cicah dengan kuah kacang

13.Makan Buahan

Aku pelik durian sana tak ada bau. Buatkan aku tak de feel nak rasa. Tapi buah buahan lain best jugak. Besar besar. cuma beli lah dekat orang yang bersih ni. Okay. Sempatlah merasa buah mempelam.. hahah  dlm RM5 untuk 1 biji besar yang siap dipotong.

 

So itulah sikit sebanyak tips yang aku boleh share dengan korang. Selamat bershopping, duit bawak lah duit Dong dan RM pun laku. Jangan risau. kalau korang rasa info ni tak cukup boleh baca kat blog geng akak aka personal shopper kalau ke sana.

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!