Tips Pemilihan bidang pengajian di Universiti

Zaman sekarang memang berubah. Tidak sama seperti zaman aku 23 tahun dahulu. Ijazah yang korang dapat untuk kerja pertama belum tentu menjanjikan kerjaya korang selepas graduasi.  Tapi aku nak tekankan disini, Pemilihan bidang pengajian di Universiti amat penting korang tengok dari segi keperluan 5-10 tahun kehadapan.

Boleh katakan pada zaman aku 60% meneruskan pengajian dalam bidang yang dipelajari.  Tapi sekarang aku tengok yang amik Bidang perubatan pun belum tentu meneruskan kerjaya dalam bidang itu.

Faktor ekonomi dan pembangunan negara memang sangat mempengaruhi peluang pekerjaan. Pada tahun 1990-2005 , bidang engineering memang hebat. Tapi kalau ikut kata kawan kawan dalam bidang ini. Sekarang telah menjadi stagnant.

Contoh yang korang boleh lihat kebanyakkan kilang kilang hebat di bayan lepas telah berpindah ke negara yang menawarkan kos yang lebih rendah seperti vietnam dan china. Masa aku belajar di USM tahun 1994-1998 memang budak-budak engineering masyuk yakmat oo pada masa tu.

Aku grad 1998, zaman serangan soros, zaman meleset so bidang broadcasting yang aku ambil sangat affected.  Ramai yang hilang pekerjaan. Broadcasting dan advertising adalah satu bidang yang bergantung kepada sesuatu syarikat untuk melakukan promosi.

Namun aku bernasib baik jalan atau path aku menjurus kepada bidang hari ini, walaupun aku suffer 1 tahun pertama selepas grad.

Sebab itu Pemilihan bidang pengajian di Universiti sangat- sangat penting dengan keadaan mengetahui permintaan 5 atau 10 tahun selepas tamat belajar.

Dan sekarang pada tahun 2019, pekerjaan aku sekarang adalah sebagai ux designer dan kebetulan sifat dan bidang kerja aku aku ni  lebih kepada observation dan analisa pattern.  Jadi kali ini aku tergerak untuk bercerita pasal pemilihan bidang pengajian di Universiti.

 

 

Korang tahu ujian psikometrikkan? zaman aku dahulu tidak ada yer, beruntung budak zaman sekarang sebab sekurang kurangnya ini dapat membantu korang membuat keputusan dalam memilih bidang yang korang suka.

Kami memilih kursus yang kununnya yang kami inginkan mengikut keputusan peperiksaan spm atau stpm.

If bernasib  baik dapatlah apa yang korang nak, nasib tidak baik memang kena tendang ke bidang pengajian lain. Contohnya aku, Pilihan pertama aku adalah Ilmu kemanusiaan tetapi aku dapat bidang pengajian Komunikasi Massa yang merupakan pilihan ke3.

Kecewa sangat tapi apa boleh buat, so terpaksa harung sahajalah. (padahal aku tak tahu pun Ilmu kemanusian tu apa, masscomm tu apa  hahah. Aku main hentam sahaja)

Yer, sebenarya 2x aku kecewa, kecewa dalam halatuju hidup aku  pada masa itu tapi yakhirnya aku memang bersyukur ke hari ini.

Kisah aku, zaman degree hingga kerja

Dalam kekecewaan sebenarnya aku bernasib baik dan ALLAH telah luruskan perjalanan hidup aku yang sebaiknya untuk aku. Walaupun pada asalnya aku kecewa dan aku rasakan aku serorang yang tidak bernasib baik sebab berpunca dari kesilapan memngisi borang UPU selepas SPM, membuatkan aku memilih tingkatan 6 dalam bidang sastera pulak. berubah 360 darjah!

FUh!! bagi aku pada waktu itu consider itulah dark time dalam hidup aku.  korang boleh baca kisah sedih aku dalam entri kegagalan yang membawa sinar

Tetapi itulah titik tolak dan jiwa aku dalam perkerjaan aku hari ini.

Pendek kata pemilihan aku dalam bidang masscomm bukanlah pilihan pertama aku,  tetapi itulah yang terbaik untuk aku rupanya. Bila habis graduate orang lain semua menuju ke production house atau TV station tapi aku dah tetapkan aku mahukan bidang NEW MEDIA yang masih asing pada masa itu. Rezeki dapat company sekarang, dan masih disini. 20 tahun sudah!

Broadcasting mengalami zaman kemelesetan, byk production house bungkus. Aku pernah jadi freelance script writer tapi gaji habuk pun takda. Aku dengan kawan aku yg femes jadi direktor skrg ni. heheh  dia degil… dia tetap teruskan bidang ini, dan memang berbaloi sebab memang dikenali ramai.

Tahun 1998-2005 memang tengah hot  dengan bidang new media dan akhirnya berkembang kepada zaman sosial media yang korang hadap sekarang.

Dari menjadi account excutive untuk multimedia department (dlm bidang new media bukan finance dept yer) , project management dan akhirnya aku pilih jalan untuk menjadi UX Designer .

Inilah kisah aku, dan aku bersyukur sebab jiwa aku disini. Dan aku belum tentu sampai bila walaupun sekarang permintaan bidang ini sangat tinggi, namun faktor umur yang membuatkan aku berfikir 20x untuk berpindah ke syarikat lain.

 

Kisah anak-anak saudara dalam pemilihan bidang pengajian di Universiti

Berpatah balik 5/6 tahun yang dahulu, aku ni kira menjadi sumber untuk anak anak saudara aku untuk membuat pemilihan pengajian bidang belajar di universiti sebab paling muda huhuhu.

Kebetulan ,aku bekerja di company yang agak besar, hubungan aku dengan HR and VP HR yang agak baik. normally dia orang ini ada data pergerakanan peluang kerja. Jadi kalau ada saudara/kakak/abang yang bekerja di syarikat besar gunakan pengaruh mereka.

Aku berjaya yakinkan dia untuk mengambil bidang artificial Intelligent. Pada masa itu rasanya IPTA belum ada menawarkan bidang ini. Rezeki dia dapat menyambung bidang pengajian bidang ini diluar negara.

Jadi apa yang aku lihat, saat dia pulang ke tanahair. Peluang kerja untuk dia memang banyak. Bermula dengan program SLIM di Maybank, akhirnya berjaya diserapkan dalam sebagai permanent staff dengn bayaran yang agak lumayan untuk permulaan.

Namun ada juga anak saudara aku yang masih bertatih, belum mendapat pekerjaan yang sesuai. Antara faktornya pemilihan bidang pengajian kerana menurut ibu bapa, laluan bidang yang dipilih adalah biasa dan terlebih supply dia adalah graduan engineering dan perempuan.

Bukan Sexist yer tapi aku tetap merasakan memang berlaku diskriminasi untuk bidang ini untuk perempuan. Tapi untuk softaware engineering aku rasa okay.

Jadi faktor faktor ini korang kena consider sebelum memilih kursus yang bersesuain.

 

Tips untuk pemilihan pengajian di Universiti

Secara ringkas ini yang aku boleh kongsikan dengan korang. Sebelum buat keputusan untuk memilih bidang pengajian universiti kelak

  1. Rajin rajin jengah worldforum economic
  2. Linkend
  3. Dapatkan info dan data terkini dari VP and DIrector Human Resource
  4. Perlu diingatkan setiap negara mempunya data dan demand yang berlainan contohnya di US boleh refer disini https://www.cnbc.com/2019/01/24/here-are-the-most-in-demand-jobs-for-2019.html
  5. Malaysia mengikut hays https://www.hays.com.my/press-releases/HAYS_2013162 
  6. Refer https://afterschool.my/ untuk maklumat terkini setiap bidang dari maklumat kursus dan peluang pekerjaan kelak

 

Kalau korang tengok data dibawah ini, UX design kiranya adalah antara top 5 skill  untuk malaysia buat tahun 2019.

Alhamdulillah setelah 10 tahun dalam bidang ini barulah nampak permintaan yang hebat. hahah aku ada sedikit kecewa sebenarnya bila mana syarikat yang aku kerja sekarang ini belum fully appreciate demand untuk bidang ini.

Maklumlah GOC.. hahaha lembab sikit belum masuk internal politik. Nanti lah aku share pasal life sewaktu kerja pula.

Tapi aku bersyukur sebab termasuk dalam bidang ini  tanpa sengaja, bermula dengan episod sedih dan kecewa tapi setelah 20 tahun bekerja bidang ini menjadi sesuatu permintaan yang sangat tinggi.

 

 

3 Comments

  1. Dorsett Pink March 4, 2019
    • azni March 4, 2019
  2. IQ March 5, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!