Tidak semuanya indah di Yogyakarta

Kerana Rangga dan Cinta : AADC2

Semasa mula-mula merancang ke Yogyakarta atau Jogja, kitorang lebih tertumpu kepada lokasi-lokasi filem AADC2 yang ditayangkan sekitar 2016. Tapi semakin byk membaca mengenai Jogja, rasanya ada banyak lagi tempat2 yg perlu dilawati bila ke sana. Selain lokasi2 AADC2. Katanya Jogja juga punyai peninggalan sejarah yang luarbiasa. Jogja juga ada banyak tempat aktiviti outdoor yang mampu menghasilkan perasaan adreanaline rush yang mengujakan.

Aku harapkan entri ini dapat mengimbangkan balik antara keseronokan dan sebaliknya… supaya korang semua tidak letak high expectation dan tiada apa yang nak takutkan kalau travel ke sana..

Pergi lah merantau dan experience sendiri.

Jadi apa sebenarnya yang ada di  Jogja?

Kami terfikir apakah konsep travel yang sesuai di sana, bersama keluarga & anak kecil atau sesuai bersama kawan kawan sahaja. Yang pasti Jogja memang banyak lokasi untuk berlibur, dan banyak tempat pelancongan baru naik.

Lately ramai yang teruja nak ke sana gara-gara sejak sejak banyak anak muda pergi sana dan upload gambar yang cantik cantik  di IG dan FB dan terus jadi viral dan kalau tengok pattern harga di Air Asia memang selalu tinggi.,Air Asia pun pandai gak.. semua data kan derang ada,

Sedikit info, dahulunya Jogja lebih dikenali sebagai kota pendidikan. Kalau sesiapa familiar dengan Universiti Gadja Madja.. nah di sinilah tempatnya.

Shot dari filem AADC betul betul membuka mata ada apa dengan Yogyakarta

Kali ini kami bukan bertiga.. tapi berlapan. hehehe Ramai  yang nak ikut berlibur aku dan husband, ala ala bajet  kali ini  yang ada pelbagai peringkat umur dari 8 tahun hinggalah 50an. Tapi kakak and abang aku ni bukannya calang orang, semua kaki travel, kaki motor cross malah pernah ride  sampai ke himalaya. (ini nak balas komen dalam group travel  FB yg kekonon adventure sangat tu dok bash aku buat entri ni konon tak adventure, haa ini bukan sebarang pakcik yer).

Tahap adventure abang aku ni tak sama dengan kita, abang aku tu haa pernah panjat gunung santubong laluan menegak lagi, kalau jatuh aduhh…tapi tu abang aku la.. aku tak hahahaha. Tapi aku memang banyak juga travel ala-ala bajet flashbackper.  malu nak ngaku hardcore backpack hehehe, setakat pakai supir tu flashpacker jer dek non.

Jadi perkongsian kami disini berasaskan pengalaman sebelum-sebelum ini yang banyak merantau tempat lain . Kitorang pun meredah Jogja untuk 4 hari 3 malam dengan itinerary sekadar lakaran saja. Program kali ni lebih ‘open’. Lets redah and see hehe. ataupun dengan lebih tepat .. last minute.  hehehhe, nama pun adventure kan

 

Kenangan di Taman Sari

 

So apa yang aku rasa? Kota Jogja ini  sebenarnya kalau pergi dengan keluarga, kos nya agak tinggi. Kalau berlibur bersama buddies mungkin okay. Tidak terasa sangat untuk kos keseluruhan. Sepanjang perjalanan di sana, aku berulang kali berfikir dan berkira-kira…macamanalah kosnya untuk famili ramai. Yelah kan… lain orang lain pulak cara perbelanjaannya.

Mahal jugak sebenarnya.

Aku dah melawat ke beberapa tpt lain di Indonesia dan secara relatifnya aku rasa beberapa fees wisata di sini boleh dikatakan sedikit overprice. Misalnya, nak naik gondola yang tak ada aspek keselamatan dan sangat tradisional berharga 200,000 rupiah.. atau RM60.00 dan tu belum masuk kos dari tempat parkir kenderaan ke lokasi pantai Timang lagi. Korang baca jelah ulasan aku untuk setiap satu tempat liburan yang kami share di sini.

Cuma yang aku impressed dengan kota Yogyakarta ini.. sangat sangat Bersih. Kalau sesiapa yang pergi ke sana cuba tengok kaki limanya di sepanjang jalan, memang susah nak jumpa sampah bertebaran.

Kos

Kos ini sepanjang kami disana tempoh hari tempoh booking flight pun berbeza begitu juga dengan size bilik hotel.

  1. Flight – sekitar RM268-RM350
  2. Hotel – RM150-RM200
  3. Van 12 seater – RM 270 sehari
  4. Spot liburan – pelbagai harga
  5. Candi borobodur – RM120 per person
  6. Jeep Timang – RM100
  7. Gondola – RM60
  8. Jeep Merapi – RM150.00 (sunrise)
  9. Sewa moto Kalibiru – RM30.00
  10. Spot ambil gambar – RM 15.00- RM50.00

Transportation

Bandara (airport) Adisujipto di Jogja simple saja. Lebih kurang macam bandara di Bandung. Mode pengangkutan kita orang ialah 12 seater Isuzu Elf bersama supir Leo. Perlu ada supir di Jogja ye. Jangan kengkonon nak jadi Rangga dan Chinta dalam AADC2 tu. Di Jogja tempat-tempat wisatanya banyak di luar bandar ya donk. Hehe. Dan jalannya bukan mcm PLUS highway tau. Di kawasan bandarnya jugak macet dan kalau nak gerak di luar bandar pulak kebanyakan jalannya single lane dan ada yang berbukit bukit dan berlekok-lekok. Average masa dari satu tempat ke tempat yg lain lebih kurang 45min-2 jam one way, kalau korang betul2 tahu mana tptnya.

So lebih baik kurangkan risiko yg tak dingini dan bersupir aja ya. Untuk minibus dlm 12 seater tu boleh dapat dalam IDR900 ribu sehari. Kalau mcm Toyota Avanza tu dlm IDR400-450K sehari. Kereta sedan biasa sure lagi murahlah.

Korang boleh contact Pak Leo +62 817-4112-007 yang jadi supir di sana.

Hotel di Jogja

Pasal accommodation pulak…ada banyak.  Mulanya kami tertumpu nak cari hotel di Malioboro.. tapi sebenarnya tak payah pun. Rasanya tak perlu risau sgt psl lokasi kalau korang dah guna supir. Lagipun kebanyakan perjalanan semasa kat Jogja ialah keluar pagi dan balik malam..hehe penat dooh. Nightlife pun biasa2 aja. Kalau nak mengopi ada byk cafe2 byk di sekitar Jln Prawirotaman dekat dengan Via Via Bakery dan Sellie Coffee, iaitu dua lokasi AADC2. Cumaa.. korang baca jelah seterusnya entri aku ni

BACA : Bandung Yok

Best tak makanan kat Jogja?

Well, actually ikut selera masing2 lah kan. To be frank, rata2 mknnya x brp sgtlah or maybe kami pergi salah tempat? Atau mungkin kami dah pernah rasa beberapa mkn lain di tpt lain sekitar Indonesia. Ada brp review yg sebut pasal  makan kat Bukit Bintang. Tempat ni macam kawasan tinggi sikit dan tempat makan dia semua mengadap scenery bandar Jogja. Bila kitorang sebut tempat  ni kat supir masa first day sampai, dia macam tak suggest tempat ni. Tapi on the 3rd day semasa balik dari Pantai Timang, kebetulan lalu kat situ, so we all stopla kejap.

Food dia…alahai kurenggg gitew, harapkan spot and view sahaja best. Perbandingan ni di buat secara keseluruhan kalau ke Bandung atau Jakarta. Better food and taste. Kalau sesiapa pernah ke Sierra di Bandung mungkin akan faham perbandingan ini.

Nasi padang kat Jogja jugak tak disarankan cuba. Nothing can beat nasi padang kat Bukit Tinggi, Padang hehehe. Western food pun biasa je. Kalau ikut selera kitorang mmg tak berapa nak pass lah. Ada makanan lain lagi yang boleh cuba.

 

Jaga jaga cari makanan di cafe ya!

Sila tanya dulu menunya ye, sebab boleh dikatakan kebanyakan café di situ ada serve bacon. hahah pengajaran kepada kami, jangan dok cari cafe Hipster sangatlah!  Semasa tercari tempat utk light dinner dan mengopi kat area situ, kita orang ternampak satu café yg ada budak2 basking kat dlm café tu. Rasanya derang tengah rehat kot dan salah seorangnya bertudung. So, yes akhirnya jumpa tempat nak makan. Bila tgk menunya wow….ada pork chop pulak ! Hmm mungkin ada byk lagi kawasan café hipster yg kitorang tak jumpa yg ada lebih byk option halal kot, cuma korang perlu extra alert sikit kalau ke tempat2 mcm ni.

Dialog paling best.

“ya jangan risau, walaupun chef nya sama tapii utensil nya di asingkan. hahhaha korang rasa?”

Or aku yang ortodoks? hehhe yang pasti terus kembang tekak . Oh peminat ice cream boleh try kat Tempo Gelato di area2 tu jugak. Not bad jugak option ice cream dia.

Penuh orang dalam kedai ni tau

 

abam mkn tak nampak orang dah

Malioboro dan alun alun kidul

Nak lepak mlm2 di Jalan Malioboro pun boleh jugak, kalau korang nak cuba naik kereta kuda kat situ, or ke Alun Aun Kidul utk melepak dan mengayuh kereta lip lap lip lap kat situ. Kitorang cuma lalu je kat situ sebab masa kat Alun Alun Kidul tu hujan renyai2 dan kereta lip lap tu pun sama je kat area Ayer 8 Putrajaya.

Tapi kat situ keta lip lapnya mmg byk giler dan mcm2 bentuk ada. Mengikut Leo idea di Ayer 8 tu di ambil dari Alun Alun Kidul. Kereta kayuh lip lap Ayer 8 pun dibeli kat situ. Kreatif juga idea org2 Jogja ni !

 

BACA :  Tips Travel ke New york, Washington dan Woodsbury Factory Outlet

Pertama kali cuba Gudeg dan Bakmi

Try mkn tradisi Jogja. Gudeg Yu Djum mmg femes, rasanya not bad, tp sikit manis. Gudeg ni mcm gulai nangka yg kering . Mcm sambal Jawa tp rasa manis sikit. Makan dengan nasi dan ayam. Antara menu dalam gudeg ini.. “kepak atas “  korang akan dapat kepak dan kepala ayam sekali. Kalau “paha bawah” korang akan dapat peha dan kaki ayam tu sekali hahahha.. amek..

Jadi kami amik bahagain yang tengah tengah tu… adeh! Bila lagi nak rasakan .

Campuran lauk untuk GUDEG

 

Korang kena cuba Bakmi. Pertama kali cuba bakmi ni memang puas. Aku pujilah supir aku nih. Dia ada taste bab makan.  Katanyanya kalau nak cuba bakmi pun bukan sebarang tempat. Jadi dia bawak kita orang di tempat nih. Jangan lupa cuba Bakmi Godok. Ni macam mi sup tapi super power. Kedai bakmi yang Leo bawak ni dari luar nampak biasa je, macam warong biasa. Tapi memang mabeles.

Kami siap interview lagi mbah yg owner tu. Rupanya ada rahsia kalau masakan menggunkan arang nih. . Haa katanya dengan cara ni kepanasan bakmi akan lebih tahan lama. Patutla masa kitorang mkn, dah tinggal sup pun, masih panas lagi. Semangkuk bakmi kurang dari RM5 je. Highly recommended.

Kami tak ingat pulak lokasi warong tu kat jalan apa, tapi kalau sapa sapa yang ambil servis supir dengan pak leo nih… boleh tanya dia.

Nasi ayam kampung tepi sawah

Satu tpt lagi yang kitorang stop makan ialah Ayam Goreng Jawa Mbah Campluh. Kedai ni kitorang stop makan semasa perjalanan dari Merapi ke Hutan Pinus. Fuhh tpt ni mmg best. Simple je menu dia. Nasi putih lauknya ayam goreng dengan sayur dan tempe. Yang best tu ialah bumbunya. Bumbu ni kira sambal2 pencecah ayam tu. Kedai makanannya lebih mcm kedai makan org2 kat situ, bukan yg penuh sesak dgn tourist. Sambil mkn ada pulak busker yg hiburkan dgn lagu2 top Indon dan Malaysia (atas permintaan hehe). Mamat ni nyanyi lagu Siti Nurhaliza selamba jeek. Mmg best. Lama gak kitorang melepak kat situ.

Yang pasti korang sure dah baca byk review dan itinerary kat Jogja ni. Kitorang pun mcm tu jugak. Listnye mcm tu jugaklah. Tapi bila ada kat sana, ada beberapa detail yang kurang atau tak diceritakan. Ada jugak yang indah khabar dari rupa tau. Ni kitorang nak citer sikit tempat2 yang kitorang pergi.

Keterujaan Peminat Sejarah

Jogja dan sejarah Buddha dan Hinduism memang sinonim. Banyak seni reka bangunannya yg ada unsur2 sebegini. Unsur patung dan dewata memang ketara di mana2 sahaja. Begitu jugak dgn sisa peninggalan Belanda. Boleh dikatakan Jogja boleh membangkitkan terujaan utk peminat sejarah. Dan of course untuk berfoto dan swafoto yaaa !

Taman Sari

Hari pertama selepas makan tghari tu kitorang ke Taman Sari. Masa tu dalam pukul 2 ptg. Panas bukan main lagi. So korang jangan lupa bawak topi dsbnya lah ye. Untuk yang memang suka nak berpeluh, silaakan yaa. Tempat ni dekat je dgn pusat bandar. Sampai je kat parking area dah ramai tour guide yg menunggu. Jangan risau, biasanya supir akan communicate dulu dgn derang. Kalau korang minat nak tahu citer2 nya advisela amik guide ni. Tak mahal manapun, dlm IDR50 ribu je. Guidenye org2  situ gak , tapi semua boleh spiking London tau. Derang lagi lancar cakap in English…hehe.

 

Taman Sari yang unik, pastikan ambik tour guide baru ada feel. Kalau tak selfie jerlah korang kat sini kan?

 

 

Penting ada guide gak kat sini sebab selain tahu citer2 sejarahnya, korang tak akan terkial-kial ke depan ke belakang nak carik arah. Tempat ni bukanya kota A Famosa yg sekangkang kera je. Ada kawasan bawah tanah yg sikit gelap dan ada few exit. Taman Sari ni adalah bekas istana raja yg dulunya luas dengan taman2. Also known as water castle sebab ada beberapa kolam khas untuk raja, anak2nya dan gundik2 nya mandi..haaaa. Bila sampai masanya raja akan naik ke tingkat atas dan lemparkan bunga ke kolam yg penuh dgn gundiknya sedang mandi. Gundik mana yg dpt bunga tu akan dpt tidur dgn raja malam tu..hehehe

Tapi ada yang datang tu memang untuk selfie aja without faham sejarah di sebaliknya, memang rugi. Serius seronok dengar guide tu bercerita.

 

BACA : Tips travel ke Jepun

 

kawasan sekitar Taman sari

Korang kena jalan pass through rumah2 orang kat situ utk turun ke bawah tanah. Tpt ni dulu adalah kawasan sembahyang dan ada area untuk azan, amik wudhu dsb. Yang tak perlu kitorang mention ialah tpt ni mmg cun untuk photography. Masa kitorang sampai tu, ada pengantin yg tangkap gambar kahwin di situ. Aduiii..kenalah tunggu turn nak amik spot tu pulak. Lepas tu ada pulak yg selamba rock melepak kat spot tu lama2. Sebentar buuk, giliran pulak yaaa..hehe

Sempat singgah di hutan pinus juga.. entri masuk sini murah.

Gunung Merapi

Gunung Merapi tour. Yang ni rasanya memang kena pergi. Tournya dlm 2.5 jam dan ada bbrp stop. Kalau nak tgk sunset, tournya mula pukul 4.30 pagi dan yg ni mahal sikit dlm IDR500-600 ribu satu jeep (max 4 org). Tour2 biasa pulak murah sikit dlm IDR400-500ribu. Tour bermula dari brp base berbeza yg diusahakan oleh pengusaha jeep.  Pengalaman naik jeep Amerika perang dunia kedua mmg mengujakan. Melambung2 punggung kitorang sebab jalnnya mmg kasar berbatu batu. Lasak jugak jeep tuh. Mmg tak sesuai untuk yg pregnant ye. Kalau bosan duduk, boleh berdiri.. lagi feel.

 

supir mmg akan berenti dkt beberap spot yg cantik untuk ambik gambar macam ni.

 

Kitorang amik tour sunrise, tapi sudah kelewatan sikit bergerak dari hotel untuk tengok sunrise. Walaupun terlepas sunrise, tapi viewnya tetap mengagumkan. Tengokla hbetapa majesticnya gunung tu bila dah dekat sikit nanti, lebih2 lagi bila matahari pagi mamancarkan surianya pada puncak gunung tu..cewah.

Untuk dapat lebih feel, korang kena tahu sikit sejarahnya dulu bila naik ke sana. Bukan setakat gelak2 dan bersuwafoto je tau..hehe. Bayangkan mcmana Merapi tu meletus pada 2006 dan 2010. Lebih 300 org terkorban dan kebanyakan yg terkorban ialah penduduk yg duduk jauh kat kaki gunug kerana derang tak sangka lava dan gegaran akan sampai ke sana.

Perjalanan kemudian berhenti di kawasan bunker. Rasanya ini point paling tinggi sekali untuk pengunjung. Ada sebuah bunker kat situ yg dibina utk perlindungan. Tapi bunker ni gagal berfungsi bila 2 org penduduk yg cuba berlindung di dalam bunker ni akhirnya terkorban. Ramai pengunjung yg excited gembira ambil gambar kat situ, tapi aku rasa tpt ni lebih sesuai kalau kita fikirkan kesengsaraannya masa tu. Macamana agaknya 2 org dalam bunker tu yg kepanasan dan akhirnya mati terbakar.

 

Belakang tu adalah antaar al quran yang berjaya diselamatkan.

 

Perasaan masuk ke dalam bunker tu terasa mcm spooky sikit. Pintu bunker taklah besar mana dan dalamnya mmg gelap. Aku on kan lampu handphone dan scan keadaan dlm tu. Kecil je ruangannya. Dalam tu ada mcm platform yg penuh dgn batu2. Bulu roma dah mula terpacak so tak jadilah nak masuk dalam lagi dgn hanya berpandukan lampu dari handphone. Tak ramai org yg masuk dlm tu. Masa tu cuma aku sorang je..huhuhu.

Kat area tu ada jugak gerai jual souvenir dan minum2. So next stop ialah kawasan batu alien. Tak ada aliennya batu ni, cuma ianya salah satu batu yg tercampak keluar dari gunung semasa letusan dan kebetulan bentuknya macam muka alien sikit. Tu je. Tak berapa terkesan sgt kat area ni. Cuma viewnya masih menarik.

Owh gambar travel aku banyak di kongsi di Instagram #fairasaznitravel untuk mereka yang suka tengok gambar sahaja..

 

Mount merapi checked #kbba9 #travelbloger

A post shared by azni (@azni) on

Stop terakhir sebelum pulang ke base ialah muzium Merapi. Kawasan rumah yg asli yg musnah dan dalamnya ada banyak peninggalan brg2 yg terbakar dan cair semasa letusan. Kitchen utensils, brg perhiasan, motosikal, basikal yang musnah. MasyaAllah.

souvenir gunung merapi

Murah beli benda ni, agak2 nak buat sambal penyet pakai benda ni la.. den tak rajin hahah

Candi Borobudur

Kami berbelah bahagi nak ke sini atau tidak, sebabnya ya ampun, entrance fee yg mahal. USD27-30 per person. gila mahal. Hampir RM100++ kan. Tapi bak kata kawan aku, kalau ke Jogja kalau tak jejak Candi Borobodur umpama pergi Paris tak pergi Eiffiel Tower. Entrance fee ni ditetapkan oleh UNESCO.

Akhirnya kami pergi juga, sbb aku tak rasakan yang aku pergi ke sini lagi. Tak seperti Bandung or Bali yang aku dah berulang kali repeat.

Jogjakarta

posing jap kat pintu gerbang kecil ni.. nak bagi korang nampak taman yang dibelakang tu…

 

So aku berjaya jejak Candi Borobudur ni pada hari terkahir sebelum kami berangkat pulang. So i would say, nasib baik kami pergi. Meremang juga rasanya. Perasaan yang hampir seperti tengok Colliseum di Rome. Batu batan yang digunakan memang nampak lama sangat dan kukuh.

Untuk ambil gambar disini hahah agak mencabar, penuh dengan lautan manusia.  Teringat pulak masa nak dptkan background yang tak ramai orang semasa di Arashiyama Bamboo Forest di Osaka. Group kami terpisah sebab aku dan husband amik masa sikit untuk dapatkan shot-shot yang cun. Foto op di sini mmg cantik semasa sunrise atau sunset.

 

Dan apa yang aku missed adalah pengalaman abang & kakak dan Iman berpeluang menyusuri kawasan sekitar Candi Borobudur in dengan menaiki kereta kuda. Kalau ikut penceritaan mereka memang seronok sebab memasuki kawasan kawasan rumah penduduk kampung sekitar situ. Jadi pastikan korang naiki kereta kuda ni okay.

Lupa nak cerita yang Iman masuk ke Candi Borobudur ni sekali dengan Leo. Derang masuk asing sebab ikut laluan tourist Indonesia. So jimatlah sikit. Kalau ramai-ramai nak ikut laluan tourist Indonesia, takut pulak terkantoi..heheh. Kalau local tourist fee nya jauh lebih murah.

 

Tubing di Gunung Pindul

Hurmm.. kalau tengok gambar orang ber tubing di Goa Pindul ni memang macam geram jer kan, tapi hahah kalau orang nak merasa boleh laa. Tapi kalau ada yang letak dalam itinari, aku rasa korang boleh drop ni dari list korang. Kat sini aktivitinya ialah tubing menyusuri gua dan kemudian tubing lagi menyusuri sungai. Laluan kat dalam gua tu adalah dalam 10-15 minit. Dapatlah tengok stalaktik dan stalakmit serta sang kelawar. Tu je, pastu sambung lagi bertubing sepanjang sungai.

Kenapa aku rasa tak best. 1 sebabnya, airnya tak lah sejernih mak beana hahahh tak mengujakan lansung. Kedua airnya tak berapa bergerak laju, atau tidak mencabar lah dengan kata lain. Ini apa yang aku rasalah.. sebab aku terbayangkan air deras yang membuai aku ke kiri dan ke kanan dengan ganas…  Yang ini aku terpaksa guna tangan nak kayuh laju heheh. Kami tak sabar sahaja nak sampai ke penghujungnya. Not worth it dengan perjalanan untuk sampai ke sini.

Iman yang dah mula boring asyik dok dalam tube sensorang terus terjun dari tube tu dan berenang dalam sungai yang dalamnya lebih kurang 7 kaki. Keruh pun keruhla, janji ada benda lain nak buat. Boring sangat dah tu. Dia ni memang adventure sikit. Masa umur 1 1/2 tahun pun kitorang masukkan dia ke Laut Andaman dengan pelampung swimming pool je.

 

Hutan Pinus

Satu kawasan hutan yang penuh dengan pokok pinus (sejenis pokok pine). Entrance feenya tak mahal. Tujuan utama ke sana cuma satu. Bergambar dan bergambar. Kena pandai carik angle yang bagus. Kalau tak kena gaya ramai juga manusia kat sini so nak dptkan background yang clean adalah sedikit mencabar. Memandangkan tempat ni satu laluan untuk ke Pantai Timang, kitorang pun stop kejap untuk berfoto. Not bad untuk berfoto tapi kitorang tak dapat stop lama. Pokok pine kat sini sebenarnya bukan tumbuh semulajadi tapi ditanam untuk tujuan pemuliharaan dan wisata.

Timang Beach

Melalui pembacaan dan ikut map, kami memang tahu yang tempat ni agak jauh dan ambil masa untuk sampai, tapi  kami letakkan dalam itinerary kerana keterujaaan untuk menaiki gondola dan juga melihat Lautan Hindi yang luas.

Kalau dari Gunung Pindul sampai ke situ mengambil masa dekat 2.5-3 jam. Sempatlah kami tidur dalam van setelah berpenat lelah mengayuh tubing atau tube yang tak berapa nak gerak tu. hahahha

Mobil yang disewa hanya boleh stop di tempat parking je. Untuk sampai ke kawasan Timang Beach  atau  pantai timang ni pulak perlu naik jeep yang kita perlu sewa sebab jalannya tak sesuai untuk kenderaan biasa. Kos untuk satu jeep (4 orang) hampir mencecah RM100.00 dan perjalanan akan mengambil masa dalam 20 minit.  So mahal ke murah? hehehe.. bagi aku ianya overpriced. Kalau RM60.00 mungkin sudah memadai.

Perjalanan dengan jeep ke sana  ya Allah sangat sangat menyiksakan, berbatu batan, sampai kami tterfikir kenapa Tourism Indonesia tidak perbaiki jalan tersebut.  Mungkin sengaja dibiarkan sebagai sumber pendapatan untuk penduduk setempat. Atau saja dibuat begitu untuk dapatkan feel adventure ? Kami juga difahamkan yang pengusaha jeep adalah juga pengusaha gondola. Wallahualam.

Tapi view di kawasan ini masyAllah memang cantik. Aku ulang..memang cantik dan breathtaking. Memula bila lihat gondola tu aku macam berbelah bahagi nak try. Hahhaha tak ada lansung aspek keselamatan, kalau jatuh ke bawah tu memang tak ada harapan rasanya. Tak ada insuran. Tapi mengenangkan perjalanan  nak sampai ke kawasan ini sangat sangat mencabar hahaha maka aku pun acah acah berani.

Perjalan gondola tu kurang dari seminit. Gayat jugak tapi Iman dan husband gelak-gelak je sampai aku rasa bergoyang-goyang gondola tu. We had fun tapi cuma sekejap je.

Katanya yang rama datang kesini 70% adalah dari Malaysia. hahaha.. sekali lagi kerana media sosial yang berjaya menviralkan tempat tempat sebegini. Orang Indonesia sendiri pun tak berapa nak datang…

Tapi

Nasib baik lunch yang kami booked tidak menghampakan. Sangat sangat sedap. Set lobster untuk 4 orang berjumlah IDR600,000 bersamaan RM180.00. Memang sangat sedap. (atau kami yang lapar yer) hehahaha… Hero kecik tu boleh tambah nasi 3X .. sebab sedap sangat katanya.

 

Kalibiru

Familiar kan dengar nama ini. Selalunya nampak orang share di media sosial, dengan view saujana memandang di atas bukit. Untuk sampai ke kawasan ini, pak supir bawak kami ke suatu tempat dimana kami perlu sewa motor ataupun menaiki ojek (orang yang bawak). Kalau cukup motor dan supir moto mungkin korang boleh membonceng. Tapi make sure jugak ahli team korang ada yang tahu bawa moto scrambler untuk naik ke sana.

Hahah satu pengalaman yang sangat sangat adventure. Kami sewa motor scrambler, menyusuri sawah padi dan memanjat bukit yang hampir 90 darjah. haihh…. dah lah menegak lepas tu berbelok belok. tak pernah lagi lalui pengalaman begini, malah kami hampir berlanggar dengan satu van yang menuruni kawasan tersebut.  Tak banyak kenderaan yang naik melainkan van yang betul betul power sebab sangat curam.

Sampai sahaja di kawasan sana, kami terpikir apakah golongan makcik makcik akan terhibur untuk sampai di kawasan sebegini ..heheh.. rasanya tidaklah kut.  atau to be specific hanya menepati golongan muda.

So apa kami buat disana? Seperti biasa merakam gambar dengan berlatarkan view yang cantik seolah olah kami yang melakukan aksi adventure yang mana tidak sangatlah pun. Cuma kami sempat juga mencuba beberapa aktiviti lasak yang lain, sebab geram dengan perjalanan yang agak mencabar sampai ke sini jadi kena buat sesuatu supaya rasa berbaloi.

Jadi apa yang kami rasa

Hurm… kami rasa kalau libur bersama kawan2 mungkin kos itu tidak terasa berat. Kalau kaki adventure mungkin akan enjoy, tapi tempat yang kami pergi tidaklah adventure sangat ataupun sengaja di buat buat. Perjalanan untuk sampai ke tempat itu yang sebenarnya yang adventure sbb jalan yang berbatu bata, dan curam. Macam yang aku cerita awal-awal tadi , group kitorang ni mempunyai range umur yg pelbagai..dari 8 tahun hingga ke awal 50an giteww yang semuanya aktif dalam adventure activity.

Kaki photo, kaki selfie mungkin akan suka pergi ke sini sebab kebanyakkan tempat adventure menjadikan tempat bergambar itu sebagai satu tarikan. Kaki shopping mungkin akan sedikit kecewa. Hanya batik sesuai untuk dijadikan buat tangan selain kuih bakpia.

Melihat kesan meletus Gunung Merapi itu satu pengalaman yang berbeza dan paling puas untuk trip ke Jogja ini.

Faktor jarak antara satu tempat ke satu tempat itu yang membuatkan rasa sedikit letih. Jadi untuk yang bercadang kesana sila plan route sebaiknya. Heheheh itinari kami berubah bila melihat tak semua mampu mengikut plan kami dan juga atas advise pak supir sendiri yang tidak menggalakan kami untuk pergi ke tempat tempat tertentu.

 

 

22 Comments

  1. Julia Johari December 18, 2017
    • azni December 19, 2017
  2. TATI MANSUR December 18, 2017
  3. Min December 18, 2017
  4. Afie Afie December 18, 2017
    • azni December 19, 2017
    • azni December 19, 2017
  5. Lynda Che Lah December 18, 2017
    • azni December 19, 2017
  6. Dayan December 18, 2017
    • azni December 19, 2017
  7. Nina Mirza December 18, 2017
  8. Shazillah sani December 18, 2017
  9. Haida Eyda December 19, 2017
    • azni December 19, 2017
  10. ema December 19, 2017
    • azni December 20, 2017
  11. Miyoko suki December 19, 2017
    • azni December 19, 2017
  12. IQ December 19, 2017
  13. Anis December 20, 2017
    • azni December 20, 2017

Add Comment

CommentLuv badge