Teknik Simpanan & hartanah : susahnya kalau takda ilmu

bab Teknik Simpanan & hartanah … aku taraf newbies. huhuhuhu.. tapi tekad nak belajar n memahami… belum terlewat kan??

walaupun aku dah ada rumah, dah habis bayar.. dan juga punya rumah sewa tapi bagi aku .. aku masih newbies dalam bidang ni. apa yang aku buat tu dan apply ada method secara konvensional ataupun mainstream. makin aku baca dari posting otai otai hartananh dan teknik simpanan sebenarnya aku sedar hahaha byk nya kekurangan aku ni.

Prinsip aku nak punya rumah sendiri dan cepat abiskan hutang. target umur 40 hutang rumah selesai. settle.! alhamdulillah tercapai mengikut planning aku. TAPI.. hahaha bila baca teknik hartanah lain pulak caranya. Rumah pertama dan kedua untuk investment dan kemudian dptkan rumah idaman semasa kali ke 3. haaaa.. korang nampak tak??

Actually mcm mcm cara orang buat. Untuk kes aku ni.. sebaik aku kahwin thn 2001.. terus target untuk beli rumah. Alhamdulillah dpt lah beli rumah pada thn 2003 . masa tu harga rumah RM158k.. terasa sgt mahal.. takut tak lepas. Loan terpaksa buat 2 orang. Nama pulak 2 orang dlm S&P sebab plan nak kejar bayar cepat. Nak keluar duit EPF lah katakan hahah. itu jer simpanan yang ada. Tapi kesannya sekarang nak beli rumah kedua dah tak boleh lah.. ada pro and cons untuk follow cara mcm aku ni. Masa beli rumah RM158k tu terasa lah takut .. sbb thn 1998  baru jer lepas kegawatan ekonomi. ramai yang kena buang kerja dan terpaksa lepaskan rumah. area bukit beruntung sampai sekarang masa byk rumah terabai.

Ada beberapa siri talk yang aku dengar pulak tak gallakkan keluar duit epf nak settle hutang rumah. Mcm konsep aku pulak, nak lawan interest bank kenakan sbb ia dikenakan atas baki tertunggak. Korang pikirlah.. let say 6% atas baki 100k dengan 6% atas RM50k.. haa.. beza dak. cuba amik kalkulator.. bezakan..

again.. mcm aku ckp… cara aku adalah cara mainstream …

Saving

aku dari awal mmg berjayalah kuatkan semangat nak menyimpan. dari awal lagi dah identify.. saving ni kena ada 3 tabungan yang berbeza.. 1. yang boleh sentuh.. 2. boleh kadang kadang 3. tak boleh sentuh. Mcm ASB tu.. kategori no 3. kalau dividen masuk pun hehhe buat buat lah tak nampak. TETAPI.. heheh mcm entri aku sebelum ni yang ada citer pasal saving.. cara aku ini jugak adalah mainsttream. aku masuk tiap bulan RM400.00 potong gaji.  alhamdulillah dapat lah buat simpanan.  tapi sepatutnya mungkin aku patut buat LOAN ASB. Bila baca entri khairul Ezuwan .. hahaha terasa kecik sgt. byk nya yg aku tak tahu .. rupanya byk teknik manipulasi LOAN ASB ni. korang nak tau follow lah dia kat  FB. moga moga dapat membuka mata korang teknik menyimpan dengan betul.

So point aku.. Segala benda perlu kan ILMU.. kena pelajari beb.  Sebelum ni aku takt baca beberapa buku sahaja. Buku awal yga ku beli bab hartanah and saving ni dari Azizi Ali. itu 10 thn yang dulu. Sekarang kena upgrade ‘software’ kita mengikut  kesesuaian zaman.

Bagi org muda yg ada baca entri ni.. PLease lah… tuntut lah ilmu sebanyak mungkin okay.. #kipidap and #dongibab ..

Add Comment

CommentLuv badge