Tambah Caruman Zakat JOM!!

Nak tanya, korang buat buat tak zakat pendapatan nih? Kalau dah buat, korang carum bagaimana? macam aku ni .. hhehe senang, aku suruh HR potong siap siap dalam gaji supaya tak lupa. Tapi,… tapi bila gaji dah naik, korang tambah tak caruman zakat? hahahah okay tak payah tanya korang. Aku pun terlupa weh. Alpa sungguh.!!

 

Tambah Caruman Zakat

 

Jadi, sementara aku mengkaji semula tangga tangga gaji aku ni dan jumlah yang aku wajib zakat aku share disini bagaimana kita boleh tambah caruman zakat  secara online sahaja dan tu ada kempen yang melayakkan korang menang pulak hadiah .

Tambah Caruman Zakat

 

Wajibkah zakat pendapatan ?

Aku ingat lagi, dahulu aku pernah berdebat dengan ex boss aku aku berkenaan isu ni. Sebab ada orang cakap hanya zakat perniagaan,zakat emas, zakat simpanan sahaja. Masa tu aku tidak dapat berhujah dengan betul tapi secara lojiknya aku cakap orang yang meniaga goreng pisang pun kena zakat apalah sangat dibandingkan dengan kita yang gaji beribu ni.  Masa tu aku muda lagi. Awal 20an so hahha tak berapa pandai lah.

Tapi aku memang yakin kepentingan zakat nih sebab ada hak orang miskin dalam harta seseorang. Sebenarnya, terdapat banyak dalil yang boleh dijadikan sandaran dan hujah. Mari kita telusuri antara dalil-dalil berkenaan:

  • Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, infaklah (keluarkan zakat) sebahagian daripada hasil usaha kamu (ma kasabtum) yang baik-baik dan sebahagian daripada apa-apa yang Kami keluarkan daripada bumi untuk kamu.” (al-Baqarah, 2: 267)
  • Fuqaha menyatakan, penggunaan kalimah ‘ma kasabtum’ (daripada hasil usaha kamu) adalah jelas menunjukkan kepada elemen pekerjaan. Apabila bekerja, akan ada harta dan ia disebut sebagai ‘pendapatan’. Maka, sesuai dengan perintah Allah SWT di dalam ayat di atas, ia hendaklah diinfakkan sebagai zakat
  • Allah menyebutkan dalam surat Az zariyat ayat 19 bahwasanya dalam harta seseorang terdapat hak orang miskin dan dalam hal ini harta tersebut harus dikeluarkan dalam bentuk zakat.

Jalankan tanggungjawab kita, jangan hanya salahkan pihak zakat kalau setiap kali viral di FB konon  pihak zakat tidak amik tindakan

Syarat Zakat Pendapatan

Meskipun masih menjadi perdebatan dikalangan ulama, mengeluarkan zakat adalah wajib dan sebaiknya harta yang diperoleh dari suatu profesi juga disisihkan sebagian untuk membayar zakat yang 2,5%. Adapun syarat untuk mengeluarkan zakat pendapatan diantaranya

  • Islam
  • Merdeka, bukan hamba sahaya
  • Harta milik sendiri dan bukan milik orang lain
  • Harta diperoleh dari hasil usaha yang baik
  • Cukup nisab yakni setara dengan 85 gram emas
  • Cukup haul, misalnya dalam jangka waktu satu tahun seperti zakat maal.

 

Tambah Caruman Zakat

Tambah Caruman Zakat

Kini Lembaga Zakat Selangor sedang melancarkan kempen Tambah Caruman Zakat Untuk 8 ASNAF dari 1 September – 31 Disember 2018. So korang sebenarnya boleh tengok tangga gaji dan jumlah caruman kurang atau terlebih. Boleh update secara online juga. atau hanya jumpa dengan HR, isi borang untuk tambah jumlah caruman.

Tapi kalau buat secara online heheh ada peluang untuk menang hadiah tu.. apa lagi!

Kalau aku carta di atas tu korang sendiri tengok dah kaji terus amoun yg sepatutnya dicarum untuk zakat pendapatan atau kalau malas isi sahaja info di https://espg.zakatselangor.com.my/

 

Syarat-syarat penyertaan

  1. Terbuka kepada pencarum yang membuat caruman zakat melalui skim potongan Gaji (SPG) di Lembaga zakat selangor sahja ( kecuali kakitangan LZS)
  2. Tempoh Kempen bermula 1 1- september – 31 Disember 2018
  3. Pememnang utama akan dipilih melalui e-cabutan dalam tempoh bulan september – disember 2018
  4. Pemenang bulaan akan dipilih melalui e cabutan bulanan
  5. Hadiah mestilah dituntut dalam tempoh 2 bulan selepas pemenang dihubungi
  6. Pemenang akan dihubungi melalui emel dan penggilan telefon
  7. keputusan penganjur adalah muktamad dan diaudit

 

Sebarang Pertanyaan dan Maklumat

WEBSITE : LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

EN. WIRA B. MUSTAFA (Pengurus)
019 3880591
wira@e-zakat.com.my

EN. MOHD HATTA B. ZAINAL ABIDIN (Eksekutif Majikan)
019 3880 573
hatta@zakatselangor.com.my

PN. NORHAZIRAH BT. AHMAD (Eksekutif Majikan)
012 6296791
hazirah@zakatselangor.com.my

2 Comments

  1. Nur Azlinda Azman December 20, 2018
    • azni December 20, 2018

Add Comment