Tabung Infaq Makan RM10

Idea tabung Infaq makan

Korang tau.. masa bulan puasa baru baru ni, aku tetiba dapat idea nak buat inisiatif untuk bantu orang kampung sebelum datangnya idea tabung infaq makan ini.

Plan asalnya  balik kampung hanya nak berkumpul adik beradik, melawat kubur orang tua, tapi plan bertukar bila mencari pengisian yang lebih baik dari sembang2 dan makan 🙂 .. hehhe hobi adik beradik masak makan .. sembang2.. makan.. buat lawak and lain lain .. gitulah selalunya

Aktiviti macam ni aku yakin dapat melembutkan hati masing2 dengan melawati orang kampung yang bergantung hidup dengan hasil tidak seberapa seperti menoreh getah.

Sebenarnya idea ni inspirasi dari page warga kilang en monier https://www.facebook.com/PAGE-Mohd-Monier-1505114003102777/… yang kerap beri bantuan di luar bandar di baling, pengkalan hulu, sik dan lain lain.

Sebenarnya mereka ini selalu terpingir di bandingkan rumah anak2 yatim di bandar besar spt di kl ni. Bagi akulah…aku rasa sangat kesian pada mereka ni, pendapatan dah lah sedikit… anak2 pula ramai.. Harga getah memang jatuh merudum ya amat.  rata rata pendapatan dalam Rm300.00 .. kalau yang ambik upah potong getah dengan tuan tanah dah kena bahagi 2. so dapatlah RM150. Apa nak makan weh!! kita yang ada pendapatan ni kadang makan kat restorang sekali pun beratus ratus habis..Insaf kejap huhuhuh…

Cuba korang bayangkan apa yang dapat dibeli dengan amaun macam tu. haishh… sian giler..

Asalnya projek bulan puasa ni kami hanya target 3 keluarga sahaja tapi alhamdulillah dpt sambutan dr kawan2.. sampai ke hujung bulan ramadhan masih ada kawan kawan yang berminat nak menghulurkan bantuan.

Tabung infaq makan

pakcik ni ada 14 anak. cucu pun duduk sekali dalam rumah 2 bilik ini

Nak share sikit pengalaman bila masuk ke kampung. Memang sedih, sebenarnya. ada rumah yang takda kipas pun ..silap silap takder letrik. Rumah dia orang mmg ada kelengkapan basic sahaja. Walaupun ada yang punya anak anak yang besar tapi kebanyakkan jugak tidak mempunya pendapatan yang bagus.  p mai p mai tang tu sahaja.

Tapi yang paling meruntun jiwa, ada seorang nenek tu yang tinggal dengan anak yang OKU. pernah sampai makan ubi kayu sahaja. kalau ada beras pun pinjam dengan jiran jiran. Hidup seperti di zaman Jepun kan.. rasa tak percaya benda ni berlaku tapi itu lah realitinya.

Tabung infaq makan

Opah happy dapat baju raya

Selain dari itu masalah di luar bandar ni, anak anak muda ada yang ketagihan ketum, dadah dan lain lain, jadi mereka tidak menyumbang kepada sosio ekonomi keluarga. taraf kehidupan mereka bukan bertambah baik malah makin teruk.

Ada yang kes tidak termasuk di dalam senarai penerima zakat.  salah seorang makcik tersebut kena strok, selama hari ini bergantung kepada hasil menoreh getah, so bila dah kena sakit manalah ada pendapatan lagi.  Cara agihan zakat pula bergantung kepada ketua unit yang telah di lantik oleh pihak zakat.

Tabung infaq makan

Makcik yang kena strok

Tabung infaq makan

anak cucu pak jakpor masuk kampung, bg bantuan

Aduhai … kalau ada yang betul betul amanah insyallah semua akan dpt.. kalau yang tak berapa amanah tu .. kesiannya kan … wallahualam.. sbb kita dengar sebelah pihak jerk. Mungkin maklumat tak sampai kepada mereka. Tapi ada jugak kisah yang tak berapa sedap nak cerita.. kita tak pah citer lah kan… biarlah luncai dengan labunya.. huhuhu..

Tak apalah .. itu bahagian mereka.. cuma peranan kita macamana pulak yer..?????

SO… selepas kitaorang  buat lawatan nih … aku plan nak buat tabung RM10 sahaja. kita target satu family rm50 untuk beli barang basah. dan alhamdulillah kawan di grik pulak akan bertindak sebagai orang tengah untuk membeli dan menghantar ke rumah rumah tertentu.

Tabung infaq makan

rozi – kawan di gerik yang telah membantu untuk agih kepada orang susah di gerik

RM10 tu mungkin kecil bagi kita tapi kalau kita kumpul ramai ramai nilainya jadi besar untuk mereka. Alhamdulillah.. aku hanya fwd pada kawan dalam circle sahaja.. ramai yang berminat. Setakat ni collection bulan pertama dapatlah RM400.00 so dapatlah tolong 8 keluarga.  RM50 untuk barang basah seperti beras, gula garam, bawang cili.. bahan bahan asas untuk memasak. Syukur.. syukur… best sangat dapat tolong. Insyallah aku pegang amanah kawan kawan semua untuk sampaikan kepada merka.

Baca : Besarnya erti sedekah

kalau sama sama nak sumbangkan JOM… bukannnya byk mana pun…. boleh sumbang pada akaun dibawah ini kalau berminat.

Jom kita cari saham akhirat.

 

Tabung infaq makan

akhirnya aku buat tabung khas untuk projek ini


Antara penerima bantuan kita setiap bulan. (nnt aku update lagi yer)

IMG_8645

 

IMG_8643

3 Comments

  1. Ashikin August 27, 2016
    • azni August 29, 2016
  2. Redza August 28, 2016

Add Comment

CommentLuv badge