Suri hati Mr. Pilot

SINOPSIS SURI HATI MR PILOT

Suri hati Mr. Pilot
Suri hati mr pilot kisah pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim. Warda memang ditakdirkan menjadi Suri hati Mr. Pilot iaitu Ejaz. Walau jauh warda lari, tapi sudah jadi ketetapan warda milik ejaz. Bukan Muslim.
Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.
Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?
Warda lari lagi membawa hati yang lara bersama zuriat Ejaz dalam rahimnya tanpa diketahui oleh Ejaz sendiri, disangkakan telah gugur. Namun sudah terlambat untuk ejaz menjejaki warda bila Muslim menceritakan hal sebenarnya.
Setelah ditinggalkan cinta ejaz tergugat dengan kehadiran dr  khairina yang merawat nya. Apakah kepulangan warda ke tanah air dapat menyelamatkan cinta mereka semula. dan siapakah yang layak menjadi suri hati mr pilot?

 

Baca : Suri hati mr.pilot papar masalah komunikasi dalam rumahtangga

 

Personal Review  Suri hati Mr. Pilot

Aku personally suka movie ni sebab chemistry antara fatah amin dan neelofa sangat best. Rasanya skrip yang di luahkan adalah adlib atau bahasa mereka sendiri tanpa terikat dengan script.  Walaupun sekarang banyak drama yang berlawan antara TV station tapi drama ni ada kekuatannya dan auranya tersendiri.
Plotnya agak simple tapi cara ia di bentuk dan digarap agak menarik. Sesuai dengan trend masa kini. Peribadi fattah amin sebagai ejaz nampak kena dan sesuai dan ada karisma tersendiri. Fatah yang mempunyai badan yang sasa dan kemas  memang segak dengan pakaian seragam PILOT yang merupakan CORE subjek dalam cerita ini.
Warda yang didukung oleh neelofa, yang digambarkan sebagai seorang yang agak degil dan kental seperti walidnya sendiri. Aura neelofa memang membuatkan watak warda ni sangat sangat sweet dan juga digambarkan wanita yang berjaya tetapi agak lemah lembut.
Wardrobe untuk dalam drama ni mmg best. antara warda dan Ejaz , kombinasi warna membuatkan mereka nampak serasi dan complement each other.  Kalau baca komen komen di IG semua cakap giler tengok koleksi baju baju warda.
Kalau baca komen dikalangan member wassap pula, mereka merasakan terlampau banyak scene pergaduhan dan tindakan bodoh warda dan ejaz yang tidak masuk akal. Tapi bagi aku, mungkin kita berada dalam lingkungan comfort zone yang sama, tidak melalui kisah perit sebegina.  Tidak terbayang masalah masalah yang di lalui oleh sesetengan pasangan. Realitinya mmg banyak kes ‘communication breakdown’  berlaku dikalangan suami isteri yang  akhirnya membawa ke percerian.
Ini hanyalah sebahagian dari paparan realiti di dalam media.

Namun diakui, drama Suri hati Mr. Pilot ni ada juga flaws di beberapa scene.

  • Anak muslim agak besar untuk budak umur 2 tahun . Sebab jangka masa perkahwinan muslim 2 tahun, tidak termasuk tempoh mengandung by right mcm umut 1-2 tahun lebih sesuai.
  • Lepas tu banyak sangat coincedence pertemuan warda dan ejaz di airport. Tapi mungkin ini yang dinamakan jodoh.
  • Scene announcement pertunangan,  kenapa mak warda agak terkejut bila adiknya tunjukkan news di tablet, sbb katanya parents ejaz sendiri telah berbincang dengan parents warda. Or sengaja buat terkejut?
  • Tidak ada lansung establish shot yang mengatakan warda tolong hantarkan kek on behalf jannah. Jadi blur sekejap siapa yang bakers sebenarnya.
  • Proses operation humairah tersangat cepat. Hebat. Betulkah macam tuh?

 

Suri hati Mr. Pilot

Kena sangat color purple ni ejaz and warda

JUDUL : SURI HATI MR. PILOT

EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis / 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
NOVELIS : Dyla Dyna
SKRIP : Fairul Nizam Ablah / Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang / Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Neelofa, Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren, Azhar Amir, Adriana Adnan, Nizen Ayob, Rahhim Omar, Fahad Iman, Eina Azman, Adrianna Qasmia, Alif Satar, Siti Nordiana
Suri hati Mr. Pilot

Add Comment

CommentLuv badge