Suramnya Akademi Fantasia 2016

Semalam dah FINAL erk!

Itupun bila group wassap ada cakap pasal dia orang tengok program ni. Kalau tak, haram aku nak tau hahahah.

Tahun demi tahun aku rasa makin suram dah akademik fantasia nih. Tah apasal aku rasa macam tak best. Samada aku yang makin tua ( memang dah tua pun) atau memang program ni makin tak best. Aku ingat lagi AF yang pertama,  tahun 2003. Kiranya masa tu memang jadi fenomena lah, termasuk aku yang sibuk dok ngundi. EMO kemain masa tu hahahaha…

Akademi fantasia 2016

Tapi winner nya bagi aku, memang best.!! Vince aku suka betul Vince, sebab suara dia ada soul.. tapi heran kenapa dia tak naik sekarang. Nana pun dari AF 1. still sruvive sampai sekarang. kira aku boleh sebutlah nama sorang sorang masa tu.

Kalau tak silap realiti show ni adapatasi dari “la Academia” dari mexico dan malaysia antara terawal yang buat program sebegini. Dan seingat aku ada kontroversi jugak, masa tu derang ni tersilap ataupun over sikit.. ter”peluk” di hadapan penonton sewaktu salah seorang di umumkan keluar. Kecoh gak masa tu.  Maybe sebab rancangan ni rancangan realiti so impak kepada masyarakat tu kira terlebih sudah. Which is aku agree lah, sebab penontonnya pun ramai orang muda, termasuklah aku masa tu muda hahahah 28tahun masa tu weh.

Okay back to final 2016 #af2016

  1. Amir membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan biasiswa pengajian di Universiti Utara Malaysia.
  2. Pemenang naib juara diraih oleh peserta dari Kuala Lumpur, Muhammad Ammal Shafiq Osman dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.
  3. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pelajar dari Selangor, Kureshma Martin John Patrick (Reshma) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

Sikit erk hadiah dia orang, zaman mawi siap dapat rumah, zaman sapa tah siap dapat  kereta lagi. nih dapat rm50k jerr…. sian derang. rasanya tak ramai orang nak sponsor program ni. Or maybe terlampau banyak program realiti and populariti pun dah menurun.

Masa semi final aku sempat tertengok, suka pulak tengok Ammal nyanyi lagu orang putih masa tuh. Tapi semalam dia macam nerbes terlebih kut dua dua lagu tak kena dengan dia.

Kesimpulannya untuk AF semalam, masa dengar AMIR nyanyi first round, aku  ter…suka suara dia nyanyi lagu romantis dari ameng spring. (lagu karok dulu dulu ) hahah..  tapi to be frank, dia sorang sahaja yang aku tengok confident nyanyi, suara dia “berat”, and paling suka dia senyum masa nyanyi. Bagi aku, .. kira sampailah dia nyanyi…. muka pun ada commercial value.

Ac mizal pun kata dia mmg dah win lah untuk round 1.

Masuk round 2, aku still rasa dia jugak the best, meninggalkan yang lain. Lagu yang Hang Nadim buatkan untuk dia memang kena lah, sesuai untuk umur dia. I loike.  lagu untuk finalist yang lain semua tak best . hahahah.. betullah kata ramli ms. lagu tu lah aku menentukan hala tuju derang.

Walaupun aku tak kenal bebetul sapa dia orang ni, sebab tak pernah lansung follow diari AF, dan  maybe judgement aku bias tapi itulah dari kaca mata pendengar macam aku.

hafiz-1_517200924816

Camana pun, so far yang best Akademi Fantasia bagi aku, zaman hafiz, akim and stacy..Finalist masa tu semua hebat hebat, aku siap tengok live rasanya. Dan yang paling penting semua still survive sampai sekarang dan dalam kelas tersendiri.

 

8 Comments

  1. Nurul October 10, 2016
    • azni October 10, 2016
  2. saidila@kaklong October 10, 2016
    • azni October 10, 2016
  3. yanieyusuf October 11, 2016
    • azni October 11, 2016
  4. Bahrain October 11, 2016
    • azni October 12, 2016

Leave a Reply to Nurul Cancel reply

CommentLuv badge