Staycation di Hotel Pullman Kuala Lumpur percuma

Yeay.. hujung tahun lepas, aku berjaya staycation Hotel Pullman Kuala lumpur  untuk 2 hari 1 malam. Disebabkan aku tinggal di selangor, maka tak pernahlah pulak aku bermimpi nak tidor di hotel sekitar kuala lumpur ataupun selangor. Kalau ada pun dulu kerana tuntutan kerja seperti event dan workshop. Maklumlah, aku ni  jenis orang yang suka travel tetapi dengan ala ala mampu milik ataupun senang cakap bajet la.

Tapi kali ni eh!! aku dapat tidur di Hotel Pullman Kuala lumpur dengan percuma. Apa lagi… Haa.. ini yang aku nak cerita dengan korang semua.

 

Hotel Pullman Kuala lumpur

Bagaimana Point Terkumpul?

Kisahnya, pada tahun 2014, aku pernah terbang ke New York Amerika menaiki Qatar Airlines. Jauh beribu batu, 25jam atas flight in total. Jadi korang bayangkan lah baper Qmiles yang aku dapat kumpul pergi balik.

 

Hotel Pullman Kuala lumpur

 

Sepertimana Enrich dengan Malaysia airlines, begitu jugalah dengan Qmiles dengan Qatar Airlines.  To be frank, setelah aku dapat reminder point akan expired SOON, maka kelam kabut lah aku masuk ke Dashboard Qmiles.

Plan asalnya we all nak terbang ke Phuket melalui rangkaian partner Qmiles seperti Malaysia Airlines tapi malangya agak susah untuk book 3 orang serentak walaupun point dari Abam masuk ke dalam akaun aku.

 

 

 

Pikir punya pikir akhirnya we all terperasan yang Qmiles ada banyak kelebihan lain seperti convert point kepada Accor hotels. Antara rangkaian hotel yang ada seperti hotel Pullman ini lah. hahahah .. jadi itulah ceritanya bagaimana kami berjaya tidor di hotel Pullman Kuala lumpur yang betul betul bersebelahan Pavilion di bukit bintang tu.

Seronok juga rupanya sekali sekali kalau pusing pusing area bukit bintang ni. Selama hari ini hanya pergi 1 tempat, makan dan balik.

So untuk frequent flyers, pastikan korang semua daftar terlebih dahulu dengan semua airlines yang akan korang pergi nanti. Supaya point mata anda boleh dimasukkan ke dalam point seperti ini.

Kalau ikut tinjauan aku dengan adik beradik aku sendiri yang banyak travel semua  tidak aware atas kelebihan ini, dan tak berapa pandai nak godek godek dalam sistem. Yang penting key in booking no sahaja.

Rugi Uolls..  aku pun nyaris nyaris  terhilang dengan peluang macam ni.

Point masih boleh dapat walaupun korang travel under pakej, sebab point diberikan kepada individu bukan kepada syarikat agen. Dan ini semua tidak apply kepada penerbangan murah seperti air asia, tapi air asia pun ada point sistem tersendiri iaitu BigPoint.

Baca : Traveloka CNY contest : menangi hotel & flight ke korea

https://themeforest.net/?ref=azni1974

Review Hotel Pullman Kuala Lumpur

Kami ada option sama ada staycation semasa cuti krismas ataupun Happy New year. Tetapi perubahan harganya ya amat.. oit…. Pada masa new year sahaja mencecah RM800++ so tak cukup point, kena top up duit pulak .. aduii.. Macam aku cakap di atas tu, aku kalau boleh nak berjimat part hotel nih. heheh bukan kedekut tapi berjimat.

Tapi aku nak cerita juga pasal Hotel Pullman Kuala lumpur

 

 

Surprisingly, aku terkejut betul dengan size bilik yang we all dapat. Serius besar and comfy.  Kalau tak silap aku dalam RM400++ pada masa cuti krismas under Accor hotel, husband aku hanya tambah sedikit sahaja RM

 

Hotel Pullman Kuala lumpur

Benchmark aku untuk setiap hotel tu cuba teka apa?  hahaha aku akan check bedsheet dia, dan juga kesedapan tilam tersebut. Hotel Pullman ni bagi aku memang sangat sangat best korang oit.Katil pun bersize King. Muatlah 3 beranak. Sampai tak nak keluar bilik la kita orang, bermalasan dan bergolek golek kita orang atas katil tu.

Sofa tu pun selesa sebenarnya kalau nak suruh hero kecik tu tidur situ. hahaha tapi sebab suka nak peluk-peluk dia kami 3 branak tidor jer atas katil tu tapi yang paling best bilik ni adalah tingkapnya yang luas terus terasa bilik ni luas sangat.

Bangun pagi memang lah tak dengar bunyi burung2 tapi suka tengok view metropolitan kuala lumpur ni. waaah.. gitu.  Macam aku cakap awal awal tadi laa staycation gitu. Bilik air luas, dilengkapi dengan set toiletries yang super best.

Ada baca review sebelum ini pun mentioned . benda yang sama. huh… selalunya aku tak bawak balik barang hotel ni, kali ini memang bawak balik terus.

Lokasi yang strategik

Sepanjang aku duduk di lobi Hotel pullman ni, aku suka perhati orang yang keluar masuk. aku tengok geng geng pak arab memang ramai dan orang orang Malaysia yang middle class macam aku pun ramai. Memang sangat strategik sebab semua boleh sampai dengan berjalan kaki seperti pavilion, Klcc, Kl convention centre.

Fasiliti yang hampir sempurna tapi okay.

Kalau tinggal hotel sebegini, haruslah check fasiliti dan keadaan kolam renang nya macam mana. Terjaga atau tidak kan.. sebab itulah lah wish list untuk si hero kecik tu mesti ada kolam yang best, so . bagi dia  hotel ni pass. heeheh.. kolamnya bersih dan berjaga. Selain dari itu ada pulak kids room. so okaylah kan untuk mereka yang bercadang menghabiskan cuti di hotel pullman kuala lumpur ini.

 

Hotel Pullman Kuala lumpur

 

kesimpulannya, kalau korang tak tahu nak singgah hotel yang mana jadikan Hotel Pullman Kuala lumpur ni sebagai salah satu option korang. Memang tak rugi.

Owh.. aku tak boleh nak review pasal bab makan sebab aku amik option tak termasuk sarapan, sebabnya nak makan-makan di Pavilion tu hehehe. Kami ada 1 round lagi untuk staycation, selepas ini akan ke Pullman Putrajaya pula.

12 Comments

  1. Huda January 30, 2018
    • azni January 30, 2018
  2. IQ aka Izyan Balqis January 30, 2018
    • azni January 30, 2018
  3. Ben Ashaari January 30, 2018
  4. mas saari January 30, 2018
  5. Nina Mirza February 1, 2018
  6. permatabiru February 3, 2018
    • azni February 6, 2018
  7. YB Shehan February 6, 2018
  8. Julia Johari February 8, 2018
  9. Ema February 13, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!