Siti nurhaliza yang bersalin tapi satu Malaysia gembira ya amat!

Siti nurhaliza ni memang satu fenomena industri hiburan malaysia dari dahulu lagi. Segala apa yang berlaku pada dia, sentiasa membuatkan rakyat ternanti nanti. Bila siti nurhaliza announce yang dia akhirnya mengandung aku sendiri pun macam seronok ya amat amat sampai rasa nak nangis hahah.. Over kan. tapi aku paham apa yang dia lalui sebab aku pun pernah melaluinya. Tambah-tambah bila akhirnya dia selamat lahirkan anak yang comel.

Bagi aku, Siti nurhaliza ni memang Malaysian Sweetheart, satu satunya artis yang pandai menjaga tingkah laku dari dulu, perangai yang helok sangat plus dia bukan lah sebarang artis. Tak pernah lansung aku dengar dia menyanyi sumbang malah sentiasa tersenyum semasa menyanyi atau menjawab sebarang soalan media kepadanya.

Jadi bila Siti Nurhaliza bersalin…. satu malaysia kecoh dan sangat gembira.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Siti Aafiyah khalid, 19 Mac 2018

Akhirnya pada tarikh ini, dia selamat melahirkan Siti Aafiyah walaupun pada mulanya sicomel pipi merah ini diberi nama sementara fatimah Az zahra. Semua rakyat malaysia excited nak melihat wajah si comel walaupun siti awal awal lagi dah maklumkan hanya akan berkongsi dengan semua orang selepas hari ke 7.

Disebabkan siti aafiyah adalah anak kepada siti nurhaliza, pastinya semua ternanti nanti untuk melihat gambar sicomel ini sehinggalah salah seorang kenalan terlepas gambar tersebut. Malah ramai netizen mengecam tindakan tersebut yang melanggar hak privasi siti nurhaliza.

Nama Siti Aafiyah ini diambil sempena potongan ayat doa yang sering dibaca oleh Dato Khalid sepanjang di Mekah. Dato Siti juga sering menerima doa-doa berkaitan “aafiyah” akhirnya timbul lah ilham untuk menamakan puteri sulung dengan nama tersebut.

“saya hargai dan bersyukur kepada ALLAH, kepada ibu yang melahirkan saya dan ibu mertua yang telah melahirkan suami saya. Ini angigerah yang terindah dalam hidup saya”

Siti nurhaliza bersalin

Siti Nurhaliza lambang kesabaran yang tinggi

Ingat senang menjadi selebriti yang dikenali dengan malaysian sweetheart ini menangani isu kehamilan ini. To be frank aku tak dapat bayangkan apa yang dia lalui. Agaknya bagaimana perasaan dia jika dihenyak oleh soalan para wartawan dahulu yer. aduhh… tak terbayang aku.

Tapi, tidak sekali pun aku membaca berita yang dia pernah mengalami kemurungan kerana gagal mendapat cahaya mata. 11 tahun itu satu penantian yang amat amat lama.

Aku sendiri melaluinya selama 8 tahun, kiranya zaman itu umpama zaman gelap aku dan suami gitu. Tapi aku dah lupa dah zaman tu sebab dah dapat hero sorang, alhamdulillah..

BACA : 15 usaha untuk dapatkan zuriat yang aku lakukan

Kadang kadang aku terpikir, dia terpilih untuk menghadapi ujian ini kerana dia memang seorang wanita yang sangat sabar dan tenang. Dengan kedudukanya sebagai selebriti yang amat dikenali, semoga perjalanannya membuatkan wanita yang lain akan terus berusaha sepertinya.

Aku sendiri pernah mengalami emosi pasang surut dalam usaha untuk mendapatkan anak. cuma belum sampai untuk level IVF sepertimana yang siti nurhaliza lakukan, heheh sebab aku tak mampu.

Tapi kalau aku jadi siti nurhaliza yang sememamangnya berkemampuan memang aku tidak teragak agak untuk melakukannya dan aku dengar memang dia telah mencuba beberapa kali, malah pernah mengalami keguguran sebelum itu.

Jadi bila segala selamat, hampir satu malaysia pun turut gembira dengan berita ini. Bayangkan Tun M juga memberikan ucapan khas untuk beliau dan famili.

Satu Malaysia Gembira

Aku rasa aku belum pernah melihat, mana mana artist mendapat liputan kelahiran sebegini. Selalunya artis di luar negara sahaja yang mengalaminya. Contohnya anak Brad Pitt dan Angelina Jolie sampai media semua berlumba lumba untuk mendapatkan hak / rights untuk mengeluarkan gambar anak mereka.

Tapi cuba lihat bagaimana siti nurhaliza menangani isu begini, dia tahu dia adalah artist kesayangan rakyat malaysia, dan dia tahu media juga banyak membantu menaikkannya selama menjadi artis. Siti telah mengadakan sessi media supaya maklumat yang disalurkan adalah sama rata dan adil.

Hurm… see.. pandai betul siti menjaga hati semua orang kan. Begiitulah kisah siti nurhaliza bersalin yang membuatkan semua orang ternanti-nanti.

Doa aku, moga siti nurhaliza akan terus gembira dalam motherhood, siti aafiyah akan terus menerus menggembirakan ibu bapanya dan sentiasa dilindungi.

Entri ini aku dedicated kepada siti nurhaliza dan semua wanita yang masih TTC ( trying to concieve) supaya tidak mudah putus asa dan sentiasa positif. Segala yang berlaku sememangnya adalah ketentuan yang maha esa tapi yang paling penting terus berusaha.

Aku masih mempunya beberapa kawan yang masih mencuba dan aku sentiasa mendoakan mereka juga dapat melalui fasa “ibu bapa” satu hari nanti. Hanya Allah yang tahu terbaik untuk kita.

Sesungguhnya aku pun sangat sangat gembira dan happy for her.

3 Comments

  1. YB Shehan March 27, 2018
  2. ina March 27, 2018
  3. Ida Widyani March 28, 2018

Add Comment

CommentLuv badge