Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita

Soal hati,  kesetiaan, dan percintaan. itulah Plot utama dalam drama Tiada arah jodoh kita.  Pengorbanan dan kasih sayang  Afia membawa satu perjalanan cinta yang berbeza untuk dirinya. Cinta setia dan cinta tanpa sedar.

Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Pia… kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.
Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.
“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi… saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.
Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Tetapi dalam masa yang sama Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.
Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong? Afia akhirnya memilih aathif walaupun along menentang perkahwinan
Perkahwinan mereka mula diuji apabila Aathif perasan akan perubahan diri Afia yang suka bercakap seorang diri dan menuduh Aathif mempunyai perempuan lain. Apabila diperiksa doktor, Afia disahkan mengalami gangguan.
“Janji dengan saya Liya.. walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan. Berhenti.” Megat Wakeel

Drama ini pasti sarat dengan babak babak sedih. Siapkan tisu okay.

A post shared by Shukri Yahaya (@shukriyahaya) on Jumlah Episod : 28 episod
Penulis Asal Novel : Ezza Mysara
PENGARAH : Eoon Shuhaini

TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd

Senarai pelakon dan Watak pelakon 

Syukri yahya menjadi watak utama dalam drama kali ini, keberkesanan lakonan syukri yahya memang tidak payah lagi dipertikaikan. Drama top seperti Jika itu takdirnya, 7 hari mencintaimu.
tiada arah jodoh kita

hero malaya yang mantop nih

  • Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
  • Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
  • Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
  • Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
  • Livonia Ricky sebagai Nur
  • Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
  • Azar Azmi sebagai Ain
  • Dian P.Ramlee sebagai Hajah Hamidah
  • Aleza Shadan sebagai Puan Maznah
  • Farisha Irwayu sebagai Hajjah Mariani
  • Nada Nur Syuhada sebagai Afina
  • Airis Yasmin sebagai Wardah
  • Rania sebagai Alisha

Baca : sinopssis drama tak ada cinta sepertimu

2 Comments

  1. Huda February 15, 2018
    • azni February 15, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!