Sinopsis Setelah ku Dimiliki TV3

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI

Sinopsis Setelah ku dimiliki,  mengisahkan wanita yang bernama Sarra pernah dimiliki Adris suatu ketika dahulu, Namun badai melanda, kisah percintaan mereka tidak mudah seperti orang lain.

Konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju.  Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah.

Sarrafia terkejut selepas kali pertama diperkenalkan dengan lelaki yang bernama Adriz itu. Lelaki yang buat tak tahu meskipun sudah melihat wajahnya. Seperti tidak pernah bertemu

Sara bernar benar Pelik tapi Lantaklah, kalau tak kenal, lagi bagus. Lebih mudah. Dia pun bukan lagi perempuan terhegeh-hegeh serupa dulu.

“Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya.” – Adriz

Sarrafia naik menyampah apabila Adriz kerap mengekorinya.

Kalau tak kenal sudahlah, yang nak mengekor tu apa hal. Gila! Pula tu selalu Adriz cakap dia berasa tak tenang. Lagi gila, sudah dia tak tenang nak ajak orang lain tak tenang juga.

“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” – Adriz

“Gila! Nak tebus apanya. Guna duit atau nak guna badan saya sekali lagi?”- Sarrafia

Kedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar untuk difahaminya sendiri. Sarrafia idak mahu bahagia, tetapi dalam hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz. Bahagia ataupun tidak biarlah masa yang menentukannya…

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya.

Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?

JUDUL : SETELAH KU DIMILIKI
EPISOD : 28 episod

TARIKH TAYANGAN : 29 Oktober – 5 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi


WATAK PELAKON Setelah ku Dimiliki

Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Rahimin
Zulhelmy sebagai Halil
Adeline Tsen sebagai Ufaira
Kuza sebagai Bonda Ummi
Aleza Shadan sebagai Sabrina
Hilal Azman sebagai Shamsul
Daniella Sya sebagai Ann
Halim Radzi sebagai Zakir 

LAGU TEMA / OST 
Ika Mustafa – Damaikanlah



One Response

  1. Chik Tie November 15, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!