Sinopsis Semerah Cinta Humairah

Sinopsis Semerah Cinta Humairah

Humairah dijodohkan dengan Shahir sebagai meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Shahir pula sanggup mengahwini Humairah demi ibunya. Ini lah antara intipati Sinopsis Semerah Cinta Humairah

Bagaimanapun, Perkahwinan ini tidak bermakna kepada Shahir kerana dia sudah ada kekasih, Camelia. Hubungan camelia dan shahir sebenarnya tidak direstui oleh ibu shahir. Di awal perkahwinan humairah dan shahir tidak menikmati berbulan madu bersama. Shahir sentiasa mengelak untuk bersama .

 

Pada peringkat permulaan  Humairah masih cuba untuk sesuaikan diri dengan status barunya. Biarpun dia isteri Shahir tapi dia masih kekok berdepan dengan Shahir, malah masih memakai tutup kepala bila dalam bilik dengan Shahir.

BACA : Sinopsis Cinta Bukan Kristal

Perkahwinan yang disangka memberi cahaya baru dalam hidup Humairah rupa-rupanya tidak seindah yang diharapkan. Humairah sangat kecewa dan cuba bersabar sehinggalah Humairah mengandung dan lahirnya Harith.

Saiful, kekasih lama Humairah(adik Shahir) pula balik dari London “As a Wake  Up Call” menyumbang kepada hubungan dingin Humairah dan Shahir.

Namun tanpa disedari Shahir mula cemburukan Saiful dan Humairah. Camelia terus cari helah pisahkan mereka dan dalam masa yang sama Datin Suria berusaha rapatkan mereka.

Sinopsis Semerah Cinta Humairah

Musibah datang dalam perkahwinan mereka bila Shahir kemalangan dan menyebabkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah .  Kerana keadaan ini Shahir mengambil keputusan untuk menceraikan Humairah tapi HUmairah tak mahu. Dia tetap di sisi suaminya. Berbeza dengan Camelia pula dia terus mengambil keputusan untuk meninggalkan Shahir

BACA : Pengantin 100 hari

Pencarian Humairah dan adik beradiknya  terjawab bila meraka akhirnya  mereka berjaya berjumpa dengan ibu mereka.  Camelia dan sekutunya Hisyam ditangkap dan didapati bersalah mencuri duit dan merancang kemalangan yang menimpa Shahir. Semua yang berlaku terhadap Humairah dan keluarga mentuanya, hanya kerana dendam.

Info SEMERAH CINTA HUMAIRAH

JUMLAH EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : Julai / Oktober 2018
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Orangtree Production Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Janna Nick, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah , Fadilah Mansor, Fish Fazil, Fimie Don, Kismah Johar, Feiyna Tajudin, Wan Sharm

4 Comments

  1. ai August 3, 2018
    • azni August 3, 2018
  2. shikin satiman August 9, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!