Sinopsis Pujaan Hati Kanda TV3 Slot lestary

Sinopsis Pujaan Hati Kanda drama yang mengisahkan Danny lakonan pelakon handsome Remy Ishak, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru dengan bersedia untuk berumah tangga. Tapi tidak semudah yang dirancang.  Dugaan pertama, ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran.
Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda
Bayangkan penerimaan calon isterinya pada masa itu. Terk   edu dan terkejut dengan peristiwa itu. Nadine si pengantin perempuan terus ambil keputusan enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.
Maka bermula kehidupan Danny yang tunggang terbalik. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya.
Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara lakonan Mira Filzah dan juga gandingan nya dalam drama yang tengah hot sekarang Drama Lelaki kiriman Tuhan yang bersiaran,
Sinopsis Pujaan Hati Kanda
Sinopsis Pujaan Hati Kanda
Tiara adalah seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit dan dalam berusaha untuk mencari wang poket. Untuk mendapatkan persetujuan Tiara untuk menjaga baby tersebut Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu.

Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian dan perlu pulang ke kampung. Siapa yang harus menjaga bayi tersebut? Danny perlu berkerja dan dalam masa yang sama harus merungkai misteri bayi tersebut. Hendak atau tidak, Tiara terpaksa membawa bayi itu pulang ke kampung dengan memberitahu keluarganya yang dia kini mengasuh anak kepada duda yang kematian isteri.
Sinopsis Pujaan Hati Kanda
Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?  Bagaimana pula hubungan Danny dan Nadine selepas itu.
Hurmm tertanya tanya juga kesudahan drama ini. Kita tonton hingga ke akhir rancangan okay,
Untuk mereka yang terlepas rancangan ini jangan risau boleh catch up di www.tonton.com.my
Saksikan Pujaan Hati Kanda bermula 20 Disember 2018, pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam hanya di Tv3.

 

Watak Pelakon Sinopsis Pujaan Hati Kanda

Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
Azar Azmi sebagai Fatimah
Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub
Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim sebagai Suria
Taufiq Hanafi sebagai Naim
Qazem Nor sebagai Rizman
Lagu Tema OST Sinopsis Pujaan Hati Kanda
Tajuk : Pujaan Hati
Penyanyi : Adira
Lagu & Lirik : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!