Sinopsis patahnya sebelah sayap, drama best!

Review drama

Lamanya tak buat review drama. kali ni tajuk drama  “patahnya sebelah sayap” senonoh sikit hahahah… dari cerita  ” I love you abang bomba la… apa lah.. Bila tajuk pun best, feel nak tengok pun best. Pelakon pun best. soundtrack pun best. tapi yang paling best adalah plotnya.  Gaya penceritaan tu macam lojik dan boleh kaitkan dengan realiti walaupun sebelum ni aku menyampah asyik drama korporat anak orang kaya kawin dengan anak orang miskin. Sepesen jer

Sebelum ni aku ada review drama Teman lelaki upahan yang best jugak bagi aku, hehehe susah tau aku nak promote citer best dalam blog aku ni. Yang aku review ni maknanya yang dekat di hati gituu.

Okay back to cerita ni. Kebanyakkan komen cerita ni mmg ramai yang kata best. Suka jer aku baca komen komen kat dalam instagram. Dari yang tak suka tengok drama melayu pun boleh terjebak. Hebat kan.!!

 Aku suka mesej cerita ini : anak dara janganlah cepat terpedaya dengan boyfriend. Janganlah berkorban tak tentu hala. Bersedia ke nak harung kesusahan macam ni..?

Realiti kan dah banyak kes macam ni,  bila dah mabuk cinta tu semuanya okay saja dong, paling teruk ada yang  sanggup derhaka kepada orang tua. Ish.. macam macam lah … yang  tak terfikir di akal. So dalam kes drama ni alisha sanggup merengkuk di penjara untuk amzar. Lepas tu dah terlambat untuk sedar perangai sebenar amzar. kenalah dengan tajuk patahnya sebelah sayap.. patah hati.. patah harapan

Walaupun skrg dah episod ke 10 aku dah boleh agak kesudahan dia. Amzar yang jahat pasti akan jatuh, tapi aku masih tertunggu turning point cerita ini dan tak sabar nak lihat Alisha happy semula.  Satu lagi mesej yang aku suka, kerja dan usahalah apa sahaja janji halal dan kerja bersungguh sungguh.

Katanya cerita ni lebih kurang cerita dari korea. Tapi bagu aku, coincidence kut..  plot cerita patahnya sebelah sayap memang berlaku ni dalam kehidupan kita tu memang ada. Yang penting bila tengok treatment cerita ini dalam konteks culture/budaya kita bagi aku kira acceptable and aku suka!

Sapa yang ter miss citer ni dinasihatkan tengoklah dari episod 1 sbb antara setiap satu ada cerita tersendiri. kalau tak korang tak FEEL

Meh lah aku share sinopsis cerita ini.

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

patahnya sebelah sayap

Tunggak pelakon utama

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

4 Comments

  1. Neve Stellar February 22, 2017
    • azni February 23, 2017
  2. Sha September 5, 2017
    • azni September 5, 2017

Leave a Reply to azni Cancel reply

CommentLuv badge