Sinopsis Lelakimu Yang Dulu TV3

Sinopsis Lelakimu Yang Dulu mengisahkan percintaan Hazrul lakonan shahnaz, di tonjolkan dengan watak playboy dan cheeky Sering ke kelab malam dan bertukar pasangan.  Sangat mata keranjang. Berbeza dengan Daliya seorang yang gadis yang membesar di rumah anak yatim dan terus berbakti di rumah anak yatim tersebut

Sinopsis Lelakimu Yang Dulu

Pertemuan tanpa diduga beberapa kali membuat mereka saling membenci pada mulanya. Namun dalm satu situasi daliya tidak dapat menjawab soalan adik adik dari rumah anak yatim, dia diselamatkan oleh hazrul sendiri pabila melihat daliya terkulat kulat untuk menjawab. Maka disitulah bermulanya titik percintaan mereka

Baca : SINOPSIS DRAMA SWEET DREAMS

Sinopsi Lelakimu yang dulu menceritkan tentang Hazrul dan Daliya yang berkahwin atas dasar percintaan yang kuat. Namun kebahagiaan rumah tangga yang dikecapi mereka tidak terlalu lama apabila diuji dengan suatu musibah.Daliya sungguh terkejut dan meminta penjelasan daripada Hazrul jika betul dia melakukan perkara tersebut. Namun Hazrul hanya mendiamkan diri tanpa sebarang penjelsan.

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Ditakdirkan Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.

Sinopsis Lelakimu Yang Dulu


Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Nama bayi merka adalah Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya. Hazrul nekad mahu bertemu dengan anaknya yan tidak pernah dilihatnya itu.

“Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?”

– Daliya


Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya. Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Demi memulihkan hubungan mereka suami isteri, Hazrul menggunakan anaknya sebagai alasan. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.

BACA : Sinopsis kau yang pertama


“I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him.” –

Hazrul
Sinopsis Lelakimu Yang Dulu

“Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?”

– Daliya

“Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we’re sharing this room.”

Hazrul


Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?

Kalau dah terlepas jangan risau, korang boleh tengok di youtube TV3

Info Sinopsis Lelakimu Yang Dulu


Tajuk : Lelakimu Yang Dulu
Episod Penuh: 28
Tarikh Tayangan : 19 September 2019
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Novel: Farah Darianna
Terbitan : Mache All Star United Sdn Bhd

WATAK PELAKON Sinopsis Lelakimu Yang Dulu

Sharnaaz Ahmad sebagai Hazrul
Nelydia Senrose sebagai Daliya
Redza Rosli
Nadia Brian
Reen Rahim
Ungku Hariz
Afiq Muiz
Ezzaty Abdullah



One Response

  1. Azhan September 29, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!