Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan

Naira, si gadis garang, selalu berwajah masam dan malang. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Baginya semua tidak ikhlas dan suka ambil kesempatan kerana, baginya Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Namun adakah kehadiran Iqbal Raid adalah lelaki kiriman tuhan untuknya.

BACA : Sinopsis Bahagia bukan Bidaan

Lakonan Remy Ishak dan Mira filzah adalah pendokong utama untuk drama arahan Rashid Sibir ini. Pertama kali menonton episod pertama sebenarnya terpesona dengan lokasi di Kedah. Kedai kedai klasik menghidupkan lagi suasana drama ini.

Entahlah, aku suka sinematografi drama ini.

Sinopsis Lelaki kiriman Tuhan

 

Naira hidup menderita selepas kematian ayahnya disebabkan dia terpaksa menggalas tanggungjawab melindungi resort arwah ayahnya dan juga pelindung kepada adiknya Zeenta dan uminya. Semuanya kerana  akibat perbuatan abangnya Mirza yang juga seorang penagih dadah yang telah meminjam dengan Along

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu dan misteri mula menganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Setelah terdengar ugutan Along di lorong kedai, Raid merasa simpati kepadanya.  Tanpa disedari Raid seronok untuk menawan hati Naira yang muka macam masam, ego dan sombong itu.  Sebenarnya maira stress dengan situasi yang di perlu hadapi itu.

BACA : Sinopsis Cik Reen Encik Ngok Ngek

Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

 

Sinopsis Lelaki kiriman Tuhan

 

Permulaan perkenalaan keduanya juga agak terkejut dan kelakar bila naira tersilap menaiki keretanya di simpang trafik. Semuanya gara gara melarikan dari along yang menuntut hutang.

Iqbal Raid lelaki misteri yang begitu ikhlas mencintai Naira dan ingin menjadi pelindung kepada gadis malang ini. Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

BACA : SINOPSIS CINTA BUKAN KRISTAL

Mirza mendakwa bahawa Raid merupakan seorang gay dan dia menjadi penagih dadah disebabkan oleh Raid sewaktu mereka sama-sama menuntut di UK.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, tetapi terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Selama 10 bulan Raid menghilang tanpa sebarang berita selepas terlibat dengan kemalangan dan mayatnya masih gagal tidak ditemui. Memang malang nasib naira tambahan pula Naira dalam keadaan yang sarat mengandung dan gigih untuk mencari kebenaran masa silam suaminya.

Sinopsis Lelaki kiriman Tuhan

 

Faris seperti yang didakwa oleh Mirza pula adalah sebagai pasangan songsang Raid. Dalam masa yang sama tersebar berita bahawa  raid pernah menjadi lelaki simpanan kepada 2 datin.

Faris yang dikatakan pasangan songsang raid dan menceritakan hal sebenar malah memadu kasih pula dengan sahabat baik Naira iaitu Maryam dan menjaga Naira selepas kehilangan Raid.

Sebenarnnya Raid menghilang 10 bulan kerana terlibat dengan kemalangan yang telah dirancang oleh syarikat pesaing. Atas dasar keselamatan maka dia diminta untuk menyembunyikan diri tambahan pula kesan daripada kemalangan itu dia telah kehilangan ‘kelelakian’nya yang menyebabkan dia rasa hilang keyakinan untuk berjumpa dengan Naira Setelah dia sembuh ambil masa pula untuk mendalami ilmu agama

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?

Sinopsis Lelaki kiriman Tuhan

 

JUMLAH EPISOD : 18 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin, 9 malam
SIARAN TV : Slot Raihana (Astro Oasis 106 & Maya HD 135)
PENULIS SKRIP : Mufid Shuhaimi
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd

 

WATAK PELAKON 

Remy Ishak sebagai Iqbal Raid
Mira Filzah sebagai Naira
Kartina Aziz sebagai Umi
Harris Anuar sebagai Faris
Isyariana sebagai Zeenat
Uyaina Arshad sebagai Maryam
Jesse Lim sebagai Ah Seng
PU Azman sebagai Cik Muiz
Rozita Che Wan sebagai Kak Bed
Jasmin Hamid sebagai Datin Maria

LAGU TEMA / OST 

Kisah Ku Inginkan – Dato’ Siti Nurhaliza & Judika

No Responses

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!