Sinopsis Lafazkan kalimah cintamu

Sinopsis Lafazkan kalimah cintamu

Drama Lafazkan kalimah cintamu menengahkan pelakon pelakon hebat seperti Nelydia Senrose dan Farid kamil. Pergolakan keluarga, tidak percaya kepada takdir, tiada kepercayaan antara  plot utama dalam drama di Astro ria ini Drama ini adaptasi dari novel hasil penulis terkenal Siti Rosmizah Semail.
Tengku Aqilah (lakonan Nelydia Senrose), seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham (lakonan Azri Iskandar) menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematian isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri.
Lafazkan kalimah cintamu
Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Natasha (lakonan Nadiyah Shahab) yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka.
Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

A post shared by @ nelydiasenrose on Tengku Ryan Ameer (lakonan Farid Kamil), jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim (lakonan Azhar Sulaiman) sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Lafazkan kalimah cintamu
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya.
Apa yang berlaku seterusnya dalam drama Lafazkan kalimah cintamu? Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Review dari Modernmumthingy

Ceritanya mungkin agak cliche dengan drama sekarang, orang kaya, syarikat besar bla bla.. tetapi rasanya kena tunggu beberapa episod lagi untuk lihat cerita disebaliknya. Walaupun aku tidak berapa berkenan dengan scene Tengku Aqilah dengan rambut palsunya tapi aku pendam dulu . Yang penting kita tengok dulu kesulurahan cerita ini okay.

Episod pertama hari tu memang makan dalam.. geram betul sikap ayah yang dimainkan oleh azri iskandar yang pelik sgt lah, menyalahkan anak. Tapi realitinya mmg ramai yang mcm ini tanpa kita sedari.

Selepas drama ini berakhir jgn lupa tonton drama lakonan syafiq kyle dan zahira mcwilson pula.

Baca : sinopssis drama tak ada cinta sepertimu

Updated : 4 Februari

Semakin hari aku rasa cerita ni makin best. Terus aku cari novel walaupun aku getik dengan rambut palsu aqilah tu. Rupanya bersebab kenapa dia buat macam tu. Kalau korang tgk episod ku hisham sakit, maka akan bermula episod sedih dan sebak di dada. Masa aku baca novel ni, aku memang menangis teresak-esak. Smlm di saat aqilah merayu untuk menjaga papa dia aku pun menangis sekali lagi.

Lakunan farid kamil bagi aku paling tak best sepanjang aku tgk dia berlakon. Entahlah kenapa, nampak macam tak cukup Umphh!! nampak macam lembik Berbeza dengan watak ku ryan dalam Novel yang aku baca. Nelydia senrose bagi aku mmg terbaik, dia berjaya membawa 2 watak dalam diri dia.

Sebenarnya ini lah turning point cinta antara aqilah dan ku ryan. As expected bila tengok teaser opening setiap kali drama ini akan bermula kita dah tau kesudahannya macam mana tapi liku liku aqilah untuk mengharunginya sangat sangat kuat atas rancangan licik ku natasha. Memang akan rasa sakit hati. Panjang lagi cerita ini, jadi aku advise korang stay tune dan follow rapat rapat cerita ini, sebab byk plot plot yang kita tak sangka akan berlaku pada aqilah.

Lafazkan kalimah cintamu

Senarai Pelakon

  • Farid Kamil  – Tengku Ryan Ameer
  • Nelydia Senrose  -Tengku Aqilah
  • Nadiyah Shahab -Tengku Natasha
  • Adriana Adnan- Farhana
  • Farez Ridzwan – Azrul
  • Imam Shah – Shafiq
  • Azri Iskandar  -Tengku Hisham
  • Liza Abdullah- Tengku Azreena
  • Erissa – Puteri Tengku Natasha
  • Nur Qistina Raisah – Tengku Aqilah
  • Anne Abdullah- Mak Kiah
  • Adibah Noor -Kak Kembon
  • Nazia Mustafar – Tuti
  • Azhar Sulaiman – Tengku Hashim

Info drama

  • JUMLAH EPISOD : 32 episod
  • TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2018
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
  • SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123
  • PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah Semail
  • PENULIS SKRIP : Rozie Rashid , PGRs Team, Ainaa Hanez
  • PENGARAH : Along Kamaludin
  • TERBITAN : SR One Sdn Bhd

4 Comments

  1. Julia Johari January 24, 2018
  2. Min Shamsuddin February 3, 2018
  3. MrsPip March 9, 2018
    • azni March 9, 2018
  4. Pingback: Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu April 2, 2018

Add Comment

CommentLuv badge