Sinopsis kelip kelip di kota London

Sinopsis kelip kelip di kota london  Berlatar-belakangkan kesibukan kota London, perjalanan cinta dua merpati sejoli menjadi saksi perhubungan sejati pasangan romantis ini. Hubungan cinta di antara Shaufiq (Hafidz Roshdi) bersama Insyirah (Hanna Aqeela) berantakan akibat campur tangan keluarga disebabkan perbezaan darjat.

 

 

Syed Syaufiq adalah pewaris kepada empayar pakaian Al-Haffiy yang hidup dalam kehidupan sosial liar di London. Ayahnya Syed Mukhriz menghantar Syaufiq ke University of Cambridge, London.  Tetapi semua itu berubah apabila dia bertemu Insyirah, gadis cantik yang dia lihat tenang melaksanakan solatnya di taman..   Terpukau melihat kecantikan Insyirah, Syaufiq mula mendekatinya dan mengenalinya.  Syed Syaufiq sangat tertarik dengan keperibadiannya yang kuat, Syaufiq bertekad untuk mengenalinya lebih baik. Walau bagaimanapun, Insyirah  tidak menyambutnya dengan mudah.

 

Seperti jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan, Syaufiq juga mula mendekati agama Islam melalui dorongan dan ajaran Insyirah sehingga mereka mendirikan rumah tangga di sana. Namun, sebaik sahaja berita pernikahan mereka tiba di Malaysia, Syed Mukhriz mula menerangkan wasiatnya yang tertulis harta warisan Al-Haffiy hanya akan jatuh kepada Syaufiq sekiranya Syaufiq menikahi Sharifah Jasmine dan mendapatkan seorang anak lelaki.

Terpukau melihat kecantikan Insyirah, Syaufiq mula mendekatinya dan mengenalinya. Seperti jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan, Syaufiq juga mula mendekati agama Islam melalui dorongan dan ajaran Insyirah sehingga mereka mendirikan rumah tangga.

Dapatkah Syaufiq bertahan tanpa kemewahannya? Atau adakah Syaufiq akan menikahi Sharifah Jasmine dan membolot harta pusaka keluarganya? Beginilah antara Sinopsis kelip kelip di kota london. Jangan lupa tonton siri sepenuhnya di TV3

 

BACATak ada cinta sepertimu 

INFO KELIP-KELIP DI KOTA LONDON 

EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Mac 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Zehra TV3
PENULIS SKRIP : Nurull Halawati
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Hafidz Roshdi, Hanna Aqeela, Rizz Ismail, Putri Hanan, Haliza Misbun, Nadiyah Shahab, Zain Saidin, Ezany Nizariff, Tony Eusoff, Fendi Seman, Helmey Hamdah

Sinopsis kelip kelip di kota london

WATAK PELAKON 

Hafidz Roshdi sebagai Shaufiq
Hanna Aqeela sebagai Insyirah
Rizz Ismail sebagai Daniel
Putri Hanan sebagai Aida
Nadiyah Shahab sebagai Jasmine
Haliza Misbun sebagai Datin Maream
Zain Saidin sebagai Saddiq
Tony Eusoff sebagai Dato Mukhriz
Ezany Nizariff sebagai Dato Radzi

LAGU TEMA / OST 

Dato’ Siti Nurhaliza & Judika – Kisah Ku Inginkan

One Response

  1. Pingback: Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu March 22, 2018
  2. Dean March 28, 2018

Add Comment

CommentLuv badge