sinopsis hero seorang cinderella

SINOPSIS HERO SEORANG CINDERELLA

Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina lakonan fazura dan hero, Tengku Ian Uzzam. lakonan fattah amin. walaupaun ramai boleh menggagak jalan cerita dan sinopsis hero seorang cinderella ini tapi ramai yang tertunggu tungu lakonan yang di bawa oleh kedua pelakon ini. Fattah aman makin melonjak naik, fazura mungkin lebih senior dan berpengalaman darinya mungkin mampu membawa drama ini lebih menarik.

sinopsis hero seorang cinderella

Mula mula tak mau.. tapi akhirnya terpaut juga. Sinopsis hero cinderella

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Misteri. Itulah Nura Medina. Nura Medina pilih hidup berdikari sebab dibesarkan oleh Mak Tiri. Hidupnya selama ni membesar dgn orang gaji dan anak orang gaji, Zuyyin yang menjadi rakan karibnya. Karektar nur medina kasar dan agak boyish dan tidak suka bergaul dengan lelaki. Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya.

Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam. Penampilaanya pertamanya ke malaysia, ala mat rock dan tiada ciri ciri orang kaya dengan alasan untuk melihat siapakah manusia yang hipokrit dan yang jujur. Tengku lan menyamar dan bertukar dengan saudara angkatnya yang juga bernama farizzan.

Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan.

Macam citer Cinderella, Mak Tiri mestilah nak anak dia keneng-keneng dengan anak orang kaya iaitu Tengku lan Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat. Namun bukan kisah cinta yang menjadi perhatian dalam drama dan novel ni. Kisah kekeluargaan juga best dengan kisah family Nura Medina yang sangat MISTERI. Misteri ini akan dirungkai sedikit demi sedikit dalam setiap bab dan episod.

Baca : review drama cik serba tahu

sinopsis hero seorang cinderella

cinta hero seorang cinderella, pejamkan mata dia pasti akan muncul

Bait bait indah dalam hero seorang cinderella

“Not even one second will I doubt you. But please don’t stop loving me”.

“Never happen, darling. Because loving you is like breathing. How can I stop? “.

“Me too. Loving you is like counting the numbers. It never ends”.


Tajuk : Hero Seorang Cinderella

Mula Tayangan : 22 Mei 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam

Siaran : Slot Mega Drama (Astro Ria)

Terbitan : Cube Film Sdn Bhd Jumlah Episod: 24 P

Pelakon : Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikry Ibrahim, Aedy Ashraf, Nina Juren, Azhar Amir, Iswan Ismail, Jasmine Suraya, Lisdawati, Ahmad Fauzee, Anne Abdullah, Ziha Salleh, Syafi Danish

 


Review modernmumthingy.

So far bila tengok sampai episod ke 9  ni, suka pulak tengok gandingan fattah and fazura. Fazura ni mmg in character sebgaai cinderella.  dalam salah satu skrip tu, fazura kata jangan kaitkan saya dengans cinderella, sbb cinderella tu wataknya hopeless.. and mmg watak fazura dalam cerita ini opposite dengan watak dongeng tersebut.

Nampak gaya Drama hero seorang cinderella ni belum sampai kemuncaknya, masih dalam build up character untuk setiap seorang. Misteri sebenar baru terbongkar 30% sahaja.

Walaupun bila tengok title drama ini aku pun otamatik terbaik cerita dongeng anak anak tapi jalan cerita sebenar drama ini semakin menarik and berbeza sekali.

Tak sabar nak tunggu sambungan episod seterusnya.

Update :

Betullah kata orang kalau hati tu busuk, sendiri yang terasa diri tu kosong dan semua nya pernuh prasangka. Itulah kisah cik mawar yang rupanya telah menfitnah rakan baiknya sendiri, ibu kepada Medina.  Walaupun medina nampaknya bahagia dengan Ian tapi nampaknya cik mawar tak berpuas hati atau takut dengan bayang bayangnya sendiri.  Satu demi satu rancangan yang dia aturkan walaupun anak nya puteri sendiri semakin cuba menjauhi nya.

Bagaimana agaknya kesudahan kepada cik mawar, dahulu hanya medina sahaja menajadi bahan untuk dia lepaskan kemarahan kali ni satu keluarga medina nampaknya akan menghadapi orang yg sebegini.

Watak cik mawar penting juga dalam cerita hero seorang cinderella, kebanyakkan flow ceria ini juga di dorong oleh tindakan cik mawar, lepas satu.. satu ada sahaja cerita yang keluar.

Bila tengok drama ni, sebenarnya terasa mcm tengok cerita winter sonata… camana nak cakap yer.. drama ni boleh cakap bukanlah fast phase.. tapi very slow and steady… tapi tak rasa bosan.. watak setiap orang tu makin berkembang dalam setiap episod.

Memang boleh buat kita pun terasa senyum bersama setiap kali adegan sweet ian dan medina. #relationshipgoal gitu .. haa.. I think korang semua paham kut. Mungkin ada yg mengatakan alaaa.. drama melayu semua nya nak tunjul laki or pompuan kaya.. but.. this is drama .. drama apa sahaja pun kita boleh buat .. hahah.. tak gitu… drama memang sepatutnya buat kita rasa perasaan happy, sedih , marah.

so guys/gals please anggap ini hiburan semata mata and you ‘ll enjoy..

 

 

2 Comments

  1. IQ aka Izyan Balqis May 29, 2017
    • azni May 29, 2017

Leave a Reply to IQ aka Izyan Balqis Cancel reply

CommentLuv badge