Sinopsis drama zahir tak terucap

Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap Tv3. Selepas Tiada Arah Jodoh Kita melabuhkan tirai, penonton Slot Akasia  dihidangkan dengan sebuah drama bersiri terbaharu yang turut mengisahkan percintaan pada wanita yang sama, Tetapi ianya lebih tragis dan penuh kesedihan dan jalan yang lebih berliku.  Kerana cinta dan nafsu, manusia boleh tewas begitu sahaja.

Adakah kemaafaan mampu mengubah perkara silam?

Dibintangi Saharul Ridzwan dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama, drama ini turut dibintangi Airel Zafrel, Chacha Maembong, Farisha Irwayu, Esma Daniel, Idris Mat Diah, Rosnah Johari, dan Syafiqa Zamriez.

Mengisahkan adik beradik Hisham dan Haziq berasal dari Kuala Lumpur bercuti di sebuah kampung di Terengganu lalu berkenalan dengan seorang gadis bernama Aishah. Di situ la bermulanya permulaan kisah mereka dan juga kisah kemusnahan dan kebangkitan hidup Aishah. 

 

Hisyam dan Haziq yang masing-masing menaruh hati terhadap Aisyah. Kerana terlalu mengasihi abangnya, Hisham terpaksa menjadi kambing hitam dan mengakui segala kejahatan yang dilakukan abangnya sebelum Haziq meninggal dunia.Hisham rela berkorban demi menebus kesilapan abangnya.

Kini dia perlu mencari Aisyah, cinta pertamanya yang dirogol abangnya sendiri  untuk bertanggungjawab.

Namun misinya dihalang kedua-dua belah keluarga terutamanya keluarga Aisyah. Kemudian datang pula Aireen  bakal tunangnya yang mempunyai niat tersendiri.

BACA : Sinopsis Cinta Fatamorgana drama yang keluar selepas drama ini

Begitulah ringkasan Sinopsis drama zahir tak terucap yang sedang bersiaran di slot Tv Akasia TV3. Baru episod pertama tapi aku sendiri ragu ragu dengan watak sebenar yang dilakunkan oleh airiel.. baik atau jahat kah dia… tapi kalau ikut bebelan ibu mereka kononnya adiknya lakonan saharul ridzwan yang lebih bermasalah.

Jom kita follow cerita ini untuk mengetahui dimana kah terbongkar sikap sebenar mereka.

Sinopsis drama zahir tak terucap

Tajuk : Zahir Tak Terucap
Mula Tayangan : 27 Mac 2018
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, Jam 7.00 Malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Jumlah Episod: 13
Pelakon : Saharul Ridzwan, Airel Zafrel, Raysha Rizrose, Chacha Maembong, Farisha Irwayu, Esma Daniel, Idris Mat Diah, Rosnah Johari, Syafiqa Zamriez, Saufi Ramli, Elya Miera, Meor Mohd, Annie Ariffin, Azzahra Ahmad, Abu Belalang, Effa Alhabshee, Ismail Jejaka, Elanie Aidid, Azlinda Aziz

6 Comments

  1. SalinaJohari March 28, 2018
    • azni March 28, 2018
  2. YB Shehan March 29, 2018
    • azni March 29, 2018
  3. SARIPAH SAPURA March 31, 2018
  4. Nisaa April 6, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!