Sinopsis drama terbaik dariku Samarinda TV3

Sinopsis drama terbaik dariku mengisahkan seorang wanita lakonan Zara zya yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan  terpaksa menerima realiti  bahawa suaminya itu menyintai perempuan lain.

Aisyah (Zara Zya) mengahwini Taufiq (Syazuwan Hasan) kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas dan benar benar cinta terhadapnya.

Hakikatnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah (Fadilah Mansor) yang mahu menumpang kesenangan dan kekayaan yang dimiliki Aisyah. Dalam diam tanpa pengetahuan sesiapan Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah di Thailand.

Sinopsis drama terbaik dariku

bila ko nampak madu..

 

Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya. Sering mengadu bahawa dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami.

Malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah.

 

Sinopsis drama terbaik dariku

mak mentua naik hantu

 

Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah tambah tambah bila  dia telah berbadan dua. Suraya meminta yang lebih lebih dan taufiq cuba memenuhi permintaanya kerana itu lah cinta hati taufiq yang sebear.

 

Sinopsis drama terbaik dariku

 

Kehadiran Zaharah (Hanna Aqeela), seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah.

Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah. Saodah kemudiannya menghalau Zaharah.

Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil.

Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah?

Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar?

ini lah antara Sinopsis drama terbaik dariku yang mewarni drama di malam hari di TV3

Lagu Tema / OST Drama Terbaik Dariku

Tiada Dendam nyanyian Zara Zya

Takdir Yang Terpilih nyanyian Superchild Band

Pelakon Sinopsis drama terbaik dariku

  • Syazuwan Hassan,
  • Zara Zya,
  • Hanna Aqeela,
  • Azar Azmi,
  • Azri Iskandar,
  • Dilla Ahmad,
  • Adam Corrie,
  • Fadilah Mansor,
  • Ikhlas Jalil,
  • Azar Azmi,
  • Ainina Ahmad,
  • Adrea Abdul, A
  • mirul Faqeem,
  • Aisyah Kamaludin,
  • Sabhi Saddi,
  • Aleza Shadan,

 

Komen Modernmumthingy sinopsis drama terbaik dariku

Aku Mula tengok syazuwan hasan ni dalam drama cik serba tahu  lakonan bersama Remy ishak sebagai watak artagonist. Masa tu dah nampak kehenseman dia yang tall and white nih. Selepas itu drama cinta fatarmogana bersama ariel dan azar azmi

consider masih baru dalam bidang lakonan tapi berjaya membawakan beberapa watak. Dalam drama ini, memang dia seorang yang menjengkelkan.

zara zya memang terkenal sejak drama I love you mr arrogant. Kelihatan agak bermumur dalam drama ini, mungkin agak kurang watak gila gila and watak perempuan yang terlampau baik.

 

Bagaimanapun kalau sesiapa yang dah terlepast tu jangan risau www.tonton.com.my kan ada

4 Comments

  1. mrhanafi December 5, 2018
  2. ema December 5, 2018
  3. Ai December 13, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!