Sinopsis drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3

Sinopsis drama Seribu Rindu, Mengisahkan percintaan tiga segi, konflik dan kesetiaan di antara Zul Ariffin (Irfan), Maisarah (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim).

Cinta Maisarah dan Airel yang terhenti atas desakan bapa Airel sendiri iaitu Datuk Muiz yang mahu menyatukan Airel dengan Damia, anak kepada rakan perniagaannya Datuk Sri Johari.

Maisarah menyedari niat Datuk muiz yang sengaja memanggil untuk makan bersama diantara dia, ariel dan damia. Tersentap dengan perancangan datuk Muiz, dia mengambil langkah untuk mengundur diri.

Sinopsis drama Seribu Rindu

Maisarah merasakan dirinya dipermainkan. Airel pula mempersoalkan tindakan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengannya. Damia juga mempersoalkan perkara yang sama kepada DS Johari dia mahu mencari calon suami yang sealiran dengan kerjaya dia 

Walaupun mencintai Maisarah, Airel tunduk dengan kehendak bapanya. Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Irfan (Zul Ariffin), rakan baiknya yang juga seorang chef.
Mereka memang rapat sejak kecil, kerana Maisarah dibesarkan oleh neneknya yang mesra dipanggil Tokma. Tanpa kehadiran seorang ayah dan Irfanlah menjadi tempat luahan perasaannya selama ini.

Sinopsis drama Seribu Rindu

Maisarah memaksa hatinya untuk mencintai Irfan. Selepas 3 tahun, dia dapat merasakan keikhlasan Irfan mencintainya dan bersedia untuk menjadi seorang isteri buat Irfan.

Namun, sedang mereka bahagia, Irfan kemalangan dan lumpuh buat sementara. Airel pula muncul sebagai doktor yang merawat Irfan sehingga lah Irfan dapat berjalan semula.

Berlakulah konflik antara mereka bertiga,  seperti tajuk drama Seribu Rindu n Irfan mula menjauhkan diri bagi memberi ruang jika Maisara masih mencintai Airel. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel.

Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh. Namun Maisara yakin cintanya hanyalah untuk Irfan seorang dan mereka kembali bersatu.

BACA : DRAMA LELAKI KIRIMAN TUHAN 

Komen Modernmumthingy Sinopsis drama Seribu Rindu

Lakonan zul arifin memang tidak boleh diragui kehebatanya. Cukup dengan melihat teaser sebelum rancangan ini keluar lagi, aku dapat rasakan tense dan tekanan yang diluahkannya disaat dia lumpuh

Kesengsaraan dan kesedihan maisarah pula yang sering berendam airmata menahan perasaan.
Hakikatnya bila seseorang wanita telah menyerahkan jiwa dan raganya di hari pernikahan, memang terseksa bila diduga oleh suami sendiri.
Sinopsis drama Seribu Rindu

Saat bahagia di hari pertunangan

Jangan risau, kalau korang terlepas drama ini masih boleh tonton di https://www.tonton.com.my/

OST : Alyah Jutaan Purnama

Info Sinopsis drama Seribu Rindu  

JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
IDEA ASAL : Raja Azidah
PENULIS SKRIP : Siti Solehah, Raja Azidah, Anina Sahal, Eja Lorena, Shida Zali, Amin Shakib
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Fridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Julia Farhana Marin, Ainul Aishah, Doria Rachel Jolly

No Responses

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!