Sinopsis Drama Selafaz Cinta Astro Prima

Sinopsis Drama Selafaz Cinta gandingan Saharul ridzwan dan Syifa Melvin.  Konflik rumah tangga melibatkan dilema seorang wanita bernama Jannah  lakonan Syifa Melvin yang menghadapi masalah orang ketiga dalam rumahtangganya. Lebih malang lagi apabila orang ketiga tersebut merupakan adik kawan baiknya sendiri.

Sinopsis Drama Selafaz Cinta

 

Semuanya berubah bila Jannah secara tidak sengaja terbaca pesanan teks di telefon bimbit suaminya, Reza.

Pesanan yang berbaur mesra tersebut dihantar oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Snow White’. Walau bagaimanapun, Jannah tetap bersangka baik pada Reza.

Reza Ammar (Saharul Ridzwan) merupakan seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Tidak  mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari yang juga bekas kekasihnya.

 

Sinopsis Drama Selafaz Cinta

Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka yang masih kecil bernama shila. huhuhu stress ke baca Sinopsis Drama Selafaz Cinta ni?

Kalau ikutkan watak utama Zahratul Jannah (Syatilla Melvin) bukanlah calang calang orang, seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Dan kisah ini bukan terpencil, ramai wanita mengalami nasib sepertinya

 

BACA : LELAKI KIRIMAN TUHAN

 

Jannah sangat patuh pada suami. Dahulunya dia eorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Namun lini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza suaminya sendiri.

Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah. Liza Liyana (Puteri Aishah) berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza.

Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza.

Sinopsis Drama Selafaz Cinta

Lagu tema / OST Drama Selafaz Cinta :

Alasan Terindah nyanyian Farisha Iris

Pelakon Drama Selafaz Cinta

Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Chacha Maembong, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Haleeda M  azlin, Ainin Batrisya, Alyssa Dezek, Idraki Tan, Asyiqin Zaed, Kisah Orang Ketiga, Cinta, Drama 60 Episod, Drama Melayu, Drama Best, Drama Terbitan Suhan Movies & Trading,

 

Kalau terlepas jangan risau .. korang masih boleh menonton di ASTRO On demand

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!