Sinopsis drama red velvet astro ria

Sinopsis drama red velvet

Drama adaptasi ini katanya  dibawah produser yang banyak menghasilkan drama di Astro 104.  Michael Ang yang telah menghasilkan drama popular seperti Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella. Gandingan dua pelakon yang hebat Neelofa dan Aliff satar yang selalu mendapat perhatian penonton akhir akhir ini. Kedua dua nya mempunyai aura tersendiri dalam menarik perhatian penonton. Jom baca Sinopsis drama red velvet

Drama ini tidak mustahil juga menjadi fenomena seperti suri hati mr pilot jika dilihat kepada kekuatan pelakon pelakon gandingan untuk drama ini.

 

“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”

Sinopsis drama red velvet

Pertolongan demi pertolongan membuahkan rasa cinta helena dan izzat.

 

Neelofa memegang watak sebagai Helena, anak orang kaya. Malangnya helena jatuh cinta dengan fareeq yang bekerja dengan ayahnya sendiri  dan lebih malang fareeq adalah suami orang. Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq.

Lantaklah! Janji dia bahagia.

Helena sanggup bersetuju untuk lari mengahwini fareeq di  Thailand dan bermula lah saat malang helena, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati. Helena menunggu dan terus menunggu tetapi hampa. Helena terus keluar tanpa arah dan kononnya untuk mencari Fareeq, tapi menemui jalan buntu dan malang terus menimpanya bila telah dirompak oleh pemandu Grab.

 

Sinopsis drama red velvet

scene di cafe milik izzat, yang memang cantik dan kool

 

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Tapi izzat lah juga penyelamat helena sewaktu dia mengambil tindakan salah, malah sudi menumpangkan helena di rumah bersama ibu dan adiknya. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena.

Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena.

BACA : Jom makan pastries and kek best di Dotty’s TTDI

Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta.

Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

Sebelum itu bukan hanya fraeeq dan izzat jatuh hati kepada helene, tpi daniel dan jeffry juga. Tunggu episod seterusnya

 

 

Jom tgk helena m izzat #redvelvet #redvelvetdrama #neelofa

A post shared by Redvelvet_gossip (@redvelvet_gossip) on


Sedikit info tentang Red Velvet:

JUDUL : RED VELVET
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Oktober 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Films
PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Fatin Afeefa, Amira Othman

WATAK PELAKON 

Alif Satar sebagai Izzat
Neelofa sebagai Helena
Hafidz Roshdi sebagai Fareeq
Amira Othman sebagai Suhaila
Alif Hadi sebagai Daniyal

LAGU TEMA / OST 

Alif Satar – Sesungguhnya Aku

6 Comments

  1. anuar October 31, 2017
  2. sueizza October 31, 2017
  3. shazillahsani November 1, 2017
  4. miminadam November 2, 2017
    • azni November 2, 2017
  5. YB Shehan November 2, 2017

Leave a Reply to anuar Cancel reply

CommentLuv badge