Sinopsis drama Pengantin 100 Hari

Pengantin 100 Hari Sebuah drama yang penuh konflik dan sarat isu kekeluargaan. Mampukah Amar berlaku adil dengan isteri-isterinya? Seorang yang dikahwini dengan penuh rasa cinta, sorang lagi kerana terpaksa!  Sebuah drama yang memaparkan poligami dalam konteks yang agak berbeza. Cinta, pengorbanan, kesetiaan dan kezaliman yang berlaku diantara mereka.
Jangan lupa saksikan drama ini yang mula bersiaran 25 Jun 2018
Pengantin 100 hari

WATAK PELAKON 

Aiman Hakim sebagai Amar
Amelia Henderson sebagai Erina
Aishah Azman sebagai Sofia
Zila Bakarin sebagai Puan Yasmin
Edika Yusof sebagai Rushidi
Jasmine Suraya sebagai Farah
Fazreen Rafi sebagai Iqbal
‘Pengantin 100 Hari’ yang menampilkan lakonan Aiman Hakim, Aishah Azman, Amelia Henderson, Fazren Rafi, Fanna Azizan dan ramai lagi. Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini diarahkan oleh Amor Rizan. Bakal ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3.

Info Drama Pengantin 100 hari

JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Amor Rizan
PENERBIT : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Yusri Saleh, Faiz Izzat

SINOPSIS PENGANTIN SERATUS HARI

Puan Yasmin  lakonan zila bakarin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia wanita yang dicintai oleh  Amar tapi dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina.
Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar dan merasa sangat tidak adil. Amar mengahwini Erina tetapi Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya.  Tapi berbeza pula dengan Erina, dia mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar dan dia sendiri meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan.
Namun Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan  kesan dari itu dia disahkan mandul atas kecelakaan itu. Amar makin bertambah tertekan, plan asalnya mahu mencari sofia untuk membina semula rumahtanggang mereka tetapi berukar jalan cerita. Amar tidak mahu Sofia menderita kalau mengahwininya semula dan akhirnya Amar menceraikan Sofia.
Pengantin 100 hari
Tanpa pengatahuan Amar sebenarnya sofia telah berbadan dua. Sofia bertindak mahu merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin bekas ibu mertuanya yang akhirnya mengalami gangguan jiwa.
Berbalik pulak kepada kisah Erina yang akhirnya sudah tahu Amar ada anak dengan Sofiam, dia mengambil keputusan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja. Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak.
Jadi bagaimana kesudahannya. Bermula dengan percintaan akhirnya pula kisah pengorbanan.

No Responses

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!