Sinopsis drama NUR 2 TV3

Pasti semua ternanti nanti sambungan drama Nur yang paling meletop untuk tahun 2018. Sinopsis Drama NUR 2 kembali lagi untuk April 2, 2019.  Yang pasti, kita masih teringat-ingat scene Nur telah dilayan dan dianiaya oleh keluarga suaminya melainkan ayah mertuanya yang yakin dengan keputusan anaknya mengahwini gadis lorong ini.

Apa yang membuatkan drama Nur ini hebat kerana kupasan watak gadis lorong, kisah penunggang agama, dan juga setiap bait bait skrip itu sangat indah, sangat menikam jiwa.

Pengarahnya selaku script writer sangat berani!!

Watak Nur digambarkan sebagai seorang yang pemaaf, redha dan lembut tetapi hubungan mereka tewas seketika disebabkan sihir pemisah kasih yang telah dibuat keatas dirinya dan suaminya adam lakonan syafiq kyle membuatkan dia terus putus asa dan keluar dari rumah keluarga suaminya.

Sinopsis drama NUR 2

Nur diceraikan dan Nur kembali ke rumah keluarganya di lorong itu. Kejahatan ustaz hambali akhirnya terbongkar dan akhirnya dia telah di penjarakan. Adakah dia akan insaf? Mungkin ya mungkin tidak kerana dendamnya dan keinginanya kepada Nur masih ada.

Yang pasti akan ada satu scene dimana dia mengejar Nur di rumah mertuanya seperti ingin memperkosanya.

Ustaz hamadi Vs Azhan Rani

Watak ini memang menjengkelkan. Memang Jahat ustaz hamadi hahha.. tapi azhan rani dia memang pelakon terbaik dan layak menerima anugerah. Dia berjaya  melakunkan  sebagai watak penunggang Agama dalam drama .

Rata-rata kawan aku pun mememinati  dan jatuh cinta dengan lakonan beliau bukan shafiq kyle

Kebetulan bff aku Direktor idora abdul rahman yang telah mengarah drama kekasih paksa rela punya hubungan baik dengan dia .. tertawa dia melihat screen shot kami berbual tentang watak ustaz hamadi.

Kalau lihat Behind the scene Nur, jelas azhan rani ini seorang yang kelakar dan bersahaja sebenarnya.

Sinopsis Drama NUR 2

Drama ini membuka tirai dengan Kesinambungan apa yang berlaku kepada ustad Adam apabila dia mengambil keputusan untuk tinggal bersama dengan Nur  atas nasihat ibunya sendiri yang sedar atas kesilapannya

Namun dugaan orang untuk berdakwah memang sentiasa akan didatangkan juga dengan pelbagai dugaan, Ustad Adam kini berdepan dengan pelbagai isu baru.  Masalah untuk membangunkan semula Darul Mokhsin setelah ustaz hamadi menyalah gunakan wang dan juga bermulalah juga masalah di lorong tempat pilihan dakwahnya.

Sinopsis drama NUR 2

Aishah, kakak kepada Adam, makin berserabut dengan emosi ditambah dengan suaminya, ustad Hamadi yang meringkuk dalam penjara. Marah dan sakit hati tapi masih sayang.

Watak aishah ni boleh buat kita emo kerana ketaatan dan sayang pada suaminya seperti tidak masuk akal.

Kehidupan aishah sukar sehingga terpaksa keluar dari rumah mereka sewaktu suaminya di dalam penjara. tiada pilihan lain, terpaksa meminta bantuan ibu bapanya untuk tumpang berteduh.

Menarik lagi di Nur 2 kali ini beberapa watak baru dimasukkan, seperti watak Juwita yang dilakonkan oleh Azar Azmi dan juga eyra hazali. Azar Azmi sebagai Juwita, lakonan memang sentiasa tidak mengecewakan seperti drama Pujaan hati kanda sebelum ini.

Watak Jalaludin hassan kali ini akan berbeza dengan sebelum ini. Dia lebih tegas kerana apa yang telah berlaku pada keluarganya. Kecewa dengan menantunya ustaz hamadi. Orang kuat yang sepatutnya membangunkan lagi Darul Mohksin.

Watak Ibu, dimulakan dengan keredhaan yang tinggi atas pilihan anaknya adam tapi tetap bermohon agar di tetapkan hati dan tidak berbolak balik.

Kisah Love  bird baru, Suraya lakonan eyra shazali dan amirul  akan membuka satu kisah lain pula. Kisah suraya anak yatim piatu yang kesimpitan hidup tapi masih mahu meneruskan pelajarannya.

Adakah keluarga amirul akan membantu suraya?

Yang pasti drama ini pasti akan disajikan dengan dugaan yang hebat untuk Ustaz Adam dalam menyebarkan dakwahnya di Lorong itu, watak Azar Azmi pasti akan menggugat keimanan dan kesetiaanya kepada Isterinya NUR. Juita juga akan jatuh hati kepada Ustaz Adam, Juita cuba mendekati ustaz adam dengan berpura pura menjadi sahabat baik kepada Nur.

Inilah dugaan Nur yang cuba menyokong dakwah suaminya tetapi jangan lupa dia adalah isteri dan perempuan yang lemah dalam bab menjaga rumahtangganya.

Sinopsis drama Nur 2 kali ini sebenarnya akan lebih memfokuskan kepada kisah Ustaz Adam! Cabaran Hebat untuk dia.

Kalau terlepas drama ini jangan risau. boleh tonton di tonton.com.my

INFO RINGKAS sinopsis drama nur TV3

  • JUMLAH EPISOD : 15 episod
  • TARIKH TAYANGAN : 1 April 2009
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
  • TERBITAN : Radius One Sdn Bhd

WATAK PELAKON sinopsis drama  Nur 2 TV3

  • Amyra Rosli sebagai Nur
  • Syafiq Kyle sebagai Adam
  • Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
  • Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
  • Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
  • Noorkhiriah sebagai Aishah
  • Raja Muhd Atiqullah sebagai Amirul
  • Eyra Shazali sebagai suraya

2 Comments

  1. viewholidaytrip April 11, 2019
  2. Mama Kembar Tiga April 12, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!