Sinopsis Drama Mr.Grey

Sebenanya agak cliche bila drama melayu memaparkan kisah percintaan orang kampung bercinta dengan orang kaya. Cinta tanpa disangka. Tetapi yang mengidupkan watak ini adalah heroin nya yang agak kekampungan tetapi sangat lurus bendul.

Awal awal episod agak terhibur dengan keletah nisa yang agak kelakar berhadapan dengan hero watak utama drama ini iaitu Mr. Grey. begitulah Sinopsis Drama Mr. Grey

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai…”
 Sinopsis Drama Mr.Grey

Drama ini  mengisahkan Mr.Grey (Malique Gregory Kamal) dan Nisa Ardina. Nisa seorang gadis kampung dari Kedah dengan niat untuk membantu mencari kerja di Kuala Lumpur . Nisa bekerja sebagai pembantu peribadi kepada PA yang sedia ada.

Beberapa insiden telah berlaku sepanjang dia  bekerja dia Wisma Puncak Angkasa. Andaian asal terhadap MR. Grey yang agak sombong rupanya seorang yang sangat baik dan romantik

BACA : SINOPSIS DRAMA NUR SYAFIQ KYLE & AMYRA ROSLI

Keputusan mereka yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan . Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa.

Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. 
Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. 
Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY

Sinopsis Drama Mr.Grey

Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Apa yang akan berlaku pada Nisa? Adakah Nisa akan menerima cinta Ilham Arsyad yang sudah lama mencintainya? Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?

Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” – ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA
Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan…
begitulah sedikit sebanyak Sinopsis Drama Mr.Grey yang akan menemui penonton selepas drama Tak ada Cinta sepertimu yang telah pecah panggung baru baru ini.

Pelakon:

  • Fendy Bakry sebagai Mr.Grey.
  • Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina.
  • Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad.
  • Lisdawati sebagai Datin Musalma.
  • Gambit Saifullah sebagai Mr Red.
  • Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah.
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Yah
  • Mardiana Alwi sebagai Kak Ain.
Tajuk : Mr. Grey
Mula Tayangan : 9 April 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam
Siaran : Astro Ria 104 & Ria HD 123
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Jumlah Episod: 14

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!