Sinopsis drama cinta tanpa henti

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti adalah kisah percintaan sumayah dan hisyam. Walau pelbagai rintangan yang melanda cinta mereka suci dan tanpa henti.

Drama ini baru sahaja menemui penonton setelah drama Setelah cinta itu pergi telah pun melabuhkan tirainya.

Sumayyah atau Maya lakonan (Elizad) anak Tuan Rahim (Arash Mohd )disebut-sebut sebagai pewaris yang mengambil alih Edruce Airlines. Namum Malang untuk tuan Rahim kerana anak kesayangannya Sumayyah bercinta dengan Hisyam (Aeril Zafrel), seorang pelukis jalanan yang tiada punya apa-apa.

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti

Semestinyalah cinta mereka mendapat tentangan dari Tuan Rahim yang berhasrat menyatukan Sumayyah dengan Zarif (Isa Khan), anak kepada Tan Sri Zaid untuk mengembangkan empayar business.

Akhirnya mereka berkahwin atas bantuan kakak Maya, Salina (Farahdhiya) yang sebenarnya mempunya niat jahat dan sememangnya membenci Maya yang sentiasa mendapat perhatian dan pujian di dalam keluarga. keluarga Maya tidak boleh menerima Hisham yang berbeza darjat. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak.

Percintaan mereka diuji, Maya disahkan menghidapi menyakit Sirosis (liver failure). Hisyam berusaha keras menampung kos rawatan Sumayyah dan untuk mendapatkan rawatan Hisham terpaksa terima syarat bapa mertuanya iaitu menyerahkan kembali Maya. A

Apa yang berlaku seterusnya?. Pastikan korang berada di hadapan TV untuk terus menonton Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti. hebat lakonan aeril zafrel sebagai pelukis Jalanan. Bagaimana agaknya dia cuba memenangi hati keluarga mentua dan dalam masa yang sama terdesak untuk memastikan isterinya kembali sihat.

 

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti

Bagaimana pula nasib kedua anak mereka? Aduh memang perit kalau kita bayangkan kita berada di tempatnya.  Setiap hari menonton  Drama Cinta Tanpa Henti ini pasti membuatkan diri kita sakit dan pedih.

Kerana Cinta dan kesengsaraan ini lah drama ini diberi judul Cinta tanpa henti.

  • JUDUL : CINTA TANPA HENTI
  • JUMLAH EPISOD : 20 episod
  • TARIKH TAYANGAN : 26 Februari 2019
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • PENULIS SKRIP : Eja Lorena
  • PENGARAH : Zamri Zakaria
  • PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
  • PELAKON : Aeril Zafrel, Siti Elizad Sharifuddin, Farahdhiya, Isa Khan, Nadia Brian, Shahz Jaszle, Nynaa Harizal, Hafidz Roshdi, Arash Mohd, Sherie Merlis, Marisa Yasmin, Noniswara, Zaefrul Nordin, Sharmaine Farouk, Azhar Amir, Qistina Raisah, Gen Darwish, Mia Deen

One Response

  1. Zainal Arifin bin Maulud March 29, 2019

Add Comment

CommentLuv badge