Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana Slot Akasia TV3

Slot akasia seterusnya juga menampilkan Airel Zafrel sebagai watak utama untuk Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana. Drama Zahir Tidak terucap juga lakonan Airel zafril dan shahril ridzuwan telah pun melabuhkan tirai pada minggu lepas. Apa kata kita sama sama jeling pula Sinopsis Cinta Fatamorgana

 

Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana

 

 

SINOPSIS DRAMA :

Huzair (Syazuwan Hassan) dan Rifqi (Aeril Zafrel) berkawan baik sejak kecil dan sama-sama mempunyai perasaan pada orang yang sama  iaitu Nur Wildad. Selepas SPM, ayah  Huzair  Tuan Deraman  (norman hakim) membiayai pendidikan mereka di Universiti. Jadi Rifqi sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman (Norman Hakim) dan Puan Habibah (Linda Rafar)

 

Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana

Tanpa disedari sebenarnya Wildad dan Rifqi saling jatuh cinta dan tertarik sesama sendiri. Namun perasaan itu terhalang  kerana Huzair turut menyintai Wildad. Dalam masa yang sama sikap Rifqi pula lebih mementingkan perasaan Huzair berbanding Wildad membuatkan Wildad sering berkecil hati. Kerana rasa terhutang budi kepada keluarga huzair membuatkan rifqi menahan perasaanya.

Keluarga Wildad pula ditimpa malang apabila mereka di buru Ahlong akibat hutang kakaknya, Wahidah. Apabila mengetahui masalah Wildad, Huzair meminta bantuan bapanya untuk menyelesaikan hutang Wildad. Malah Wahidah juga turut diberi pekerjaan di syarikat mereka.

Namun, dalam diam hati lelaki Rifqi tetap merasa cemburu apabila melihat Huzair mesra bersama Wildad tetapi perasan itu hanya dipendam Rifqi demi menjaga persahabatan mereka. Huzair dan Wildad kemudiannya bertunang, namun ketika Huzair sibuk dengan kerjanya, hubungan Rifqi dan Wildad  pula semakit erat.

Ayah huzair pula berangan untuk menjodohkannya dengan anak kawan baiknya gadis yang bernama Delina yang telah mempunya kawan istimewa bernama Shakir. Ibu Delina, Puan Karmila  pula menentang perhubungan mereka. Dia mahu Delina berkahwin dengan Huzair kerana mengimpikan syarikat milik Tuan Deraman.

Ketika bekerja, Huzair kemalangan dan lumpuh sebelah kaki dan buta. Setelah sembuh, dia kembali untuk menuntut Wildad dan sekali lagi Rifqi mengalah, namun Huzair menyedari bahawa Wildad lebih menyintai Rifqi lebih dari dirinya.

 

 

Ep 2 Cinta Fatamorgana hari ni ..Harap semua akan terus menyokong karya team kami #luqsarteam #luqsarkreatifteam @luqsarkreatifsdnbhd #luqsarkreatifsdnbhd #luqsarkreatif #gengbuatorangtakbolehmoveon dalam memeriahkan lagi industri drama tanahair.tang baik dr Allah swt dan yang buruk adalah dari kekhilafan kami sendiri.jangan lupa utk menonton #cintafatamorgana dislot akasia bermula 13hb april 2018 nanti. @aku_afendy @faezahelai @luqsarkreatifsdnbhd @asri_baqu @lanlebah @kapalterbangkertas07 @raisismail @onekaler @slumb79 @maizatulainmohhai @sha_farhana @tonanordin @zaidiad @selamatyusof @aeril_zafrel @azarazmi @syazuwanhassan @shahzjaszle @normanhakim_786 @rusdiramliofficial @emeldarosemila @nazeerasardi @juliafarhanamarin @syuhaida.abraz @arashfitri_ @asryazizanbanks @liyabanks85 @dayanaroza @kamalibrahim__ @lindarafar @asfanshah @arashfitri_ @hyperactband #fatamorganacinta #mengejarrindu #akasiatv3 #slotakasia #cintafatamorgana #gengtakbolehmoveono

A post shared by Heykal Hanifah (@heykalhanifah) on

 

 

Rifqi mengambil keputusan untuk menjarakkan diri apabila melihat Huzair dan Wildad semakin rapat. Wildad sebenarnya terluka dengan sikap Rifqi yang tidak ambil peduli tetapi dia juga tersepit dengan kebaikan Huzair yang telah banyak membantu keluarganya. 

Apakah kesudahannya drama ini, Jom kita saksikan bersama-sama.
Drama bersiri 27 episod akan menemui penonton mulai pada 13 April ini menerusi slot Akasia, Bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang. Hanya di TV3.

Info Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana

JUDUL : CINTA FATAMORGANA
EPISOD : 27 episod
SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON :
  • Aeril Zafrel (Rifqi),
  • Azar Azmi (Wildad),
  • Syazuwan Hassan (Huzair),
  • Nazeera Sardi (Delina),
  • Shahz Jaszle (Jamil),
  • Norman Hakim (Deraman),
  • Faezah Elai (Wahida),
  • Rusdi Ramli (Tuan Munir),
  • Emelda Rosmila (Karmila),
  • Dayana Roza (Roza),
  • Linda Rafar (Puan Habibah),
  • Asry Azizan (Shakir),

4 Comments

  1. Rahsia Melancong April 19, 2018
    • azni April 19, 2018
  2. Dura Norell April 20, 2018
    • azni April 20, 2018

Add Comment

CommentLuv badge