Sinopsis Demi Rindumu Astro Ria

Sinopsis Demi Rindumu, Lakonan dari Janna Nick, Sean Lee, Norman Hakim dan Elvina sebagai watak utama Slot Megadrama Astro Ria

Janna nick sebagai Nurhana tiba tiba pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul (norman hakim )ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan.

“Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?” – Nurhana

Tetapi hati Nasrul begitu keras sehingga Nurhana menemui jalan buntu. Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Haznik jejaka yang ditemuinya tanpa sengaja


“Na jangan mengarut!” – Nasrul

Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania tidak jujur, dia hanya berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.

BACA : Sinopsis Lelakimu Yang Dulu

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.

Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya?

Ada apa-apa ke kat muka saya ni?” – Nurhana

“Takde apa-apa.” – Haznik

“Habis tu, kenapa tenung muka saya?” – Nurhana

“Kat dalam mata awak, ada saya.” – Haznik

“Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah.” – Nurhana

“Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik.”

Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Baginya mereka ini hanya mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari

Sinopsis Demi Rindumu

Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara abangnya Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut.

Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

Mahukah Haznik, jejaka yang penuh dengan misteri itu memenuhi permintaan karut Nurhana? Apakah permintaan karut itu?

Siapa pula Suraya dalam hidup Haznik?


Tragedi demi tragedi. Siapakah dalangnya? Mampukah dua hati bersatu, menjejaki cinta yang berlari menjauh?Sejauh mana berlari, mampukah hati menipu diri

Lagu Tema Drama Demi Rindumu

  • Layu Yang satu dendangan akim  & the majistret

Siaran Oktober 2019 slot megadrama

Info Sinopsis Demi Rindumu

EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Okthi Amra
PENULIS NOVEL : Diya Jamal
PENGARAH : Haris Fadzillah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim, Aleza Shadan, Mustapha Kamal, Azri Sabri

Watak Pelakon Demi Rindumu

Sean Lee sebagai Haznik
Janna Nick sebagai Nurhana
Norman Hakim sebagai Nasrul
Elvina Mohamad sebagai Rania
Sherry Ibrahim sebagai Suraya
Riz Amin sebagai Johar
Azri Sabri sebagai Izlan
Aleza Shadan sebagai Aida
Mustapha Kamal sebagai Hassan

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!