Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan

Drama bersiri 15 episod ini diadaptasikan daripada Novel Bahagia Bukan Bidaan karya novelis Hessa Widad. Drama ini sudah disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 3 September yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan mengisahkan percintaan dan perkahwinan yang telah didalangi oleh orang yang dipercayai.

BACA : Sinopsis Lelaki kriman tuhan, Astro Oasis

Seperti sudah lama tidak melihat lakonan Nora danish untuk slot samarinda TV3. Kehadiran dia sebagai tonggak utama membuatkan aku terus menonton drama ini. Bukan aku sahaja tetapi beberapa rakan aku yang lain juga.

Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan

Kisah Ain Farhana lakonan Nora danish yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai selepas mengetahui Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang bekerja di syarikat sama. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah.

Episod 2. . . “Dengar sini, Ain Farhana binti Sulaiman, aku ceraikan kau dengan talak satu.” – Azlan . . “Terima kasih.” – Ain Farhana. #BahagiaBukanBidaan 😭😭😭 . . . “BAHAGIA BUKAN BIDAAN” @bahagiabukanbidaanofficial #bahagiabukanbidaan @tv3malaysia . . Produced by @countryuniversalsdnbhd . . Producer @jalenar_e_j_a_b @syawallo . . Cast: @noradanish @adpadiputra @ikanabella @arjalee @lala.wansharmila @zamarulhisham93 @jonathanputra @lisdawati15 @fauzinawawi_new @makwanjuwanju @azrisabrii . . Director : @eoonshuhaini Asst Director: @awiedeanofficial Conti: @annissuraya PM: @atoksahib / @eannasir_ DOP: @lensamalekmarwi75 Technical: @eddynoraffendy @haffisputeri @jaifredo @akidzahrol Art Department: Hairul A Masdol @nazernaz Angah Sarjen Makeup @jassyedchek @kay_baqi Wardrobe stylist: @seriaydeen_official . . @tv3malaysia @dramasangat #bahagiabukanbidaan #bbb #samarinda #samarindatv3 #dramatv3 #dramatv #cerekarama #cerekaramatv3 #tv3malaysia #tv3 #dramatv3 #slotsamarinda #slotsamarindatv3 #dramasangat

A post shared by Bahagia Bukan Bidaan (@bahagiabukanbidaanofficial) on

Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Desakan Azlan yang tak putus-putus buatkan emosi Hana tertekan. Lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anaknya, Hakimi dan Haida.

“Hana, kita rujuk demi Kimi dan Ida, ya?” – Azlan

“Hana dah letih guna sebab yang sama untuk terima abang. Hana tak mampu nak tipu hati Hana lagi. Hana kecewa sangat.” – Ain Farhana

Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan

azlan suami ain farhana yang curang dan gila talak

Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan. Haknya sebagai ibu dinafikan! Kimi dan Ida adalah segala-galanya bagi dia. Hana hilang arah. Sering menyendiri, percubaan bunuh diri, hampir dilanggar lori, tidak hiraukan keadaan sekeliling sehingga menyebabkan kemurungan yang dihadapi bertambah parah.

BACA : Sinopsis cinta bukan kristal

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

“Hana, sekali saya lafazkan I love you, saya memang maksudkan yang saya cintakan Hana.” – Nik Zachary

Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu?  akhirnya Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana bersedia untuk terseksa buat kali kedua? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap.

Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua? ataupun drama ini seperti Drama Cinta bukan kristal  atau Drama Semerah Cinta Humairah

Review modernmumthingy

Di saat menonton episod akhir ini, banyak pengajaran dipelajari drama ini. Sikap talha yang berani memohon maaf atas kesilapan dia.

Terbongkar stalker hana adalah azlan bekas suaminya yang seperti gila talak yang akhirnya menyebabkan dia lumpuh.

Tapi sikap Nik wajar dicontohi. seorang yang pemaaf dan suka menolong orang lain. Suka juga dengan bait bat skrip dari nik kepada hana dan kepada azlan sendiri.

Pelakon Bahagia Bukan Bidaan

Nora Danish
Hana (Ain Farhana)
Adi Putra
Nik Zachary
Zamarul Hisham
Azlan
Ika Nabella
Aina
Wan Sharmila
Murni
Arja Lee
Talha
Jonathan Putra
Danny
Lisdawati
Maksu
Fauzi Nawawi
Paksu
Azri Sabri
Lokman
Mak Wan Julia
Rosnah
Sheryy Ibrahim
Kartini

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!